Peranan dan Manfaat Vitamin Larut Air

Apakah vitamin larut air?

Vitamin ini adalah vitamin yang boleh melarut di dalam air di dalam badan. Vitamin ini dibawa ke tisu badan tetapi tidak disimpan di dalam badan.

Jenis vitamin ini adalah vitamin B dan Vitamin C.

Apa itu Vitamin B

  • Vitamin B1 (thiamine)
  • Vitamin B2 (riboflavin)
  • Vitamin B3 (niacin)
  • Vitamin B5 (pantothenic acid)
  • Vitamin B6
  • Vitamin B7 (biotin)
  • Vitamin B9
  • Vitamin B12 (cobalamin)

Ada 8 jenis vitamin B yang boleh didapati dalam pemakanan kita sehari hari.

B1 : (Thiamine)

Thiamine membantu menukarkan gula kepada tenaga di dalam badan. Ia juga membantu meningkatkan fungsi otak, melindungi sistem saraf tubuh dan membantu penghasilan sel darah merah.

Kekurangan Thiamine boleh menyebabkan gula dalam darah berada pada paras yang tinggi.

B2 : Ribloflavin

Fungsi dari vitamin ini adalah membantu enzim menghasilkan tenaga dan membantu penghasilan sel darah merah.

B3 : Niacin

Niacin menghasilkan dua koenzim yaitu NAD (Nikotinamida adenina dinukleotid) dan NADP (nicotinamide adenine dinucleotide phosphate), yang menghasilkan aktiviti penghasilan tenaga, metabolisme glukosa, dan lemak bagi tubuh. Niasin juga dapat membentuk asid amino triptophan yang mampu menenangkan sistem saraf pusat.

B5 :

B5 penting untuk proses keseimbangan tubuh badan, penghasilan enzim dan hormon serta sistem saraf manusia

B6 : Piridoksin

Piridoksin mensintesis asid amino nonesensial, memperbaiki jaringan sel tubuh, dan  memproduksi sel darah merah.

B7 : 

Menjaga sistem kekebalan, penghasilan sel darah merah, menjaga kulit serta rambut tetap sihat dan sistem saraf.

B9 : 

B9 bertindak sebagai koenzim untuk perkembangan sel, pembentukan DNA dan metabolisma asid amino. Ia sangat diperlukan semasa tempoh pembesaran sel terutamanya untuk wanita mengandung dan bayi. Ia juga diperlukan untuk pembentukan sel darah putih.

B12 : Cobalamin

Vitamin ini diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan minda, sistem neuron dan penghasilan sel darah merah.

Ia juga membantu menukarkan protein dan lemak kepada tenaga.

 

Apa itu Vitamin C

Vitamin C adalah nutrisi terpenting antioksida di dalam badan. Ia sangat penting untuk penghasilan kolagen di dalam badan.

Manfaat Vitamin C terbahagi kepada 3 manfaat utama :

  1. Perlindungan antioksida : Ia melindungi badan dari kerosakan sel
  2. Pembentukan kolagen
  3. Fungsi sistem pertahanan badan

Sharing is loving!

Kak Ai SCB

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *