Tips Bersahur yang Sihat di bulan Ramadhan

“Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan.” – Hadis riwayat al-Bukhari

Rasulullah s.a.w menganjurkan kepada Umatnya untuk bersahur apabila ingin berpuasa di bulan Ramadhan mahupun untuk puasa-puasa sunat atau puasa wajib yang lain.

Sahur ini dapat membezakan antara puasa orang Muslim dengan puasa dari agama yang lain.

Jadi, eloklah jika menyahut seruan bersahur ini dan mencari keberkatanNya. Sebaik-baik bersahur adalah dengan melambatkan waktu bersahur. Hikmahnya adalah untuk memberikan tenaga kepada kita supaya bukan sahaja kita menahan diri dari makan dan minum, tetapi kita juga bertenaga untuk beribadah sepanjang berpuasa dan menjalankan tanggungjawab yang lain tanpa terabai.

Best kan nikmat Islam ni?

“Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).” – Surah al-Baqarah: Ayat 187

 

Tips Bersahur yang Sihat

Tips Sahur Sihat Newjpeg-2

 

1. Jangan lupa sediakan kurma setiap hari, supaya dapatlah kita makan 3 biji kurma sewaktu berbuka dan bersahur. Pada kurma itu zatnya memang tinggi dan banyak, jadinya ia memberi nutrisi dan tenaga yang berpanjangan kepada kita yang berpuasa sepanjang hari.

2. Pastikan kita banyakkan mengambil air kosong dan air suam supaya segala proses di dalam badan berjalan lancar.

3. Elakkan dari minum minuman berkafein sewaktu bersahur kerana ia membuatkan kita cepat rasa dahaga.

4. Begitu juga dengan minuman dan makanan yang manis, ia juga membuatkan kita cepat dahaga, satu tips dari Prof Muhaya adalah menggantikan gula dengan madu sebagai manisan kerana ianya lebih selamat

5. Ambil minuman isotonik tanpa gas yang membantu badan menyimpan banyak air dan mengelakkan hidrasi. Contoh minuman ini adalah Performance Drink.

6. Sediakan menu makanan yang tinggi protein dan indeks glisemik yang tinggi, kerana ia membuatkan anda tahan lapat dengan lebih lama, contohnya ESP dari soya yang selamat dan tidak terubah suai genetiknya.

7. Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan semasa bersahur kerana ia membantu kita mudah lawas, membekalkan air secara semulajadi dan mencukupkan nutrisi yang kita perlukan sepanjang hari untuk kesihatan yang optima.

 

Semoga anda semua sihat dan ceria sepanjang bulan Ramadhan ini dan mencapai kebahagiaan hati dengan memperbanyakkan amal ibadah seperti banyakkan mengaji, berzikir dan sebagainya.

 

Selamat menjalani ibadah puasa dengan sihat semua! 🙂

 

Artikel berkaitan :

1. Tips Bertenaga dan Kekal Cergas Ibu Hamil Berpuasa di bulan Ramadhan

2. 12 Tips Ibu Bekerja Yang Menyusukan Bayi di Bulan Ramadhan

 

Ikhlas dari

sihatceriabahagia.com 🙂

 

0 thoughts on “Tips Bersahur yang Sihat di bulan Ramadhan”

  1. Pingback: Tips Bertenaga dan Kekal Cergas Ibu Hamil Berpuasa di bulan Ramadhan | Sihat Cerita Bahagia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *