Sembuhkan Luka Berpantang Dengan Cepat Agar Kesakitan Czer Tidak Mengganggu Emosi

Kata orang, bersalin pembedahan ni mudah, potong dan terus anak dapat keluar dengan selamat tanpa perlu melalui kesakitan contraction. Namun, realitinya, ibu berpantang czer ini perlu menghadapi kesakitan di seluruh perutnya akibat dipotong dan tempoh masa pulih kesakitan ini adalah lama.

Luka di luar boleh nampak, luka di dalam, siapa yang tahu?
Luka di luar boleh nampak, luka di dalam, siapa yang tahu?

 

Pengalaman Bersalin Czer Saya

Oleh itu, amat penting untuk ibu mengambil langkah segera untuk mengurangkan kesakitan ini secepat mungkin, kerana kesakitannya secara tak langsung mengganggu emosi ibu berpantang yang sememangnya senang beremosi!

Pengalaman saya, sewaktu keluar dari dewan bedah, memang tak rasa apa-apa, sehinggalah seharian boleh tersenyum kerana bius hasil cucuk tulang belakang membuatkan kita tak rasa sakit, pun. Tapi, bila bius pun hilang, kesakitan mula dapat dirasa sepenuhnya. Sakit rupanya!

Mana tak sakit, masa anak pertama, saya mengalami kejutan perasaan, menggigil perut nak bangun duduk dari katil. Bila diajar untuk turun dari katil, rupa-rupanya perut yang menggeleber ni membuatkan kita rasa sangat tak selesa, otot perut menarik-narik pada kesan czer tu, membuatkan kita terbongkok-bongkok untuk berjalan ke tandas. Mulalah lutut menggigil dan kepala mula rasa nak pitam. Dah masuk ke dalam tandas, perlu menahan hati pulak untuk membuang air kecil. Dada berombak kencang, terpaksa tahan nafas sikit-sikit, untuk membuang. Sakit pula di bahagian bawah tu, hanya Tuhan yang tahu.

Baca juga entri ini : http://sihatceriabahagia.com/tips-memilih-jamu-berpantang-bersalin-pembedahan-pengalaman-ibu-anak-tiga-cesarean/

tips memilih jamu berpantang

 

Ini adalah realitinya apa yang saya rasa semasa anak pertama. Semasa anak kedua, saya terus ambil inisiatif ambil ESP secepat yang mungkin untuk membekalkan badan dengan protein sebanyak-banyaknya supaya badan lebih bertenaga dan kurang rasa sakitnya. Kurang tu maksudnya bukan tak rasa langsung, ya, tetapi tidaklah seteruk pengalaman anak pertama!

Bila kulit dan lapisan perut dipotong semasa pembedahan, berapa banyak sel yang telah mati, inilah rasa mengapa ESP bantu luka sembuh dengan cepat kerana membekalkan sumber yang diperlukan untuk penyembuhan
Bila kulit dan lapisan perut dipotong semasa pembedahan, berapa banyak sel yang telah mati, inilah rasa mengapa ESP bantu luka sembuh dengan cepat kerana membekalkan sumber yang diperlukan untuk penyembuhan

 

Pengalaman anak ketiga, saya ambil kaedah yang sama, dan beberapa vitamin yang lain lagi.

Rupanya suami bercerita, “Abang tengok yang kali ketiga ni nampak kuat sikitla dari yang pertama dulu, nak bangun langsung tak boleh nak senyum pun tertahan-tahan, muka berkerut je”

Alhamdulillah, kali ini, terpaksa, saya terpaksa jadi kuat mengenangkan anak-anak masih kecil dan masih mengharapkan mamanya buat itu, buat ini, sekurang-kurangnya Mamanya dapat senyum mesra pada anak-anak yang lain.

Langkah yang selamat, saya ambil Vivix untuk mengurangkan rasa sakit pembedahan czer bersalin ini, dan alhamdulillah, kesannya memang sangat berbaloi-baloi untuk diri saya.

 

Berkongsi Manfaat Vivix Dengan Kawan Senasib, Hasilnya Dia Juga Rasa Bertenaga

Saya kongsikan kegembiraan ini dengan seorang kawan saya di Bangi, yang bezanya sebulan lewat untuk bersalinkan anak keempatnya, dan saya rasa sangat-sangat gembira kerana kawan saya itu juga dapat merasakan perbezaan berpantang anak yang baru ini dengan Vivix berbanding kelahiran-kelahiran yang sebelumnya.

vivix

 

Masyaallah, kita kongsi untuk kawan-kawan rasa apa yang kita rasa. Bila rasa best, sama-sama akan dapat manfaat yang sama, takkanlah kita nak tengok kawan sendiri bermuram sepanjang berpantang, kan?

Semoga emosi ibu berpantang tidak terganggu kerana sememangnya kita pasti menghadapi mood swing ini, tak boleh lari, jadi tambah dengan sakitnya luka pembedahan ini, kita jadi lagi bad mood, habis satu rumah kena tempias puting beliungnya.

Semoga anda juga dapat merasa kesan kegembiraan yang sama! Selamat berpantang dan berkenalan dengan baby baru, pembawa rezeki yang besar kepada keluarga 🙂

HUBUNGI SAYA UNTUK VITAMIN DAN KONSULTASI SUPAYA LUKA ANDA PULIH SEGERA
HUBUNGI SAYA UNTUK VITAMIN DAN KONSULTASI SUPAYA LUKA ANDA PULIH SEGERA

Share the love!

Kak Ai SCB

016-3353567

Pengedar Shaklee Kajang Bangi

Pos ke seluruh Malaysia

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *