Saya Berumur Lewat 20an, Ingin Hamil, Seawal Bila Nak Mulakan Ambil Vitamin Prenatal?

Cara terbaik untuk mendapatkan nutrisi yang diperlukan badan untuk kehamilan adalah melalui pemakanan yang sihat dan seimbang. Namun, adakah pengambilan makanan yang anda ambil itu memenuhi jumlah keperluan nutrisi untuk hamil yang secukupnya?

Seawal mana saya nak mula ambil vitamin prenatal?

Vitamin prenatal

 

Sebetulnya, kita haruslah mengambil vitamin ini sebelum hamil lagi. Ini sangat penting untuk pembentukan neural tiub bayi.

In the developing chordate (including vertebrates), the neural tube is the embryo’s precursor to the central nervous system, which comprises the brain and spinal cord. (Wikipedia)

human-embryo-brain

 

Tiub ini terbentuk pada fetus untuk membentuk tulang belakang dan bahagian otak bayi anda pada bulan pertama kehamilan.

Biasanya, bagi ibu-ibu yang pernah mengandung, minggu pertama, kedua dan ketiga mengandung, kita tak sedar lagi kan yang kita ni mengandung?

Namun begitu, masa inilah pembentukan KRITIKAL tiub-tiub yang paling penting dalam pembentukan janin cahayamata yang anda nantikan itu!

 

Apakah sebenarnya Vitamin Prenatal itu?

Vitamin prenantal adalah vitamin dan mineral yang mengandungi asid folik, dan vitamin yang diperlukan semasa kehamilan.

Jom kita lihat satu persatu nutrisi yang diperlukan dalam vitamin prenatal ini:

  1. Asid folik
  2. Kalsium
  3. Iron
  4. Vitamin D
  5. Vitamin C
  6. Vitamin A
  7. Vitamin E
  8. Zink
  9. Copper

Nutrisi ini bukanlah boleh diambil sebarangan, tetapi disediakan dalam jumlah kuantiti dos tertentu. Jadi, berikut adalah cadangan Vitamin prenatal yang diperlukan oleh ibu mengandung yang mengandungi nutrisi seperti di atas.

 

1. Asid Folik :

Asid folik memainkan peranan yang TERLALU PENTING dalam pembentukan fetus sebaik sahaja persenyawaan berlaku. Sebab itulah bagi anda yang ingin hamil, sila pastikan anda mengambil cukup asid folik setiap hari kerana bilakah persenyawaan berlaku tidak dapat ditentukan secara tepat dan kehamilan masih belum disedari.

Asid folik diperlukan selama 30 hari pembetukan fetus kerana masa ini penghasilan sel berlaku dengan sangat cepat.

Rujukan kepentingan asid folik kepada pembentukan fetus di sini.

Dos asid folik yang diperlukan ibu mengandung adalah 400 mcg (micrograms).

 

2. Iron/zat besi

Iron/zat besi menyokong pembetukan bayi anda. Ia membantu pengankutan oksigen ke seleuruh badan fetus, menghalang anemia (kekurangan sel darah merah) dan menghalang kelahiran bayi pramatang dan bayi yang kurang berat badan.

Kekurangan haemoglobin semasa hamil boleh di baca di sini.

Dos yang diperlukan ibu mengandung adalah 27 mg (miligram).

 

3. Kalsium

Ia diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi bayi. Ia sangat kritikal diperlukan semasa Trimester Ketiga, iaitu pada masa ini tulang bayi membentuk dengan pesatnya.

Kalsium sangat-sangat diperlukan ibu supaya ibu tidak kehilangan kalsiumnya sendiri yang menyebabkan tulang ibu rapuh, gigi mudah tertanggal dan banyak lagi masalah lain seperti sakit pinggang, kebas kaki dan kekejangan yang teruk.

Rujuk kesan-kesan kekurangan kalsium di sini.

Dos yang diperlukan ibu mengandung adalah 1000 mg Kalsium.

Kalsium yang terbaik didatangkan bersama-sama dengan Vitamin D untuk membantu penyerapan terbaik Kalsium di dalam badan bayi.

 

4. Asid Lemak Omega-3 (DHA)

DHA ini penting semasa kehamilan semasa pembentukan otak bayi anda. Tidak semua vitamin prenatal mengandungi Omega-3 ini.

Omega-3 untuk kehamilan boleh di baca di sini.

Dos yang dicadangkan oleh ibu mengandung dan menyusukan untuk mengambil Omega-3 adalah 200 mg.

 

5. Multivitamin

Multivitamin mengandungi kesemua jenis vitamin secara lengkap dan mengandungi dos yang selamat diambil oleh semua golongan. Oleh itu, disarankan untuk mengambil multivitamin untuk memastikan bayi anda mendapat nutrisi selengkapnya untuk keperluan pembentukan sel-sel baru badannya seperti mata, hati, perut, usus dan sebagainya.

Rujukan multivitamin yang lengkap di sini.

 

woman-eating-salad

Jadi, ibu-ibu, jagalah pemakanan anda ye, bukan sebab apa pun, yelah, memanglah kadang-kadang kita rasa macam nak makan maggie je, rasa nak makan keropok je, tapi sebenarnya kita harus mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang, terutamanya vitamin prenatal, khas untuk anda yang ingin hamil, apatah lagi yang sedang hamil demi kesejahteraan janin zuriat anda sendiri 🙂

Saya doakan ibu-ibu sihat sejahtera, bagi yang terlalu inginkan cahayamata, berdoalah ya di samping amalkan petua-petua lama untuk dapatkan zuriat dan mengambil berat pengambilan vitamin prenatal ini.

 

Salam sayang dari saya,

 

Kak Ai SCB

016-3353567 whatsapp/sms

Pengedar vitamin semulajadi Shaklee kawasan Puncak Saujana Kajang dan sekitar, serta pos ke seluruh Malaysia 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *