Tips Turun Berat Badan 7kg dalam 7 Hari. Bongkar Rahsia Bakar Kalori Badan

Bulan ini ramai yang mengadu tentang berat badan semakin naik akibat terlalu banyak menghadiri open house. Sebenarnya, memenuhi jemputan memanglah wajib, janganlah pula kerana nak berdiet, kita menyorok dan mendiamkan diri dari memenuhi jemputan, silaturrahim perlu dijaga, kan?

Jadi, kita sendiri yang perlu mengawal pemakanan kita. Di sini, saya nak berkongsi dengan semua Artikel “Diet 7 Hari, 7 kg” buat anda yang mahu menurunkan berat badan dalam masa yang singkat, dari pembakaran kalori badan dengan cara pengambilan makanan.

Yelah, orang sekarang ni, nak berdiet, katanya terus tak makan-makan nasi, yang membuatkan kita terus pitam dan sakit. Rugi, kan? Jom kita berdiet dengan sihat dan selamat.

Kesan Positif Diet 7 Hari, 7 kg

 

Mungkin ini masanya untuk mulakan diet 7 hari, 7kg?
Mungkin ini masanya untuk mulakan diet 7 hari, 7kg?

Kesan positif boleh dirasai JIKA anda melalui program ini dengan berdisiplin.

Dalam beberapa hari, kita akan merasa badan ringan dalam beberapa kg, sekurang-kurangnya 4 kilo ke 7.5kg dan yang best anda merasa badan lebih bertenaga!

Fokus program ini adalah diet pembakaran lemak dan rahsianya anda akan membakar kalori lebih banyak dari kalori yang diambil. Ia membantu membersihkan sistem dalaman tubuh dab memberikan kesegaran.

Berminat? Jom ikuti bagaimanakah caranya 😀

 

Jadual Pemakanan Diet 7 hari

 

5-foods-the-help-lose-weight-fast
Dah bersedia?

1. Hari Pertama :

  1. Makan semua jenis buah KECUALI pisang.
  2. Boleh pilih “tembikai” untuk buah rendah kalori
  3. Makanan pilihan lain adalah sup rendah kalori dan buah sepanjang hari
  4. Minuman : teh tanpa gula, jus kranberi, dan air putih

2. Hari Kedua :

  1. Makan segala sayuran, samada mentah atau rebus ikut selera anda.
  2. Banyakkan sayuran hijau da hindari sayuran berbiji seperi kacang panjang, buncis mahupun jagung.
  3. Makan bersama sup pembakar lemak
  4. Makanan malam : Kentang rebus dan sup pembakar lemak
  5. Jangan ambil buah sama sekali sepanjang hari

3. Hari Ketiga :

  1. Kombinasikan menu hari pertama dan hari kedua; sup pembakar lemak, buah dan sayuran.
  2. Jika anda dispilin selama 3 hari, hasil untuk hari ketiga adalah 3kg.

4. Hari Keempat :

  1. Makan 8 biji pisang dan minum susu rendah kalori sebanyak yang anda inginkan.
  2. Kedua-kedua makanan dan minuman ini mengandungi karbohidrat dan keperluan rasa manis yang diperlukan badan setelah tiga hari anda menjalani program ini.
  3. Sup pembakar lemak diteruskan sepanjang hari.

5. Hari Kelima :

  1. Makan 0.25kg daging dan enam biji tomato sepanjang hari.
  2. Anda juga boleh menggantikan daging dengan ikan rebus atau ayam panggang.
  3. Minum sekurang0kurangnya 8 gelas air putih untuk membersihkan diri tubuh dari asid urik
  4. Makan sup pembakar lemak sepanjang hari

6. Hari Keenam :

  1. Makan ikan/daging seperti hari kelima dan sayur-sayuran
  2. Ambil ikut keinginan, seakan-akan makan makan dua hingga tiga setak pada hari ini tanpa kentang
  3. Makan sup pembakar lemak sepanjang hari

7. Hari Ketujuh :

  1. Nasi beras merah, jus buah tanpa pemanis, dan sayur-sayuran diambil sepanjang hari
  2. Beserta sup pembakar lemak.

Asyik sebut pembakar lemak, apa sebenarnya sup ini? Sup pembakar lemak ni, tiada kalori tau, jadi boleh dimakan setiap kali anda merasa lapar sepanjang program ini setiap hari 🙂 Jom kita tengok bagaimana nak sediakan sup istimewa ni 🙂

 

Resepi Sup Pembakar Lemak :

Fatburning-Soup-Rob-Poulos

Bahan-bahan :

  • 3-6 biji bawang besar Bombay
  • 6 biji tomato segar
  • 1 biji bunga kobis
  • 2 biji lada Capsicum hijau
  • Air

Cara Penyediaan :

  • Potong sayur-sayuran kecil-kecil dan masukkan air, rebus hingga 10 minit atau sampai empuk

 

Nota Penting Program 7 hari 7 kg :

  1. Pada hari ketujuh, anda mungkin telah kehilangan sebanyak sekurang-kurangnya 6 kg
  2. Jika telah sampai ke tahap ini, hentikan program untuk jangka masa satu hingga dua minggu dan kembali menjalani semula program ini hingga mendapat berat badan yang ideal
  3. Makanan yang dilarang sepanjang program :
    • roti/nasi
    • minuman bergas
    • minuman diet
    • makanan bergoreng
    • garam dan bahan perasa
  4. Makanan yang boleh diambil :
    • air putih
    • kopi hitam tanpa pemanis
    • teh tanpa pemanis
    • jus kranberi
    • susu rendah kalori : pada hari yang ditetapkan

Disclaimer untuk artikel ini :

Selamat menikmati usia dengan menghargai masa-masa yang berbaki di dunia ini dengan menyayangi mereka yang anda sayangi di sekeliling kehidupan kita!

 

Sharing is loving!

Kak Ai SCB

016-3353567

 

 

 

 

0 thoughts on “Tips Turun Berat Badan 7kg dalam 7 Hari. Bongkar Rahsia Bakar Kalori Badan”

    1. Salam Nadya, susu rendah kalori yang jadi pilihan saya adalah ESP. Malahan rendah indeks glisemik juga yang pastikan kadar gula dalam badan tak tinggi. Memang menepati ciri-ciri yang diperlukan untuk kuruskan badan 🙂

    1. salam awak, diet menahan lapar akan membuatkan awak lebih rasa nak makan selepas tamat diet, ia lebih menyeksakan, kan? Jadi, makanlah nasi dengan kuantiti yang kecil di waktu pagi mahupun tengahari, atau ganti dengan karbohidrat lain 🙂 air tu penting, ye 🙂

    1. Salam Alyaa. Sup bunjut boleh letak sebab itu herba. Perasa takperlu letak. Saya cuma letak garam bukit sebagai penaik selera sendiri 🙂 Nanti langsung tak lalu nak makan, rugi, kan?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *