Rahsia Badan Cergas Sewaktu Mengandung

Waktu mengandung, biasanya kita akan berasa letih, lesu dan kurang bertenaga untuk melakukan aktiviti seharian. Saya dah merasa dah semua pengalaman tu, alhamdulillah dah melalui dua kali pengalaman mengandung, memang setiap perjalanan kehamilan untuk setiap anak lain-lain ragamnya.

 

Pembawakan Sewaktu Mengandung?

 

Bila orang cakap, time mengandung ni, asyik melepek je, nak tidur je, nak keluar dari rumah pun malas, ya, memang ada benarnya. Semua ini adalah kerana pembawakan. Tapi, bagi saya, kesemua rasa dan kesan-kesan ini boleh diatasi bila badan kita menerima nutrisi yang secukupnya. Yelah, sekarang nutrisi badan dah dikongsi dua; untuk diri sendiri dan untuk anak.

 

Sebab tulah, kita sentiasa rasa tak bermaya, letih, kurang tumpuan, malas bergerak sebab cepat penat dan sebagainya sebab badan kita dah lemah. Bila dah di top up dengan nutrisi yang boleh bagi tenaga, yang menceriakan mood, mesti kita boleh melawan segala pembawakan yang disenaraikan di atas.

 

Saya nak share dengan kawan-kawan semua, video best dari rakan saya, nama sama macam saya tau. Pengalaman dia mendaki candi borubudur yang sangat tinggi tu. Masyaallah, boleh bayangkan tak, orang mengandung 7 bulan mendaki candi yang sangat tinggi? Tak letih ke? kalau usia baby 7 bulan kan, dah sampai sekilo berat dia, cuba ambil sekilo guni beras, letak di pinggang dan berjalanlah dan mendaki tangga yang tinggi. Penat ke tidak?

Borobudur13
Tinggi kan candi ni? banyaknya anak tangga!

Ha, boleh bayangkan tak nak panjat macammana? Saya dulu, nak panjat Kota Melaka tu pun mengah tau, yang tu bukan mengandung, nak banding dengan orang mengandung yang panjat candi Borobudur ni, masyaallah, jauhnya beza.


Teruja tak? Saya memang teruja dengan video ni!

 

Rahsia Atasi Letih Lesu Ketika Mengandung

 

Puan Ainul Mustaffa dah menunjukkan bukti, bahawa walaupun mengandung, beliau sama cergas seperti kawan-kawannya yang lain untuk memanjat candi Borobudur ini ketika hamil 7 bulan. Yang lebih mengejutkan, beliaulah yang sampai dulu berbanding kawan-kawannya yang lain.

 

Apakah rahsia kekal cergas bertenaga sewaktu mangandung? Beliau telah mengamalkan 2 supplement Shaklee iaitu B Kompleks dan Ostematriks.

 

B Kompleks dan Ostematriks memang menjadi supplement yang sangat penting diambil ketika mengandung. Kerana apa?

 

Rahsia B kompleks untuk ibu mengandung :
  1. Ia membantu badan menukarkan gula kepada tenaga. Jadi, bila kita banyak mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, B kompleks membantu memecahkan nutrisi dari makanan kita tadi kepada tenaga yang berpanjangan. dan sebab tulah kita sentiasa kekal cergas setiap masa!
  2. Bila kita makan banyak gula, gula tadi tidak dibazirkan dan disimpan di dalam badan begitu saja, ia membantu badan kita untuk mengatasi masalah gula tinggi di dalam darah sewaktu mengandung. Jadi, risiko untuk mendapat kencing manis sewaktu mengandung boleh dikurangkan.
  3. B kompleks juga mempengaruhi mood ibu mengandung dengan membantu mengurangkan tekanan perasaan. Ibu mengandung yang cepat stress dan tertekan dengan keadaan diri, penat, letih, lesu, boleh menjadi ceria semula kerana perasaan kembali ceria, masalah letih dah dapat diatasi dan lebih tenaga dapat dijana untuk pergerakan seharian.
  4. B kompleks mengandungi asid folik yang sangat-sangat penting untuk perkembangan saraf bayi yang anda kandungkan itu. Sememangnya, nutrisi asid folik adalah wajib diambil oleh ibu mengandung untuk mengelakkan kecacatan pada bayi yang dikandungnya itu.

 

Rahsia Ostematriks untuk ibu mengandung :
  1. Ostematriks membekalkan kalsium kepada ibu mengandung. Dengan pengambilan 4 biji sehari, pengambilan 1000mg kalsium dapat dipenuhi oleh ibu mengandung, untuk disalurkan kepada anak yang dikandungnya untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat dan kuat. Bila tulang kuat, badan pun kuat untuk melakukan aktiviti harian ­čÖé
  2. Ia membantu ibu-ibu mengatasi masalah sakit belakang, lenguh badan, kekejangan kaki, kebas kaki, gigi goyang dan semua masalah biasa yang dihadapi ibu mengandung akibat kekurangan kalsium.
  3. Magnesium dalam ostematriks membantu ibu-ibu mengandung ini lawas dan membantu ibu tadi mengatasi sembelit. Bila kurang satu masalah umum yang dihadapi sewaktu mengandung, ibu mengandung pun akan ceria dan boleh melakukan aktiviti harian dengan gembira.

 

Best kan dengan video tadi? Ia adalah pengalaman sebenar ibu yang telah hamil dan hanya yang pernah merasai nya saja dapat memahami perasaan sebenar yang dialami ketika itu. Saya juga telah melaluinya dan telah merasai pengalaman mengambil tidak mengambil supplement ini untuk anak pertama dan mengambil supplement ini untuk anak kedua sewaktu bekerja dahulu. Memang terasa besar perbezaannya!

 

Pada masa itulah baru kita tahu betapa besarnya nikmat tenaga yang Allah kurniakan kepada kita setiap hari. Jika tak bertenaga, kita akan sentiasa longlai, hidup dalam kesedihan dan melayan dunia kepenatan sendiri untuk jangka masa yang sangat lama. Usah biarkan diri anda dikuasai perasaan-perasaan sebegitu selama sembilan bulan, rasailah nikmat bertenaga sewaktu mengandung, kerana di samping lebih murah rezki, kita akan dapat menikmati saat-saat manis hamil bersama keluarga tercinta. Ia adalah satu pengalaman yang sukar diungkapkan dengan kata-kata!

 

Pregnant

 

Wah, ni lah kenangan saya ke Cameron semasa hamil anak kedua. Saya juga turun ladang teh dan berjalan-jalan ke kebun strawberi dan sebagainya! Sayang tau melepaskan nikmat yang tidak terhingga ni bersama keluarga sewaktu mengandung! Nampak kan serinya muka tu? Ha, ni penangan B Kompleks lah ni yang membantu menaikkan seri wajah ibu mengandung walaupun letih dan penat beraktiviti seperti saya!

 

Inilah Shaklee Effect saya!

 

Jika nak rasa pengalaman yang sama, jom pm saya, Kak Ai SihatCeriaBahagia 0163353567. Jom kekal cergas dan bertenaga sewaktu mengandung!

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *