Siapakah Saya

Bismillahirahmanirrahim.

Salam kenal semua 🙂 Saya, Kak AI SCB, pemilik sihatceriabahagia.com adalah seorang ibu, merangkap WAHM yang sentiasa ingin berkongsi kebaikan dengan anda semua.

Ini kerana, untuk bahagia, kita perlu menyiapkan diri supaya sentiasa sihat dan ceria di samping keluarga tersayang. Kepakaran saya adalah dalam memberikan khidmat nasihat dan berkongsi manfaat buat pelanggan-pelanggan Shaklee saya yang tercari-cari apakah sebenarnya manfaat mengamalkan sesuatu produk tanpa tahu kesan positif yang dirasainya.

Masalahnya, ramai yang tidak tahu bahawa vitamin semulajadi adalah yang terbaik untuk kesihatan kerana ia menampung segala keperluan yang kurang di dalam badan, seterusnya menyebabkan terjadinya sesuatu penyakit atau kekurangan pada diri.

Di samping mempertingkatkan motivasi dan emosi, semuanya perlu bergerak seiring supaya kita dapat kekal sihat memenuhi tanggungjawab kepada yang tersayang sementara usia masih ada di bumi ini.

Andai kata saya tiada lagi, segala ilmu yang saya curahkan di sini adalah untuk anda praktikkan dan amalkan, kerana dengan medium ini sajalah saya dapat menyalurkan amal jariah saya untuk di bawa ke akhirat. Semua ilmu milik Allah, saya sebagai penyampai sekelumit ilmu yang saya miliki dan insyaallah akan sentiasa upgrade diri untuk meningkatkan ilmu dan kualiti diri hari ke hari.

Berbekalkan semangat saya sangat sayangkan keluarga saya, terbinanya blog ini untuk manfaat kita bersama.

Dunia di tangan, akhirat di hati.

Semoga semuanya sihat, ceria dan bahagia!

 

Ikhlas dari hati,

Kak Ai SCB

016-3353567

Bsc of Biotechnology

Msc of Science (Faculty Pharmacy).

Ex Lecturer, kini bergerak bebas sebagai WAHM untuk bebas menyampaikan ilmu kepada anda semua bersama keluarga tercinta di sisi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *