Tabiat Melaga-lagakan Gigi di kalangan Kanak kanak, adakah berbahaya?

Tengah seronok seronok nak lelapkan mata, terdengar bunyi nyilu datang dari sebelah telinga.

Maklumlah, anak yang berumur 4 tahun ini masih belum mahu berpisah katil, jadi tidurlah lagi bersama sama ibu dan ayahnya.

Aduh, ngilunya bunyi!

Sehari dua berlaku tak mengapa juga, tetapi nampaknya melarat hampir sebulan ni. Hmmm.

Bruxism : Masalah Gigi Berlaga

Masalah gigi berlaga itu adalah Bruxism.

Fenomena ini berlaku apabila gigi pada rahang atas dan rahang bawah berlaga atau bertemu dan mengisar pada permukaan gigi bertentangan.

Ia berlaku tanpa sedar.

Bruxism ini boleh berlaku pada semua peringkat umur termasuklah kanak kanak sehingga orang dewasa.

Masalah Bruxism di kalangan kanak kanak boleh berlaku seawal tumbuhnya gigi sehingga sepuluh tahun. Namun, ia akan kelihatan sangat ketara bermula umurnya 5 tahun. Kemudian, selepas tempoh masa di atas, tabiat itu akan berhenti.

 

Punca tabiat melagakan gigi di kalangan kanak kanak

  • Ia mungkin dipengaruhi oleh tahap stress seseorang kanak kanak. Ataupun mereka yang sedang dalam kesedihan dan emosi emosi yang lain.
  • Masalah susunan gigi yang tidak teratur
  • Jenis personaliti mereka sama ada mudah rasa tertekan atau memendam perasaan
  • Tindak balas kesakitan dari kawasan telinga atau sakit gigi
  • Berlaku semasa proses pertumbuhan gigi dan perkembangan tulang rahang mereka

Keadaan masalah gigi berlaga

Sebenarnya, masalah ini bukan saja berlaku pada waktu tidur, tanpa disedari, ia juga boleh berlaku pada waktu siang. Terutamanya ketika mereka melakukan aktiviti berseorangan seperti menulis atau melukis.

Bruxism bukanlah tabiat mengigau.

Fenomena ini berkaitan dengan tahap emosi yang boleh memberi kesan pada kualiti tidur mereka.

Bila bangun dari tidur, mereka menjadi kurang segar dan otot otot muka akan menjadi letih.

Sebenarnya, jika ia tidak berpanjangan, ia tidak merbahayakan.

Jika ia berterusan, ia akan mendatangkan masalah pada keadaan gigi mereka.

 

Rawatan bruxism

Jika masalah ini berlarutan untuk jangka masa yang lama, rawatan yang perlu diambil adalah dengan berjumpa dengan doktor gigi.

Ini kerana, tabiat ini menyebabkan gigi mereka menjadi haus, mula retak dan sakit.

 

Selebihnya, doktor gigi akan mengesyorkan rawatan rawatan khusus yang berkaitan dengan masalah yang dialami kanak kanak tersebut.

 

Apa yang ibu bapa boleh lakukan di rumah?

Perhatikan tingkahlaku anak anak anda sepanjang siang hari, atau di sekolah, adakah mereka mengalami masalah yang menyebabkan mereka ketakutan, kesedihan, kepenatan, iri hati dan sebagainya yang boleh membuatkan mereka tertekan.

Jika kita dapat menyedari sesuatu yang luarbiasa berlaku pada anak anak, atau mereka nampak semakin agresif, buatlah sesuatu yang membuatkan mereka semakin bertenang.

Selalulah berbincang dengan anak anak yang membuatkan mereka lega dan sentiasa mahu berkongsi cerita dengan kita.

Maklumlah, dengan peredaran masa zaman moden ini, kita sebagai ibu bapa perlulah meluangkan sedikit masa yang berkualiti bersama mereka mendengar masalah mereka di sekolah ataupun bersama adik beradik di rumah.

Sebagai langkah alternatif, ibu bapa juga bolehlah memilih untuk memberikan Omega 3 kepada anak anak mereka yang dipercayai dapat membantu mempengaruhi emosi dan tingkahlaku anak anak mereka ke arah yang lebih terkawal.

Mengikut kajian dari Universiti Ohio State, dari jurnal Brain, Behaviour and Immunity, pelajar yang mengambil Omega 3 akan mengalami penurunan ketakutan, stress dan keradangan sebanyak 20%. (Rujukan : https://www.naturalnews.com/2017-12-07-omega-3-fatty-acids-your-super-weapon-against-stress-and-anxiety.html)

Semoga tidur malam anda dan anak anak akan lebih lena dan berkualiti tanpa mereka mengasah gigi mereka lagi sebagai tabiat yang berlarutan.

 

 

Sharing is loving,

Kak Ai,

sihatceriabahagia.com

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *