12 Tips Ibu Bekerja Yang Menyusukan Bayi di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian 🙂

Adakah anda bakal berpuasa kali pertama sambil menyusukan bayi di bulan Ramadhan ini?

Wah, jujurnya ini adalah pengalaman yang mendebarkan sebenarnya, kan? Jadi, kita harus persiapkan diri dari awal untuk menghadapi sebulan di bulan Ramadhan sambil menyusukan anak kita. Insyaallah, berkat kesabaran ibu-ibu semua, banyak pahala yang bakal dikutip untuk kita, ibu-ibu yang menyusukan, alhamdulillah! So, kita sambut kedatangan Ramadhan ini dengan kegembiraan dan dengan bersedia jiwa dan raga untuk kuat meneruskan perjuangan penyusuan kita 😀

 

12 Tips Ibu Bekerja Yang Menyusukan Bayi di bulan Ramadhan :

Tips Ibu Berkerjaya Menyusu di Bulan Ramadhan

  1. Sediakan stok sebelum bulan Ramadhan
  2. Bangun untuk Power Pumping
  3. Jangan Skip Waktu Mengepam di Pejabat
  4. Menyusu direct sambil mengepam di sebelah lagi di waktu malam
  5. Tidur awal bersama bayi dan direct feed
  6. Amalkan banyak zikir dan baca quran
  7. Elakkan makanan yang pedas dan masam jika perut sensitif
  8. Pilih menu bersup
  9. Minum cukup air kosong
  10. Ambil air isotonik untuk elak kehilangan banyak air dari badan
  11. Elakkan makanan yang menyebabkan cepat lapar (high glisemic index)
  12. Ambil makanan berserat dan berkalsium tinggi.

 

Tips Ibu Bekerja Menyusu Ramadhan

 

12 Tips Ibu Bekerja Yang Menyusukan Bayi di bulan Ramadhan :

 

1. Sediakan stok sebelum bulan Ramadhan

Ya, daripada pengalaman saya yang lepas, memang benarlah bahawa kita perlu menyediakan stok sebelum datangnya bulan Ramadhan. Jadi, dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan kerapkan sesi mengepam setiap 2 hingga 3 jam, stok susu dapat dihasilkan dengan banyak mengikut kehendak badan kita 🙂

 

2. Bangun untuk Power Pumping

Power pumping sebaik-baiknya dilakukan sebelum datangnya bulan Ramadhan lagi dan diteruskan sepanjang bulan Ramadhan. Ini dapat membantu memperbanyakkan penghasilan susu dari badan kita.

Cara untuk power pumping : 

Bangun pada pukul 12 malam, pam susu sebelah kanan selama 10 minit, diikuti dengan susu sebelah kiri 10 minit.

Ulang langkah 1 sehingga satu jam

 

3. Jangan skip waktu mengepam di pejabat

Ikut aturan mengepam susu seperti biasa. Jangan sesekali skip waktu mengepam, terutamanya waktu petang kerana dikhuatiri susu sudah mengering. Tidak, sama sekali! Sentiasa ingat bahawa konsep penyusuan adalah demand on supply, jadi dengan mengkerapkan stimulasi, badan sentiasa terangsang untung menghasilkan susu. Jika ditakdirkan memang susu agak kurang pada waktu petang, tidak mengapa, bersyukurlah kerana masih ada rezeki susu buat anak daripada tiada! Oleh itu sentiasa istiqamah agar isyarat mahukan susu akan sentiasa dihantar kepada badan kita 🙂

 

4. Menyusu direct sambil mengepam di sebelah lagi di waktu malam

Apabila telah pulang ke rumah, susukan anak secara direct sambil mengepam susu di sebelah lagi tidak kira bila waktunya. Tindakan ini dapat memperbanyakkan lagi demand susu dan lama kelamaan susu akan sentiasa dihasilkan dalam badan.

 

5. Tidur awal bersama bayi dan direct feed

Selepas selesai mengerjakan solat terawih, ambil peluang untuk tidur awal dan menyusukan bayi anda semasa tidur. Ini membantu anda mendapatkan cukup rehat dan bertenaga pada keesokan harinya. Direct feed adalah untuk menstimulasikan penghasilan susu badan yang lebih berkesan!

 

6. Amalkan banyak zikir dan baca quran

Ambil kesempatan Ramadhan dengan memperbanyakkan zikir dan membaca quran. Boleh dimasukkan sekali zikir menambahkan susu; “Ya Matin” dan membaca sekali surah al-kauthar, surah al-Baqarah ayat 60 dan surah al-hujurat.

 

7. Elakkan makanan yang pedas dan masam jika perut sensitif

Jika anda memang berperut sensitif, elakkan makan makanan yang masam dan pedas. Bagi sesetengah orang, kedua-dua jenis makanan ini mengurangkan susu badan (hanya anda yang kenal badan sendiri) dan tindakan memakan kedua jenis makanan ini juga mengakibatkan anda sakit perut. Bila anda jatuh sakit, penghasilan susu juga akan berkurang. Jadi, berhati-hati ya!

 

8. Pilih menu bersup

Menu bersup ini membantu anda menambahkan bendalir ke dalam badan dan membantu meningkatkan penghasilan susu dalam badan. Cubalah!

 

9. Minum cukup air kosong

Minumlah sebanyak 1 liter air bagi setiap 25kg dari berat badan anda. Jika anda adalah 50kg, anda perlu mencukupkan pengambilan air kosong sebanyak 2 liter.

Tips minum sepanjang waktu malam :

Minumlah sedikit-dikit, separuh gelas setiap kali minum dengan sela masa yang tertentu. Jika anda minum sekaligus semuanya, anda berpotensi untuk mengeluarkan banyak air melalui air kecil. Jangan risau, anda ada selam masa yang lama dari berbuka sehingga bersahur. Tips kedua, bawalah botol air 1 liter di tepi katil dan apabila sebelum tidur malam dan setiap kali terjaga, minumlah air di tepi katil anda itu 🙂

 

10. Ambil air isotonik untuk elak kehilangan banyak air dari badan

Air isotonik yang mengandungi banyak elektrolit sangat penting untuk mengelakkan kita dari kehilangan banyak air dalam badan sepanjang berpuasa.

Saya memang mengamalkan minum air performance drink semasa berpuasa dan mendapati memang saya kurang dahaga tetapi dapat pula menepam susu untuk mengumpul stok sepanjang berada di pejabat.

Yang bestnya air performance drink ini adalah, air ini tiada gas dan tidak membuatkan kita sakit perut. lagipun, kita boleh bancuh sendiri air ini mengikut kesukaan kita 🙂 Ia juga membantu kita bertenaga walaupun berpuasa atau aktif bekerja kerana mempunyai teknologi Opti-lyte untuk memberi tenaga berpanjangan dalam kadar waktu yang segera.

Performance drink penghilang dahaga

 

11. Elakkan makanan yang menyebabkan cepat lapar (high glisemic index)

Makanan yang mempunyai nilai index glisemic yang tinggi seperti nasi dan roti dan makanan yang manis sebenarnya membuatkan kita cepat lapar. Ini kerana gula di dalam badan terus di proses dalam waktu yang singkat.

Oleh itu, bagi ibu yang menyusukan anaknya, digalakkan mengambil makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah (low glisemic index) seperti pasta dan buah-buahan serta sayuran.

 

Bagi saya, saya memang dah terbiasa mengambil nasi, jika tidak ambil terasa seperti perut tidak sedap. Oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk mengambil sekali minuman ESP yang mempunyai index glisemik yang rendah. Ia amat membantu saya untuk menahan lapar sepanjang berpuasa dan dapat mengumpul stok untuk susu anak saya sepanjang waktu bekerja.

Ini kerana, ESP yang mempunyai nilai glisemik yang rendah membantu badan memproses gula di dalam badan secara beransur-ansur dalam jangka masa yang lama. Oleh itu, kita tidak akan cepat lapar!

 

Rujukan dari http://www.news-medical.net/health/Glycemic-Index-of-Foods.aspx
Rujukan dari http://www.news-medical.net/health/Glycemic-Index-of-Foods.aspx

 

12. Ambil makanan berserat dan berkalsium tinggi.

Apabila kita mengambil makanan berserat dan berkalsium tinggi, ia sangat-sangat membantu kita mengumpul stok susu sewaktu bulan puasa ini.

Antara makanan yang dicadangkan adalah kurma. Amalkan banyak memakan kurma sewaktu berbuka, selepas solat dan sewaktu bersahur.

Antara makanan tambahan yang tinggi serat dan kalsium adalah Alfalfa Complex. Ia juga membantu dari kita sakit perut kerana sifatnya beralkali dan meneutralkan semula perut yang berasid. Sewaktu berpuasa, memang kita tidak digalakkan menambahkan asid di dalam perut untuk elakkan dari sakit perut berpanjangan yang menyebabkan gastrik. Yang menggembirakan, Alfalfa juga adalah milk booster yang berkesan untuk saya!

Alternatif makanan tambahan untuk kalsium tinggi adalah ostematriks dan ESP. Ostematriks membantu ibu-ibu merangsang penghasilan susu badan kerana mempunyai nilai kalsium tinggi dan selalin itu, ia membantu ibu-ibu untuk cergas sewaktu siangnya kerana ia menghilangkan sakit-sakit badan dan lenguh lenguh anggota badan.

Tips Rahsia : ESP yang membantu menahan lapar juga saya shake kan bersama susu yang direndam bersama buah kurma yang saya minum sewaktu malam sebelum tidur.

Gabungan yang mantap untuk penyusuan badan!
Gabungan yang mantap untuk penyusuan badan!

 

Masyaallah, hasilnya memang menggembirakan hati sewaktu siangnya untuk mengepam susu. Bagi anda yang telah berpengalaman menyusukan bayi pada tahun sebelum ini pasti dapat membandingkan hasil yang anda perolehi apabila mengikuti kesemua tips-tips yang saya berikan ini!

 

Yang penting, ingatlah bahawa berapa banyak rezeki yang anda perolehi sepanjang ramadhan ini, bersyukurlah, banyakkan mengucapkan “Alhamdulillah” dan beristighfarlah kerana ia membantu menyucikan hati dan menjadi ujian yang berharga buat kita supaya menginsafi diri sebanyak-banyaknya! Jaga emosi, jangan risau2 kerana ia memberi kesan kepada pengurangan penghasilan susu dari badan.

 

Jika anda berminat untuk mendapatkan stok ESP, ostematriks dan alfalfa, bolehlah menghubungi saya di 016-3353567, ataupun whatsapp saja menggunakan nombor ini. Insyaallah saya akan membantu anda ibu-ibu yang bersemangat dan ingin memberikan segala yang terbaik kepada anak kesayangannya terutama di bulan puasa ini!

Selamat berpuasa dan mengumpul stok!

 

* Artikel berkaitan :

1. Tips Bertenaga dan Kekal Cergas Ibu Hamil Berpuasa di bulan Ramadhan

2. Tips Bersahur yang Sihat di bulan Ramadhan

 

Ikhlas,

Kak Ai SCB

0163353567 

Pengedar Shaklee kawasan Kajang dan pos ke seluruh Malaysia

0 thoughts on “12 Tips Ibu Bekerja Yang Menyusukan Bayi di Bulan Ramadhan”

  1. Pingback: Tips Bersahur yang Sihat di bulan Ramadhan | Sihat Cerita Bahagia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *