Merawat Kulit Muka Rosak Dengan Berkesan Cara Selamat; Pengalaman Gadis Berjerawat

Kesian budak ni, muka berjerawat, dah lah putih, senang nampak yang hitam-hitam tu
————————–——-
Kesiannn.. Dulu naik jerawat masa sekolah menengah. Masuk asrama, makin naik pulak.

Mak bagi bedak sejuk. Bila masuk pintu kelas, rasa sendiri bau bedak sejuk tu menyucuk hidung. (bukan yang tempek putih tu, jenis yang boleh sapu dengan span tu haha)

Makcik-makcik bagi banyaaak sangat petua, dari sekecil-kecil sampai petua yang pelik pelik pun buat juga lahhhhh.

Pernah pakai t-tree oil lah, krim jerawat lah. Semua pasang surut, naik turun.

Sampai masuk U, dah kaya dapat biasiswa…. orang lain beli HANDPHONE, KITA BELI KRIM MUKA.

Belajar kat kay el lah katakan, jumpa banyak produk, tapi masa student, takdelah nak mampu beli SK II. Banyak je lambakan produk-produk popular sekitar harga Rm100-RM200 ai balun 🙂

Kulit jadi menipis. Macam nampak urat muka je? Ada satu masa, kulit LICIN TAU, tapi tahan sampai 4 bulan, tetiba naik jerawat nanah besar-besar pulak..

Hai, apa yang pelik sangat ni? Orang lain stress bercinta, kita stress JERAWAT. kuikuikui
Nasib baiklah sebab jerawat ni Allah pelihara macam-macam kot.

Sampai Mak Abah susah hati. Habis belajar, diorang bawak ke satu klinik facial muka. GILA KE APE, JERAWAT NANAH TU DOKTOR TU GUNA MESIN PECAHKAN GITU AJE.
Berdarah muka, sama teruk dengan darahnya hati, uols! Sampai ke hari ni, balik Taiping, saya taknak tengok langsung jejak kesan Klinik Kulit tu. Trauma!

Muka jadi teruk gila. Berdarah-darah. Bukan salah Mak Abah, itu adalah usaha, kemudian, mereka bawa pula ke pakar skincare satu lagi.

Saya diberi rawatan 6 bulan, dapat antibiotik, dapat krim muka yang berlabelkan Klinik Kulit tu saja.
Sekali jumpa RM200 kot taksalah, setiap bulan makan ubat hormon, pakai antibiotik dan sapu krim muka.

6 bulan uols, saya terdedah dengan bahan-bahan sintetik yang merbahaya. Eh, MINTAK MAAF, 2 tahun tau, termasuk pakai skincare popular di pasaran yang belum tahu selamat ke tidak sebelum tu.

http://sihatceriabahagia.com/mengapa-bila-berhenti-pakai-produk-muka-muka-kembali-naik-jerawat-teruk-pula/

Alhamdulillah. Kulit kembali seperti biasa cuma tinggal parut dalam akibat ditebuk tebuk dulunya.
“Lepas ni, kita buat rawatan laser ye cik” cadang Doktor tersebut. Sebab saya sayangkan duit, saya hold dulu cadangan tu dan jalani hidup seadanya tanpa dah berani nak cuba apa-apa produk lagi.

Pakai pun pencuci muka Simple aje. Memang yang paling basic saya guna. Sampai saya kahwin, saya tak berani tau nak cari skincare nak cantikkan kulit, jadinya gambar nikah saya pun ada nampak kesan jerawat hahaha.

Sampailah satu masa, saya beli set breastfeeding sebab ada masalah penyusuan pada Aiman, anak pertama. Tak berjaya. Tapi saya stay dengan supplement tu, sebab ….. (ada kaitan dengan projek Msc saya, saya terpaksa percaya kewujudan vitamin semulajadi ni). Kita ni duk belajar dengan bahan kimia, siap wajib pakai mask muka sebab berhadapan dengan bahan-bahan kimia kan. Rupanya ada yang semualajadi selamat, ye? Eh apa kepelikannya di situ.

Belajar-belajar sendiri, belajar dengan ahli-ahli group Vitamin yang supportive, saya nampak ada perubahan pada kulit wajah saya.

Ambil masa lama tau, 5 tahun rasanya ni. Tak apalah, asalkan selamat.

Asalkan saya tahu, vitamin yang saya makan ni memang semulajadi.

Saya makan Vitamin C, GLA, Vitamin E, B kompleks, Zink, Vitalea, Vivix dan kolagen. Eh, dalam masa 5 tahun ni bukan semua sekali, tapi saya istiqamah lah makan satu persatu mengikut mood saya juga 🙂

Saya cuba pulihkan kulit yang teruk dari dalam, dan kemudian barulah luaran, juga dengan produk Nutriwhite yang selamat ini.

Dalam masa 5 tahun, ramai dah tegur perubahan kulit saya, tak macam masa zaman sekolah-sekolah dulu. Alhamdulillah 🙂

Jumpa si cantik Puan Sarah, Nutritionist Shaklee ni dah banyak kelas dah. Tapi ada satu masa, Puan Sarah ada ajar dos Vitamin C yang sama dengan suntikan Vitamin C. Ramai beranggapan, ambil suntikan memudahkan, tetapi tahukah anda kesan bahan sintetik yang dimasukkan ke dalam badan dengan dos yang tinggi, apa akibatnya?

Syukur saya jumpa jalan ini. Orang sangat pelik, kenapa lah dia penyokong tegar Shaklee.

Saya pilih bukan sebab pengeluarnya. Sebab saya memang ahli sains, dan minda saya dah tertanam, apa yang kita pakai mesti ada proof dan kajian sepanjang pembuatannya.

Vitamin Shaklee yang paling lama dah berusia 101 tahun, yang dicipta dari Dr Forrest C Shaklee seorang yang mendalami bidang vitamin semulajadi ini sebagai alternatif kepada memenuhi ketidakcukupan nutrisi dalam badan.

Terlalu banyak kajian dari pihak ketiga dan jurnals yang dikeluarkan untuk memastikan keberkesanannya.

Landmark Study yang jadikan ia berbeza
Landmark Study yang jadikan ia berbeza

Saya hampir 4 tahun menangis nak buat master, dan tahu betapa sukar dan payah nya nak keluarkan jurnals tu. Perlu jalani banyak peringkat untuk dipublishkan. Bersengkang mata pagi sampai ke malam pun, belum tentu dapat buat satu kesimpulan untuk sesuatu teori dari hipotesis yang dikeluarkan, gitu.

Memang jadi kelaziman, ada peruntukan dikeluarkan untuk setiap vitamin semulajadi shaklee ni dilakukan ujikaji setiap tahun, dan inilah yang sepatutnya untuk mengekalkan kualiti dan keberkesanannya.

Ya, selagi vitamin semulajadi ini melalui piawaian yang betul, halal dan berkesan, saya akan terus menggunakannya kerana saya sayangkan organ-organ badan saya dari terdedah kepada bahan sintetik dan bahan berbahaya di luar sana.

Ini cerita saya, tiada kaitan antara yang hidup atau yang meninggal dunia. Semoga ia menjadi amal jariah untuk membantu masyarakat di luar sana faham mengapa kita menggunakan vitamin semulajadi dan produk semulajadi yang dijamin kualitinya demi kesejahteraan kesihatan anda.

Saya yang berpengalaman dengan masalah kulit muka
Saya yang berpengalaman dengan masalah kulit muka

AINUL MALIK

Pengedar Shaklee Kajang,
COD kawasan Puncak Saujana Kajang

016-33.53.567

order-now-hi

3 thoughts on “Merawat Kulit Muka Rosak Dengan Berkesan Cara Selamat; Pengalaman Gadis Berjerawat”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *