nursing in public

Panduan Praktikal Menyusu di Tempat Awam Dengan Sopan, Membina Keyakinan Diri Ibu Lepas Berpantang Untuk Menjadi Pro

Sekarang ni, ramai yang menyokong penyusuan susu ibu secara langsung, iaitu skin to skin atas banyak sebab tersendiri.

Kebaikan penyusuan secara langsung adalah :

  1. Antibodi yang fresh dapat dipindahkan terus kepada anak tersayang sebagai perlindungan utama jangkitan penyakit
  2. Risiko cirit birit dapat dikurangkan
  3. Menambahkan pengeluaran susu badan untuk si ibu
  4. Mengelakkan risiko ketidakbersihan puting susu dan botol susu
  5. Tak perlu bersusah payah membawa thermos air panas, botol air masak dan bekal susu formula keluar ke tempat awam
  6. Menjimatkan wang
  7. Menjimatkan masa

Ya, sebagai ibu, kita ada pilihan yang tersendiri, bukan? Semuanya demi anak yang tersayang.

Namun begitu, dalam nak menyusukan anak di tempat awam, perlulah jaga etika dan adab sopan juga, ya. Jangan main redah, sebab banyak mata yang memandang. Yang penting, aurat terjaga

 

Bagaimana nak meyakinkan diri untuk menyusukan anak di tempat awam?

Berdasarkan pengalaman saya, pastikan ;

  1. anda dah mencuba menyusukan secara direct di rumah lagi dan fahami karenah anak masing-masing
  2. telah mencuba menyusukan dengan baju menyusu dan juga praktis dengan alas pelindung atau nursing cover

Eh, kenapa perlu praktis2 pula ni?

Mengikut pengalaman saya, ketika berpantang, memang kita telah belajar dan pandai menyusukan anak secara terus, namun begitu realitinya bukan dengan baju menyusu mahupun nursing cover, bukan?

Ada sesetengah anak yang tidak biasa, kurang selesa dengan keadaan baru ini. Mereka perlu masa untuk menyesuaikan diri dengan cara baru. Timbul nanti keadaan yang tidak terduga, contohnya menangis kerana tidak selesa bukannya tidak cukup susu.

Di kala ini, ibu-ibu mungkin akan kaget dan tidak dapat mengawal diri, sedangkan banyak perkara yang perlu dijaga ketika ini, terutamanya aurat kita.

Anak akan terus meraung dan menyampaikan mesej, mereka mahu seperti situasi biasa mereka menyusu. Jadi, kita berperanan untuk mendidik mereka untuk menyusu mengikut cara kemahuan kita di luar rumah.

Ingat, jangan pakai main selak-selak saja ya 🙂

10 Panduan Penyusuan DI Tempat Terbuka Secara Bersopan

Panduan Penting Buat Ibu untuk Membina Keyakinan Diri Menyusukan Anak Di Tempat Terbuka :

1. Berlatih dari rumah dengan keadaan kita seperti di luar rumah

2. Bawa susu perahan 1 dan 2 botol sebagai spare sebagai back up

3. Pakailah tudung yang labuh dan dapat menutup dada

4. Pakai baju menyusu yang sesuai, terutamanya yang jenis selak

Antara pilihan baju menyusu yang menyediakan bukaan yang memudahkanAntara pilihan baju menyusu yang menyediakan bukaan yang memudahkan

5. Jika anda memakai baju berzip sekalipun, yang dikatakan mesra menyusu, pastikan membiasakan diri memakai inner menyusu

Inner Menyusu Adrinis ada yang tiada berlengan, selesa dipakai dengan cuaca sekarang :)
Inner Menyusu Adrinis ada yang tiada berlengan, selesa dipakai dengan cuaca sekarang 🙂

6. Bawa pashmina atau nursing cover untuk menutup diri anda dan anak anda

Ada banyak pilihan nursing cover di pasaran Malaysia sekarang, yang comel-comel tau :)
Ada banyak pilihan nursing cover di pasaran Malaysia sekarang, yang comel-comel tau 🙂

7. Biasakan anak untuk menyusu di dalam kereta sehingga kenyang sebelum keluar beraktiviti

8. Cari bilik penyusuan mahupun surau jika anda di dalam bangunan

9. Jika tiada kemudahan yang disediakan, carilah sudut-sudut terlindung yang memudahkan anda menyusukan bayi dengan selesa

10. Minta bantuan suami untuk melindungi anda

Kita nak buat benda baik sebenarnya, kadang-kadang, kita tak sedar pun, gelagat kita diperhatikan orang. Tapi, demi anak tersayang, buat jugalah kan sebab kita mahu beri susu yang terbaik dan termahal di dunia yang tak dapat ditandingi susu-susu mahal yang lain, kerana, susu lain tak ada antibodi 🙂

Jika ada masalah dalam penyusuan, cepat-cepat hubungi orang yang dipercayai untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Tips banyakkan susu : http://healthierlife4uandme.blogspot.my/2014/03/tips-banyakkan-susu-milk-booster-cepat.html

Jika perlukan milk booster untuk memperbanyakkan susu, carilah produk yang diyakini, diluluskan kkm dan selamat ya! Boleh rujuk set penyusuan terbaik di sini.

Tips rahsia banyakkan susu : http://healthierlife4uandme.blogspot.my/2014/10/rahsia-banyakkan-susu-ibu-dengan.html

Semoga perkongsian ini membantu ibu-ibu untuk memperjuangkan hak anak anda mendapatkan yang terbaik dari ibunya 🙂

 

Perkongsian dari hati;

Kak Ai SCB

Ibu yang pernah gagal menyusu anak pertama dan bangkit untuk mempertahankan hak anak seterusnya

Hubungi : 016-3353567

Pengedar Shaklee Kawasan Kajang, Bangi, Cheras

Pos ke seluruh Malaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *