Persediaan Vitamin Wajib Untuk Haji, Umrah dan Ziarah dan Langkah Berjaga-jaga Agar Kesihatan Dapat Dikekalkan Supaya Dapat Beribadat Sepenuhnya di Sana

Assalamualaikum wbh

Alhamdulillah, tahniah kerana anda terpilih menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan haji mahupun umrah pada kali ini. Sudahkah anda bersedia?

Ya, saya faham, semua akan rasa yang sama, iaitu perasaan bercampur baur, gembira, berdebar, takut tetapi tidak sabar untuk sampai ke Tanah Suci.

Ramai yang sudah mencari-cari kelengkapan penuh haji mahupun umrah, tetapi situasi sebenarnya, ramai terlepas pandang mengenai kepentingan persediaan membawa vitamin dan supplement kesihatan ke sana.

Realitinya; mengikut pengalaman saya dan mutawwif yang membawa kami ke sana, jika mulai sakit, susah untuk membeli ubat yang serasi dengan kita, jika nak ke hospital sekalipun, giliran nombornya terlalu panjang dan lama kerana bayangkan, manusia dari satu dunia yang datang, ingin membuat pemeriksaan di satu tempat yang sama!

Penderma darah yang berbaris untuk mendermakan darah di Hospital Makkah, moga dirahmati semuanya
MINA
Klinik Pesakit Luar di Mina

 

 

Mengapa kita wajib menjaga kesihatan yang baik apabila berada di Mekah dan Madinah?

Kunci utama kita untuk mengerjakan ibadah di sana adalah kesihatan yang baik dan optima.

Jika tidak sihat, bagaimanakah kita boleh membuat segala ibadah dengan tekun dan sempurna? Jangan disia-siakan peluang yang Allah beri untuk sampai ke sana.

Ya, semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing, tetapi kita masih perlu berusaha untuk mendapatkan kesihatan yang baik supaya segala amalan yang dilakukan dapat disempurnakan dengan sehabis usaha baik kita.

Keadaan di hdapan Kaabah
Keadaan di hadapan Kaabahyang menggamit perasaan rindu

Musim dan cuaca di Mekah dan Madinah :

Dari November hingga Februari : Musim sejuk, anggaran suhu 38-42 darjah Celcius di waktu siang (juga ada kemungkinan untuk rendah lagi dari ini) sementara malam mencapai 8 hingga 2 darjah Celcius.

Dari Februari hingga Mei : Cuaca normal di sana, perantaraan antara musim sejuk dan panas, juga dari 30-45 darjah Celcius.

Dari Jun hingga Ogos : Musim panas, anggaran 45-55 darjah Celcius, dan mungkin lebih dari ini.

Keadaan cuaca semasa Umrah kami, Mei 2015
Keadaan cuaca semasa Umrah kami, Mei 2015

 

Pengalaman saya :

Mengikut pengalaman saya, semasa kami mengerjakan umrah pada Mei 2015, suhu biasa pada waktu siang adalah 40 darjah Celcius dan malamnya lebih sejuk seperti keadaan di Malaysia. Yang membezakan keadaan di Makkah dan Malaysia adalah, cuaca di sana kering dan berdebu.

Ditambah dengan pengumpulan manusia-manusia dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadah haji mahupun umrah di Makkah ini dan juga ziarah di Madinah, kita sememangnya terdedah kepada apa-apa kemungkinan jangkitan yang melibatkan banyak faktor terutamanya dari manusia mahupun cuaca.

 

Langkah Berjaga-jaga Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Datang Mengerjakan Ibadah Di Makkah

  1. Menyediakan kesihatan dan stamina yang baik sebelum pergi ke Makkah
  2. Mendapatkan Vaksin Meningococcal
  3. Menyediakan pelindung hidung untuk menapis sebarang habuk, bahan-bahan menyebabkan alahan dan hama dari masuk ke rongga badan
  4. Membawa vitamin yang wajib bergantung pada status kesihatan masing-masing

Cara Mendapatkan Suntikan Vaksin Umrah

Sijil Suntikan Vaksin diiktiraf WHO
Sijil Suntikan Vaksin diiktiraf WHO

 

  1. Suntikan Vaksin Umrah ini perlu diambil oleh semua jemaah haji dan umrah
  2. Diambil di hospital/klinik kerajaan oleh jemaah haji (RM5-RM10) dan bagi jemaah Umrah, suntikan diambil di klinik swasta dalam lingkungan harga RM120-RM150.
  3. Suntikan boleh diambil 3 bulan sebelum berangkat, mengikut dokumentasi yang diperlukan oleh agensi Umrah
  4. Suntikan sah sehingga 3 tahun sahaja, jika tahun keempat ingin pergi ke Tanah Suci, perlu diambil suntikan yang baru

Tujuan Untuk Mengambil Vaksin Umrah:

  • Penularan penyakit yang disebabkan radang di bahagian penting badan, iaitu selaput otak dan saraf tunjang menyebabkan Kerajaan mewajibkan semua jemaah mengambil suntikan vaksin ini.
  • Penyakit ini adalah penyakit berjangkit yang boleh membawa maut.
  • Pesakit akan mengalami demam, loya, bisa dan sakit tengkuk sebagai simptom utama.

 

Menyediakan Pelindung Hidung Sebagai Keperluan Utama Umrah dan Haji

NOSK yang banyak digunakan oleh jemaah Malaysia
NOSK yang banyak digunakan oleh jemaah Malaysia

Boleh menggunakan kain atau purdah ketika berada di sana, namun semasa ihram, syarat utamanya adalah tidak dibenarkan menutup muka.

Oleh itu, untuk menjaga kesihatan masing-masing, pelindung hidung seperti NOSK ini boleh digunakan semasa ihram.

Ia dapat menapis segala debu, habuk dan bahan-bahan kecil yang menyebabkan penyakit mahupun alahan.

 

Vitamin Wajib Umrah dan Haji yang membantu mengekalkan kesihatan di sana.

 

Video di atas adalah perkongsian saya dan suami mengenai vitamin-vitamin wajib di bawa semasa mengerjakan ibadah di Tanah Suci, berdasarkan pengalaman kami di sana. Semoga memberi manfaat pada mereka yang memerlukan.

 

1. Vitamin C

Vitamin C membantu mengurangkan demam dan selsema
Vitamin C membantu mengurangkan demam dan selsema

 

Sangat penting untuk meningkatkan ketahanan badan melawan demam dan selsema yang menjurus kepada penyakit-penyakit lain di sana.

Pengalaman istimewa kami di sana dengan Vitamin C : http://ainulmalik.com/kisah-vitamin-c-dan-pakcik-demam-di-kota-mekah-dan-wadi-qudaid/

Alhamdulillah, Allah beri peluang dapat berkongsi kegembiraan dengan orang lain di sana, sujud syukur

Keistimewaan Vitamin C ini :

Dapat disimpan lama di dalam badan melalui teknologi pelepasan masa, rahsia keberkesanan dan penyerapan menyeluruh berbanding Vitamin C yang lain di pasaran.

 

2. B kompleks :

Membantu meningkatkan tenaga
Membantu meningkatkan tenaga

 

B kompleks sangat penting untuk menjana tenaga berpanjangan supaya kita sentiasa cergas bertenaga untuk mengerjakan ibadah di sana.

Berada di sana memerlukan stamina yang tinggi, contohnya berjalan kaki dari tempat penginapan ke Masjidil Haram, berulangkali, mengerjakan ibadah tawaf, saie dan sebagainya. Rugilah jika kita tidak merebut peluang melakukan semua ibadah-ibadah ini dan tidak mengambil peluang berada di Masjid untuk berjemaah menggandakan pahala kita di sana.

Keistimewaan B kompleks ini :

  • Mengandungi cukup kesemua Vitamin B yang diperlukan oleh badan secara lengkap, yang membuatkan kesemua nutrisi bergabung mencukupkan keperluan tenaga badan, mempengaruhi mood agar sentiasa tenang dan sentiasa meningkatkan semangat.
  • Didatangkan khas bersama asid folik yang jarang digabungkan di dalam b kompleks yang lain kerana ia adalah mineral yang tidak mudah diserap oleh tubuh. Kehadiran asid folik di dalam tablet b kompleks ini menambahkan lagi keberkesanan tindakannya di dalam badan kita secara semulajadi.

 

3. Ostematrix :

ostematix

 

Sangat penting untuk membantu menguatkan otot badan dan tulang. Ia juga membantu menghilangkan kekejangan kai akibat berjalan jauh, sakit sendi dan tulang, sakit pinggang, lenguh badan seperti mengangkat anak kecil mahupun beg dan sebagainya.

Dengan izin Allah, ostematrix dapat membantu kita mengoptimakan pergerakan kita di sana.

Keistimewaan ostematrix Shaklee :

Mengandungi cukup nutrisi dari garam laut mati yang diperlukan oleh badan dan tulang manusia, bukan hanya mengandungi semata-mata kalsium sahaja seperti pil kalsium jenama lain di pasaran. Kehadiran magnesium, fosforus, Vitamin D, Zink, Kuprum, manganes dan boron mempercepatkan tindakan penyerapan kalsium ke dalam tulang dan mempengaruhi proses di dalam tubuh badan secara positif.

 

4. Nutriferon

Pelindung badan yang bertindak dengan cepat melawan penyakit
Pelindung badan yang bertindak dengan cepat melawan penyakit

Nutriferon adalah supplement dalam bentuk serbuk yang boleh dimakan dari kanak-kanak berumur setahun hingga ke warga tua.

Memang saya bekalkan nutriferon kepada anak-anak saya sebagai pelindung dan penguat imuniti badan yang cepat dan berkesan kerana mereka sangat senang terdedah kepada bahaya penyakit. Jika anda mengalami alahan, demam, gatal, batuk, selsema, tindakan nutriferon adalah cepat dan selamat untuk badan.

Keistimewaan Nutriferon Shaklee : 

Nutriferon Shaklee adalah satu-satunya formula eksklusif yang dipaten oleh Shaklee yang tidak boleh dijual oleh mana-mana kedai biasa, kerana ia membantu badan menghasilkan sistem imun yang sama seperti interferon dalam badan manusia untuk melawan penyakit. 

Manusia di dunia terpaksa mendapatkan interferon seperti ini melalui suntikan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, anjing gila, herpes , influenza dan HIV.

 

5. Performance Drink

Melindungi badan dari kekeringan yang teruk
Melindungi badan dari kekeringan yang teruk

Performance drink juga adalah dalam bentuk serbuk berperisa oren, boleh dibancuh dengan air zamzam sejuk yang disediakan di Masjidil Haram. Segarnya rasanya, ya Allah!

Ia membantu menurunkan darjah kepanasan dalam badan, mengurangkan masalah kekeringan air dalam badan, membantu kita kurang haus dalam jangka masa yang lama.

Ada satu kisah yang ingin saya kongsi, pengalaman Kakak sulung yang mengerjakan Haji pada musim 2015 yang lepas.

Katanya, ada seorang makcik di Mina yang sentiasa bertenaga berjalan jauh lebih cepat berbanding jemaah wanita yang lain. Sedangkan kakak saya itu pun dalam lingkungan 40an, tidak sekuat Makcik pencen tersebut, malahan cepat semput disebabkan cuaca yang terlalu panas di sana.

Menurut kakak saya lagi, Panasnya keadaan di sana adalah, ada yang memakai stokin saei di Padang Arafah, pasti melebur plastik-plastik di bahagian tapak kaki stokin itu sehingga meninggalkan kesan di atas lantai.

Keistimewaan Performance Drink Shaklee :

Direka khusus untuk angkasawan NASA. Ia juga menjadi pilihan kebanyakan atlet dunia kerana rumusan OptiCarb yang telah Shaklee patenkan, meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan mempengaruhi peredaran bendalir badan. 

Dibandingkan dengan minuman isotonik lain di pasaran, Performance Drink mempunyai lebih 67% sumber tenaga glikogen dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

 

6. Cinch Tea

Mudah dibawa ke mana saja, teh tenaga ini mudah larut untuk dibancuh dengan air zamzam, walaupun di dalam masjid :)
Mudah dibawa ke mana saja, teh tenaga ini mudah larut untuk dibancuh dengan air zamzam, walaupun di dalam masjid 🙂

Teh yang mengandungi antioksida tinggi ini membantu kita untuk segar dan tahan mengantuk dari kepenatan yang melampau.

Pengalaman saya, membuat tawaf di Kaabah pada jam 2 pagi adalah satu pengalaman yang sangat seronok untuk diamalkan setiap hari, kerana kita dapat bertahajud dan melakukan solat malam dengan bersemangat. Lain sangat perasaannya jika dilakukan di hadapan Kaabah berbanding di dalam hotel.

Jadi, dengan mengambil Cinch Tea, kita akan sentiasa segar dan tahan mata tak kira pagi, tengahari mahupun sepanjang malam untuk beribadah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Ikuti tips menarik untuk beribadah di Masjidil Haram :

http://ainulmalik.com/tips-dan-panduan-masuk-ke-masjidil-haram-dan-solat-di-kaabah/

Keistimewaan Cinch Tea Shaklee : 

Mengandungi gabungan teh terhebat dunia, iaitu Teh Hijau Matcha, ekstrak Teh Merah, ekstrak Teh Putih (teh hijau muda yang lebih tinggi antioksidan berbanding teh hijau) dan ekstrak Teh Merah Rooibos, yang kesemuanya adalah antioksidan kuat yang membantu mencergaskan badan dan meningkatkan metabolisma badan secara semulajadi. 

Solusi bagi jemaah yang mengalami masalah kulit di Tanah Suci :

Rekahan kulit :

Selain dari supplement, penting juga untuk kita membawa krim kulit yang membantu menghilangkan rekahan di tumit yang biasa akan berlaku pada jemaah haji dan umrah.

Rekahan ini boleh menyebabkan kesakitan yang mengganggu pergerakan kaki. Cuaca yang panas juga boleh menyebabkan bibir berdarah.

Kedua-dua situasi ini boleh diatasi dengan menyapu krim Herbal blend yang sangat selamat tanpa bahan kimia yang berbahaya.

Herbalblend 4 oz

http://healthierlife4uandme.blogspot.my/2014/06/herbal-blend-shaklee-krim-kulit-yang.html

Keistimewaan Herbal Blend Krim :

Bahan-bahannya tidak mengandungi paraben yang membahayakan, lembut digunakan pada muka, kesannya sangat cepat,mempunyai kandungan untuk mengubati luka di samping melembapkan kulit yang kering, tidak berminyak malahan dapat dijadikan krim urut yang melegakan ketidakselesaan otot dan anggota badan.

 

Kulit muka :

 

Memilih untuk memakai UV Protection Shaklee ini membuatkan kulit muka rasa sangat selesa ketika melakukan ziarah di bawah terik mentari, yang penting tidak memedihkan!
Memilih untuk memakai UV Protection Shaklee ini membuatkan kulit muka rasa sangat selesa ketika melakukan ziarah di bawah terik mentari, yang penting tidak memedihkan!

Apabila terdedah dengan cuaca yang amat panas, perlu diambil kira memakai pelindung UV yang tidak membuatkan kulit terasa perit di bawah cahaya matahari yang terik di sana.

Alhamdulillah, saya dapat mengurangkan masalah keperitan muka dengan pelindung UV ini.

Keistimewaan pelindung UV Shaklee : Tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya pada kulit dan organ badan, bertindak secara berkesan melindungi wajah dari terbakar dan sesuai dipakai oleh semua jenis kulit.

 

Jika anda mengalami sakit perut yang berpanjangan ataupun gastrik, bolehlah membawa bekalan Alfalfa yang membantu meneutralkan asid dalam badan dan membantu masalah penghadaman. Maklumlah, kadang-kadang perut belum terbiasa dengan makanan di sana, ataupun masa makan telah bertukar menyebabkan perut senang mengalami ketidakselesaan.

 

Yang penting, setelah berusaha sehabis baik dengan usaha sendiri, banyakkan berdoa, kerana di Tanah Suci senang untuk dimakbulkan doa serta senang untuk mendapat ujian Allah. Berserahlah dan bertawakkal sepenuhnya agar dikurniakan rezeki kesihatan yang baik, supaya niat kita untuk memperbanyakkan ibadah diterima.

Semoga perkongsian ini memberi idea dan membantu anda yang ingin ke Tanah Suci membuat persediaan yang rapi agar segala-galanya berjalan lancar.

Yang baik dan buruk, segalanya datang dari Allah dengan bersebab dan atas kuasaNya. Kita merancang dan berusaha, Allah yang menentukan. Semoga kita semua dikurniakan umrah dan haji yang mabrur, dan pulang ke tanah air dengan perubahan yang positif dan istiqamah dengan perubahan dan semakin meningkat perubahan yang baik itu sehingga ke akhir hayat 🙂

 

Salam sayang,

Ainul Malik

016-3353567

Boleh dihubungi melalui wasap mahupun sms

Pengedar Shaklee mesra pelanggan, 

COD Puncak Saujana Kajang, Kajang Prima dan Saujana Impian serta pos ke seluruh Malaysia.

 

Mahukan tips umrah? Saya sharekan di sini untuk kemudahan anda semua :
  1. http://ainulmalik.com/category/umrah/
  2. http://ainulmalik.com/cara-ke-raudhah-taman-syurga-kekal-di-dunia/
  3. http://ainulmalik.com/kisah-vitamin-c-dan-pakcik-demam-di-kota-mekah-dan-wadi-qudaid/
  4. http://ainulmalik.com/tips-dan-panduan-masuk-ke-masjidil-haram-dan-solat-di-kaabah/
  5. http://ainulmalik.com/amalan-yang-mulia-di-kota-makkah-yang-patut-dijadikan-ikutan-di-malaysia/
  6. http://ainulmalik.com/lokasi-untuk-bersolat-jemaah-bagi-wanita-di-masjidil-haram/

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *