Petua Menaikkan Seri Wajah Semasa Berpantang Yang Mudah Disediakan Oleh Ibu Berpantang Sendiri di Rumah

Petua tradisional memang menjadi amalan yang tidak patut ditinggalkan oleh ibu berpantang memandangkan manfaatnya yang sangat bagus untuk kesihatan dalaman kita.

Tambahan pula, petua yang menaikkan seri muka sewaktu berpantang sangat penting diamalkan, kerana ia membantu ibu berpantang untuk lebih bersemangat menikmati tempoh-tempoh berpantang, di samping mencerminkan aura yang positif kepada orang di sekelilingnya.

Takdelah kita dilihat seperti terlalu cengkung, kusam dan tidak bermaya dan orang tengok pun kesian je. Suami? Terus lari nak tengok pun tak sampai hati”

Pasti anda pernah terdengar kata-kata sebegini, kan? Lantak lah, apa orang nak kata, tapi hakikatnya, ia memang mempengaruhi juga mood dan emosi kita sendiri.

Jadi, tidak kira anda melalui proses berpantang secara tradisional mahupun moden, petua yang dikongsikan pada kali ini amat bersesuaian diamalkan dan disediakan sendiri oleh ibu-ibu berpantang ini kerana bahan-bahannya yang mudah, yang boleh dipesan pada suami untuk membeli atau mendapatkannya.

Ha, inilah moden katanya, yang ringkas dan mudah tetapi bermanfaat lagi berkesan! Lagipun hakikat zaman sekarang, ramai ibu-ibu yang berpantang sendiri di rumah, kan? Yang hanya ditemani suami tercinta, itupun suami masih pergi bekerja dan hanya available selepas waktu kerja sahaja.

Contoh Ibu yang sentiasa menjaga ketrampilan, walaupun baru keluar dari labor room. Inspired, kan? Rozita Che Wan

10 Pilihan Petua Menaikkan Seri Wajah Semasa Berpantang Yang boleh disediakan sendiri di rumah :

1. Sapukan air kelapa tua mahupun muda ke seluruh wajah, kerana ia mengandungi mineral yang dapat menaikkan keserian wajah.

2. Basuh muka dengan air basuhan beras yang ketiga sambil berselawat.

3. Untuk masker yang boleh dipakai untuk seketika waktu, bolehlah disapu yogurt asli ke seluruh bahagian wajah anda.

4. Buat masker dari tomato dengan menghancurkannya dan dipakai sehingga kering.

5. Untuk ibu berpantang yang berkulit kering, bolehlah menyediakan bedak sejuk yang dicampur dengan madu untuk menambahkan keserian dengan menambahkan kelembapan wajah anda.

6. Bancuhkan bedak sejuk bersama kunyit hidup yang dikisar, pakai setiap pagi dan petang.

7. Memakai bedak sejuk yang dicampurkan dengan perahan air asam jawa.

8. Letakkan teh uncang yang telah digunakan pada bahagian gelpa bawah mata untuk menghilangkan kesan lebam akibat berjaga sepanjang malam.

9. Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum setiap pagi dan malam, ia turut melancarkan peredaran darah dalam badan.

10. Rebus air akar kayu dan campurkan bersama ibu kunyit hidup untuk diminum pagi dan petang juga untuk menaikkan seri, membuang angin dan melancarkan peredaran darah.

 

4 Amalan Yang Penting Untuk Diamalkan :

1. Memakan ulam-ulaman kampung yang tidak berangin seperti daun pegaga, daun kaduk dan temu yang bagus untuk kesihatan dalaman ibu berpantang.

Ulam temu seakan halia, tetapi rasanya lebih pijar dan baunya berbeza dengan halia
Ulam temu seakan halia, tetapi rasanya lebih pijar dan baunya berbeza dengan halia

 

2. Mengamalkan memakan buah seperti oren/limau setiap hari untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Buah oren kaya dengan Vitamin C selamat dimakan sewaktu berpantang
Buah oren kaya dengan Vitamin C selamat dimakan sewaktu berpantang

 

3. Mendapatkan tukang urut untuk diurut seluruh badan yang membantu membuang angin dan memperbetulkan sistem dalaman badan.

Amalan urut semasa berpantang perkara yang wajib dilakukan biarpun berpantang sendiri di rumah
Amalan urut semasa berpantang perkara yang wajib dilakukan biarpun berpantang sendiri di rumah

 

4. Bertungku setiap pagi dan petang. Alternatifnya juga boleh dibaca di sini: Petua Mudah Menghilangkan Angin Ibu dan Bayi Semasa Berpantang

Cara menyediakan tungku dengan menggunakan daun mengkudu
Cara menyediakan tungku dengan menggunakan daun mengkudu

 

Semoga dengan pilihan petua yang ada dan amalan yang disenaraikan memberi idea kepada ibu-ibu moden untuk berpantang sendiri di rumah. Petua lama ditinggal jangan, kerana badan harus dijaga sebaik-baiknya sepanjang tempoh berpantang untuk mengembalikan kesegaran badan, kesembuhan, melancarkan peredaran darah seterusnya menaikkan seri muka kita. Untuk kesan yang cepat, anda juga boleh mencuba Tips Kecantikan Mengembalikan Keserian Wajah Ibu Berpantang.

 

Cuma, diingatkan, jika bayi anda masih lagi mengalami jaundis atau kuning, elakkan dari memakan menu terlalu panas dengan lada hitam, herba ataupun jamu sehingga bacaan kuningnya minima seperti yang ditetapkan doktor. Ibu-ibu boleh menjaga badan dengan mengambil nutrisi yang seimbang dan tidak berangin mahupun sejuk untuk penjagaan pantang yang optima.

Biar tanpa mekap, kecantikan semulajadi terserlah dengan kesrian wajah, walaupun semasa berpantang :)
Biar tanpa mekap, kecantikan semulajadi terserlah dengan keserian wajah, walaupun semasa berpantang 🙂

 

Selamat berpantang dengan gembira ya semua! Semoga anda kembali ceria, dan cantik berseri sepanjang tempoh berpantang ini, insyaallah.

 

Salam sayang,

Kak Ai SCB

Sms/whatsapp 016-3353567

Pengedar Vitamin Semulajadi Shaklee Kajang

Membantu ibu berpantang untuk mendapatkan kesihatan yang optima dengan supplement semulajadi

Artikel Berpantang yang patut diambil berat oleh anda :

 

 

0 thoughts on “Petua Menaikkan Seri Wajah Semasa Berpantang Yang Mudah Disediakan Oleh Ibu Berpantang Sendiri di Rumah”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *