Pendarahan awal kehamilan, kemusykilan ibu mengandung.

Kadang-kadang, di awal kehamilan, ibu belum perasan lagi yang sebenarnya dia mengandung ataupun tidak. Terjadi juga situasi yang mengelirukan, pada tarikh ibu akan datang period pada bulan puasa, tiba-tiba hanya ada tanda coklat sahaja dan ianya berakhir dalam dua hari sahaja. Kemudian, ibu dah boleh sambung puasa.

 

bleedingduringimplantation
Keliru dengan staining/spotting yang dialami?

Sebenarnya, itu bukan period, tetapi tanda coklat hasil dari kehamilan 🙂

Menurut Babycenter, satu dalam 5 wanita hamil akan mengalami pendarahan atau tanda pada trimester pertamanya. Ia sebenarnya adalah perkara yang biasa. Namun begitu, jika berpanjangan, ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

 

Sebab berlakunya pendarahan di awal kehamilan.

  1. Jika ibu melalui rawatan kesuburan seperti IVF.
  2. Hormon yang mengawal haid menyebabkan pendarahan awal ini.
  3. Perlekatan telur yang telah disenyawakan pada dinding rahim.
  4. Wujudnya fibroid
  5. Terdapat ketumbuhan polips pada serviks
  6. Jangkitan pada vagina/serviks
  7. Penyakit yang sebabkan darah susah untuk membeku (Von Willebrand Disease)
  8. Tanda awal keguguran

 

Apakah Petanda Keguguran?

Jika ibu ada terasa kekejangan pada perut, dan diikuti dengan pendarahan yang lebih banyak, ibu-ibu haruslah bersegera berjumpa dengan doktor.

 

fetus-soap

Alternatif Untuk Rahim dan Kesihatan Ibu Mengandung

early pregnancy

 

Ibu-ibu haruslah mendapatkan nutrisi yang secukupnya bermula dari kesediaannya untuk mengandung lagi.

 

1. Protein

Protein sangat diperlukan untuk pembetukan telur menjadi fetus dan kemudian berkembang menjadi bayi yang sempurna di dalam badan. Semua perkembangan bayi, termasuk sistem dalamannya dan hormon badan sangat bergantung kepada sumber protein yang diambil oleh ibunya. Protein yang kurang membuatkan pertumbuhannya terbantut.

Protein juga diperlukan ibu untuk tenaga, kesihatannya dan membantu menguatkan rahimnya. Penting tau pengambilan protein ni, jangan dibaikan sama sekali.

 

2. Asid Folik

Pengambilan asid folik haruslah diambil dari awal untuk persediaan badan yang paling utama.

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida..

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu awal kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Rujukan :http://www.babycenter.com.my/a1033084/asid-folik-mengapa-ia-diperlukan#ixzz3fGYyxZ68

 

3. Vitamin C

Vitamin C ni memang penting untuk kesihatan kerintangan kepada penyakit. Ibu-ibu yang memasuki trimester pertama biasanya menghadapi loya-loya yang membuatkan ibu tidak lalu makan dan minum. Oleh itu, ia membuatkan ibu kurang nutrisi, lemah dan senang dijangkiti penyakit.

 

4. Multivitamin

Multivitamin penting kerana ia membekalkan nutrisi yang lengkap kepada ibu yang baru menerima kehadiran zuriat di dalam badannya. Ia juga membantu telur di dalam perut itu berkembang dengan baik dan melalui proses pembesaran dengan sempurna.

 

5. Kalsium

Kalsium diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi anak. Jika didapati kurang kalsium, kalsium ibu akan diserap untuk memenuhi keperluan kalsium anak di dalam badan.

Jika kalsium tidak mencukupi, ibu akan menghadapi maslaah kekejangan, keguguran gigi, sakit tulang dan lebih teruk, preeclampsia yang menyebabkan maut kepada ibu dan anak.

Namun, harus diperhatikan apabila memilih kalsium, haruslah didatangkan bersama Vitamin D untuk penyerapan penuh Kalsium ke dalam sel badan kita. Dengan adanya Magnesium, ia membantu juga dalam pelengkap kepada Kalsium tadi dan membantu mengurangkan masalah sembelit di kalangan para ibu mengandung.

 

6. Omega

Omega diperlukan untuk perkembangan mata, otak dan sistem saraf anak. Omega juga membantu ibu mengawal tekanan darah tinggi dan kencing manisnya, juga yang penting dalam pengawalan berat badan ibu.

Isunya di sini, ikan salmon masakini banyak terdedah kepada pengumpulan merkuri dan toksik hasil buangan laut di dalam badannya. Oleh itu, ibu harus memlih Omega yang tulen seperti Omega Guard yang menjalani proses penyulingan 3 kali untuk memastikan tiada racun berbahaya yang berbaki pada minyak ikan tersebut.

 

Supplement Terbaik untuk Ibu Mengandung

Set Supplement Mengandung Shaklee yang terdiri daripada ESP (protein), Vitamin C, Vitalea (Multivitamin), B kompleks (Asid Folik), Ostematriks (Kalsium) dan Omega Guard (Omega) adalah set supplement yang berkesan, selamat dan diyakini diambil oleh ibu mengandung kerana ianya terdiri dari bahan semulajadi.

Screen Shot 2015-07-08 at 11.38.32 AM

Kesan penyerapannya adalah lebih berganda dari penyerapan vitamin sintetik kerana kandungannya ini semulajadi yang senang diserap oleh sel badan kita.

Ia juga tidak mengandungi bahan-bahan merbahaya yang membahayakan organ dalaman kita. Jadi, para ibu memang akan mendapat manfaat nutrisi yang lebih tanpa risau kesan sampingannya 🙂

Diharapkan anak yang kita kandung membesar dengan cukup nutrisi untuk perkembangannya yang sempurna
Diharapkan anak yang kita kandung membesar dengan cukup nutrisi untuk perkembangannya yang sempurna

 

Semoga para ibu dapat menjalani hari-hari awal kehamilan yang sihat dan berpanjangan sehingga tibanya waktu melahirkan nanti! Yang penting, anak yang dikandung dipelihara dengan baik dengan membekalkan segala nutrisi yang terbaik agar dia berkembang dengan sempurna di dalam badan kita 😀

 

Sharing is loving,

Kak AI SCB

016-3353567

Konsultasi istimewa untuk ibu-ibu mengandung tersayang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *