Cara Cepat buang angin badan

Petua Mudah Menghilangkan Angin Ibu dan Bayi Semasa Berpantang

Assalamualaikum

Apa khabar ibu-ibu di sana? Yang sedang berpantang tu mesti sedang mengulit anak masing-masing ketika ini, tak mengapa banyakkan masa bersama-sama si kecil kerana inikan tempoh perkenalan dan menguatkan kasih sayang? “Bonding Time” yang sangat indah!

Sihatceriabahagia.com ingin berkongsi dengan ibu-ibu cara mudah dan berkesan menghilangkan angin dalam badan ibu dan bayi anda semasa berpantang. Petua ini diberikan oleh ibu mertua saya, yang sekarang ini mengamalkannya kepada kakak ipar saya yang masih berpantang.

Komen kakak ipar, hilang angin dalam badan dan rasa ringan badan! Petua ini juga berkesan dilakukan kepada anak tersayang.Cara Cepat buang angin badan

 

Cara Mudah Membuang Angin Ibu Berpantang :

Sediakan bunjut habbatussauda yang digoreng bersama-sama dengan garam kasar.

Ya, itu sahaja! Mudah, kan

 

 

  1. Berapa banyak habbatussauda dan garam kasar terpulang, lagi banyak, lagi bagus, lebih besarlah bunjutnya!
  2. Goreng sehingga betul-betul panas kedua-dua habbatussauda dan garam kasar tadi, dan bunjutkan.
  3. Bunjut kain boleh gunakan kain napkin, mahupun perca kain batik.
  4. Kemudian, bagi ibu, duduklah di atas kerusi dan letakkan bunjut tadi betul-betul di bawah “Miss V” seperti bertangas dan duduk sehingga hilang panas bunjut tadi.
  5. Sebab itulah sangat penting bahan-bahan tadi digoreng dengan lama supaya kepanasannya bertahan lama, dan kain yang digunakan tidaklah terlalu tebal.
  6. Bagi bayi, bolehlah dibuat bunjut yang lebih kecil, dan untuk mengembalikan kepanasannya, bolehlah dipanaskan dengan seterika 🙂 Tuamkan pada seluruh bahagian perut dan ari-ari bayi anda tadi.

Cara ini boleh dilakukan selepas mandi pagi dan petang, dan anda akan rasa badan terasa ringan kerana dikatakan, segala angin akan dikeluarkan melalui bahagia bawah itu.

 

Mudah dan cepat.

Boleh dilakukan sendiri oleh ibu berpantang jika keadaan terdesak ataupun tiada penjaga yang menjaga kita semasa tempoh berpantang itu.

Hanya menggunakan BUNJUT; Penyediaan yang mudah dan ringkas, dan mengambil konsep bertangas (Gambar dari Harian Metro)
Penyediaan yang mudah dan ringkas, dan mengambil konsep bertangas (Gambar dari Harian Metro)

Cara Alternatif yang saya guna :

Pengalaman saya sendiri, sebab tu saya berani reccommend di sini
Pengalaman saya sendiri, sebab tu saya berani reccommend di sini

Cara Buang Angin Dengan Bawang Putih : Klik ini

Semoga anda sentiasa sihat dan dapat kekalkan tenaga semasa berpantang dan ini sangat penting agar emosi ibu berpantang turut terjaga.

Cubalah, ya!

Pengedar Shaklee

Salam sayang 🙂

Kak Ai SCB

016-3353567

Pengedar Shaklee Kajang Bangi

Pos ke seluruh Malaysia

Artikel berkaitan yang popular :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *