Petua Atasi Telinga Berdesing, Bingit di atas Kapal Terbang. Sakitnya!

Assalamualaikum semua πŸ™‚

Saya nak share suatu pengalaman yang mendebarkan semasa di atas kapal terbang. Pertama kali haritu saya mengalami sakit telinga yang teramat sangat-sangat semasa berada di dalam kapal terbang.

Itulah, sebelum ini, saya memang dah banyak kali menaiki kapal terbang, takpernah saya mengalami pengalaman ini. Ya Allah, rupa-rupanya, sakit bingit telinga yang dialami sesetengah orang ketika berada di dalam kapal terbang memang sangat-sangat sakit! Masyaallah!

Nasiblah saya alami kesakitan itu semasa penerbangan pulang dari Incheon, Korea Selatan ke Malaysia. Kalaulah saya dah alami semasa penerbangan berlepas ke Korea, memang agak trauma nak balik tu tau! Memandangkan saya akan naik kapal terbang dalam tempoh yang amat lama minggu depan, terpaksalah saya mengambil langkah berjaga-jaga dari sekarang.

 

Baru saya tahu kenapa ada yang moody bila turun dari kapal terbang, sedang tahan sakit telinga, rupanya!
Baru saya tahu kenapa ada yang moody bila turun dari kapal terbang, sedang tahan sakit telinga, rupanya!

 

Sakitnya tu lama juga, dalam 40 minit. Nak nangis tau rasanya! Memang sakit teramat-amat! Memang mengucap panjang sepanjang masa ketika kapal nak turun ke bawah.Β Dan apabila dah mendarat, minum air banyak-banyak dan tutup hidung sambil tlan air liur, tiba-tiba ada bunyi “pop” di dalam telinga. Sedikit lega, tapi rasa sakitnya tu terbawa-bawa selama 2 hari!

 

Ya, saya dah tahu apa sebabnya saya alami kesakitan telinga yang amat sangat sampai rasa telinga nak tercabut keluar!Β 

 

Saya dah mula ada sedikit selsema ketika hari terakhir di Korea. Jadi, selsema inilah penyebab telinga saya berdesing yang teramat sakit semasa di kapal terbang.

Jadi petuanya : Sembuhkan selsema atau batuk berkahak secepat mungkin sebelum menaiki kapal terbang!

 

Petua Umum Elakkan Telinga Bingit dan Berdesing di atas Kapal Terbang :

 

  1. Makan gula-gula atau chewing gum semasa nak memulakan perjalanan bersama kapal terbang, semasa dan semasa mendarat.
  2. Cuba untuk menguap untuk menyamakan tekanan di telinga
  3. Minum banyak air kosong semasa penerbangan
  4. Tutup hidung dan mulut, dan hembuskan nafas dengan kuat. Menurut Dr Ahmad Nordin, teknik ini dinamakan vasalva.
  5. Cuba elakkan selsema mahupun batuk berkahak.
  6. Jangan tidur semasa kapal terbang berlepas dan juga mendarat.

 

Petua Untuk Elakkan Telinga Sakit dan Bingit bagi bayi dan kanak-kanak Semasa di Kapal Terbang :

 

  1. Elakkan anak-anak anda tidur semasa kapal terbang berlepas dan mendarat
  2. Berikan gula-gula kepada anak yang dah pandai makan gula-gula, pantau pemberian anda
  3. Berikan susu kepada mereka semasa berlepas atau mendarat.
Saya ada pengalaman Aiman Menangis melalak-lalak sepanjang penerbangan Kuala Lumpur ke Bandung, masa dia 6 bulan, masyaallah, kini tahu sakitnya tu macammana!
Saya ada pengalaman Aiman Menangis melalak-lalak sepanjang penerbangan Kuala Lumpur ke Bandung, masa dia 6 bulan, masyaallah, kini tahu sakitnya tu macammana!

 

Petua Saya Menghilangkan Selsema Sebelum Naik Kapal Terbang

 

Ya, berbalik kepada kes saya tadi, kali ini, saya mesti menghilangkan selsema saya betul-betul. Cara yang paling cepat adalah dengan mengambil dua biji Vitamin C Sustained Release yang membantu saya menghilangkan selsema dengan cepat.

Jika anda atau anak anda ada kahak, hilangkannya dengan mengambil Omega Guard secara berterusan kerana ia membantu menghilangkan kahak dari badan anda.

Jika anda rasa anda telah berjangkit selsema dan batuk dari orang lain, segeralah mengambil bersama-sama dengan garlic complex kerana ia bertindak sebagai antibiotik semulajadi yang selamat kepada badan dan membantu menguatkan imuniti badan anda.

Ya, tipsnya, nak naik kapal terbang, pastikan anda benar-benar sihat sebelum perjalanan pergi dan pulang. Ini sangat penting, jika anda tak mahu rasa sakit telinga yang amat sangat sampai rasa nak tercabut telinga seperti saya! Nauzubillahiminzalik.

 

Semoga perkongsian saya membantu anda. Jika ingin saya bantu untuk dapatkan Vitamin C, Omega Guard dan Garlic Complex dengan cepat, boleh terus hubungi saya untuk kadar yang segera di talian 016-3353567, boleh call, mesej ataupun whatsapp. Saya akan membantu secepat yang mungkin kerana saya tahu memang sakit telinga jika tidak hilangkan selsema sebelum perjalanan bersama-sama dengan kapal terbang.

travelog ainulmalik
Jom naik kapal terbang bersama saya > travelogainulmalik di http://ainulmalik.com/category/travel/

Sharing is loving!

Kak Ai SCB.

016-3353567

Kembara Iman Mencari Ilmu

Pengedar Shaklee Kajang Bangi, Pos seluruh Malaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *