Tips Memilih Jamu Berpantang Bersalin Pembedahan. Pengalaman Ibu Anak Tiga Cesarean.

Alhamdulillah, yang penting selamat! Selamat ibu, selamat anak, itu satu nikmat yang sangat patut untuk disyukuri.

Siapa yang pernah melalui pengalaman cesarean saja yang tahu macammana nak explain. Nak taknak, selepas ini, jom kita lalui pengalaman berpantang dengan tenang, supaya semuanya berjalan lancar, kita pun boleh cepat baik dan sembuh, cepat boleh setel banyak lagi perkara-perkara mendatang seperti penyusuan dan mencantikkan semula tubuh badan.

Parut cesar

Saya memilih jamu berpantang saya mengikut kesakitan yang saya alami. Biar saya selesaikan setiap satu kesakitan ini, supaya semuanya dapat sembuh dengan baik.

Ok, pengalaman yang perlu dilalui oleh ibu bersalin secara pembedahan adalah :

  1. Dipasangkan drip pada tangan
  2. Dibius tulang belakang
  3. Dipakaikan tiub di saluran air kecil
  4. Pembedahan utama untuk bersalin

Jadinya saya mengambil keputusan untuk mencari langkah yang terbaik supaya cepat sembuh sepanjang berpantang kerana misi utama saya adalah untuk dapat menyusukan anak saya sebaik mungkin.

Jadi, ramai yang bertanya saya,

Ubat berpantang apa nak guna selepas bersalin secara pembedahan?

Jawapan saya; Memilih ubat berdasarkan kesakitan yang dialami adalah pilihan alternatif kepada ibu berpantang secara pembedahan kerana hanya mereka yang merasai kesakitannya. Jadinya pada saya biarlah ia ditentukan dengan pilihan masing-masing, betul?

Ok, ini apa yang saya rasa :

i. Lebam pada tangan akibat drip masih boleh tahan, tapi dalam seminggu jugaklah kan masih rasa kesannya. Saya urut-urut dengan minyak urut tradisional serta makan kalsium ostematrix untuk kesembuhan dan kelegaan yang cepat.

ii. Banyak kesan yang dirasai dari kesan bius tulang belakang ini. Tulang belakang akan berasa sedikit lenguh, sakit pinggang dan kesan terbaru yang saya rasa untuk kelahiran ketiga ini adalah sakit leher.

Cucuk tulang belakang
Cucuk tulang belakang

Saya ingatkan saya tidur salah bantal, tapi setelah diurut oleh tukang urut pada minggu awal pantang (saya panggil untuk urutkan susu yang bengkak) katanya ini adalah kesan dari bius tulang belakang ini. Memang saya bersyukur berjumpa dengan makcik urut ini, kerana beliau bekas bidan Hospital Kajang, jadinya banyak pengalaman secara tradisional dan ilmu moden yang beliau ada.

Untuk kesan-kesan ini, saya ambil ostematrix dan b kompleks untuk mengurangkan kesakitan bahagian belakang badan, lenguh pada leher dan sakit pinggang. Saya juga ambil garlic complex untuk membuang angin akibat kesakitan urat leher tadi.

set berpantang shaklee

iii.  Kesan tiub urin itu kali ini memang terasa. Oh, mungkin dah kali ketiga, kan. Dan saya ambil garlic tadi untuk kurangkan jangkitan pada luka (mungkin) kerana waktu nak buang air kecil ada terasa seperti pedih jadinya saya mula ambil Vivix selepas seminggu pembedahan dan ia pastinya mengurangkan sakit luka pembedahan.

iv. Ya, kesan luka pembedahanlah masalah utama yang harus disembuhkan secepat yang mungkin. Pilihan awal sewaktu sudah boleh minum air 24jam selepas pembedahan, saya ambil ESP untuk lapik perut yang angin kerana dah berpuasa lama dari 6 jam sebelum cser, hingga doktor pastikan yang kita dah boleh makan dan minum selepas dibedah.

ESP ni memang berikan saya tenaga dan bantu penyusuan saya walaupun yang keluar adalah kolustrum. Supplement kedua yang saya ambil selepas dibenarkan minum adalah ostematrix untuk masalah-masalah kekejangan otot pembedahan, otot untuk buang air kecil, sakit-sakit lenguh badan dan juga susu.

esp

Selebihnya, saya ambil Vitamin C, zink untuk cepat baik luka, garlic elakkan jangkitan pada luka dan angin badan.

garlic

Selepas seminggu, saya mengambil Vivix untuk kesan penyembuhan yang lebih cepat dan Alfalfa sebagai jamu berpantang utama untuk pulihkan rahim, keluarkan darah kotor, dan semua yang berkaitan dengan wanita dan keintiman, serta milkbooster kepada pengeluaran susu saya.

alfalfa

vivix

Alhamdulillah, pada pandangan saya, saya sangat berpuas hati dengan kesemua supplement yang saya amalkan ini sebagai ubat berpantang saya yang saya rasai sendiri perbezaannya ketika tidak mengambil apa-apa supplement semasa kelahiran anak pertama yang juga secara pembedahan.

Masa tu, kita jalan pun terbongkok-bongkok, sakit sangat nak berdiri tegak, rasa otot perut menarik-narik dan menggeletar. Nak buang air kecil pun menggeletar-geletar, nak duduk menyusukan anak apatah lagi, susah untuk saya lakukan dan terpaksa mengambil masa berminggu-minggu untuk rasa reda dengan kesakitan-kesakitan ini.

Bila masalah kesakitan belum setel, mulalah stress bila anak berjaga malam dan macam-macam perasaan timbul, kan bila atas sakit, dalam sakit ditambah angin dan sebagainya, aduhhh hanya Allah saja yang tahu perasaannya!

Bersabarlah wahai ibu berpantang semua, kesakitan akan hilang bila kita melihat anak yang dikeluarkan dari badan ini tidur dengan nyenyaknya. Semoga ibu-ibu dapat memilih ubat berpantang yang betul dan dapat menyelesaikan masalah yang anda alami serta yang penting, dipersetujui doktor, selamat, tidak membahayakan dan berkesan dengan cepat untuk penyembuhan luka kita ini.

ceaseran

Jika anda mahu rasai perbezaannya, boleh hubungi saya, Kak Ai di talian 016-3353567 atau whatsapp pada nombor ini untuk mendapatkan supplement semulajadi ini dengan kadar yang segera.

Sakit di badan, hanya kita yang tahu, pilihan semuanya di tangan sendiri untuk memilih ubat berpantang mana yang terbaik buat badan anda.

Semestinya berdasarkan pengalaman saya, saya pilih Shaklee 🙂

set bersalin

Ikuti instagram Ainulmalik untuk pengalaman yang sebenar bersalin czer ini 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *