Resepi Sagu Gula Melaka Milkbooster

Sagu Gula Melaka Milkbooster
————————–

Semalam tengok di nf banyak betul gambar orang buat sagu gula melaka. Semuanya sedap sedap belaka sampai terus rasa nak buat!

Disebabkan di rumah dah habis stok susu cair, saya terus ganti dengan ESP protein ni, memandangkan memang hari hari akan minum protein ni sebagai milkbooster harian dan penambah tenaga.

Dan, alhamdulillah hasilnya awesome! Simpan dalam peti sejuk, bila berbuka tu memang senyum kesyukuran dapat juga makan sagu gula melaka akhirnya 🙂

Resepi Sagu Gula Melaka Milkbooster :

1. Tapis dan basuh sagu, saya buat sikit sebagai percubaan, 10 sudu sagu.
2. Rebuskan sagu hingga kembang dan letakkan sedikit pewarna kegemaran. Masukkan sekali daun pandan untuk aromanya.
3. Tapis semula sagu tadi dan sejukkan.
4. Potong sedikit gula melaka dalam 2 inci dan masak bersama 2 cawan air daun pandan yang diblender. Masak air gula melaka hingga melarut semuanya.
5. 5 sudu ESP dibancuh di dalam shaker ukuran sederhana.
6. Tuang sedikit gula melaka tadi ke dalam bekas yang ingin disimpan/digunakan, tuangkan bancuhan ESP tadi 1/3 bekas dan letakkan sagu yang telah disejukkan tadi.
Anggaran saya ni dapat dalam 4 bekas minuman seperti di dalam gambar.
7. Simpan dalam peti ais dan tiba masanya, boleh terus dimakan dengan Bismillah 🙂

resepi-sagu-gula-melaka

Ringkas, mudah dan sedap. Cubalah ye!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *