Mengapa Bila Berhenti Pakai Produk Muka, Muka Kembali Naik Jerawat Teruk Pula?

Semua orang nak cantik.

Jadi, bagi mereka yang mengalami masalah kulit wajah, pasti tercari-cari jalan untuk merawat masalah kulit mukanya secepat yang boleh.

Mana mungkin pabila melihat wajah di cermin, semakin hari, semakin banyak jerawat yang naik memeriahkan kulit wajah yang dulunya gebu dan berseri?

skin problem

Pertamanya, saya tidak akan bercakap kosong, kerana saya sendiri mengalami kisah ngeri berkenaan dengan kulit muka. Taksanggup nak ceritakan semula di sini, bacalah terus di perkongsian saya ini.

Kisah Sedih Jerawat dan Parut Jerawat di Wajah Kekal Dipulihkan Dengan Produk yang Selamat

Semua emosi pernah saya rasa. Sedih, geram, rendah diri, risau, hinggalah kepada usaha mencari-cari produk yang sesuai untuk mengatasi masalah yang menggugat hati saya ini.

Bila telah berjumpa produk yang sesuai, mengamalkannya dan sampai satu masa akan berhenti menggunakannya.

Persoalannya,

“Mengapa bila berhenti pakai produk muka, muka kembali naik jerawat yang teruk pula?”

skin-care-cream

Jawapannya telah ditemui dari ulasan Dr Haseenah Hassan melalui ruangan Kesihatan dari Mingguan Malaysia mengenai ciri-ciri produk pemutih dan kosmetik yang mengandungi merkuri.

Menurut beliau, sekiranya pengguna mula menghentikan pengambilan sesuatu produk muka, dan mukanya kembali naik jerawat dengan lebih teruk, produk tersebut mengandungi racun merkuri yang membahayakan! 

 

Jom kita lihat apakah ciri-ciri produk pemutih dan kosmetik yang mengandungi merkuri :

  1. Warna krim lebih terang dan menyerlah
  2. Bau krim agak kuat dan menyengat
  3. Krim pemutih yang mengandungi merkuri menyebabkan kulit wajah menjadi lebih berkilat
  4. Kulit muka menjadi putih, biasanya putih pucat
  5. Krim memiliki tekstur kasar, berbiji-biji dan bergumpal
  6. Memutihkan kulit dalam waktu yang sangat singkat (kurang seminggu)
  7. Tidak timbul jerawat. Ini disebabkan lapisan epidermis kulit telah rosak dan kulit sudah tidak lagi mengandungi protein dan melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit dari sinaran matahari.
  8. Pada pemakaian awal prosuk menyebabkan iritasi pada kulit, merah-kemerahan dan rasa terbakar bila terkena cahaya matahari.

Jadi, jika muka anda menjadi sangat cantik dan tidak langsung ditumbuhi jerawat, namun kembali naik jerawat setelah berhenti menggunakan produk tersebut, ia berkenaan dengan kerosakan lapisan kulit akibat dari penggunaan racun merkuri ini.

Muka menjadi licin kerana bakteria tidak dapat hidup di atas lapisan kulit yang telah mengalami kerosakan akibat merkuri ini.

 

cream product

Bahaya Merkuri Pada Produk Pemutihan dan Kecantikan Kulit :

Pengguna akan merasa kesan cantik dengan cepat dan berkesan namun mempunyai kesan sampingan yang amat membahayakan.

Logam Merkuri yang terkandung dalam produk tersebut akan meresap masuk ke dalam sel tubuh, merosakkan sel serta organ seperti buah pinggang dan sistem saraf kita sendiri!

Selain Merkuri, “hidrokuinon” juga antara bahan yang digunakan dalam produk kecantikan di pasaran kita. Bahan hidrokuinon pula hanya boleh digunakan dalam tempoh ENAM BULAN saja kerana penggunaan yang berterusan akan menyebabkan kesan berbalik yang semakin teruk.

 

Apakah solusi yang boleh diambil sekiranya pengguna telah terjerat dalam masalah penggunaan produk beracun ini?

1.Berhenti dari menggunakan produk kecantikan tersebut.

2. Rehatkan kulit wajah yang rosak selama yang mungkin dan bertukarlah kepada produk yang lebih selamat dan semulajadi.

web_nutriwhite

Produk Nutriwhite adalah produk selamat dan semulajadi

3. Mula mengambil supplement semulajadi untuk membaiki kulit muka yang telah rosak dengan membekalkan nutrisi yang diperlukan kulit secukupnya agar kembali cantik dan berseri.

cantik vivix

 

Tahukah anda bahawa tindakan pengambilan vitamin semulajadi dengan dos yang betul juga boleh membantu anda mengatasi masalah jerawat, jeragat, melicinkan parut muka, mencerahkan wajah dan menaikkan seri wajah dengan berkesan? 

 

Cabaran Kulit Cerah Sekata Tanpa Kesan Negatif Naila

  1. Cabaran Kulit Cerah Sekata Naila Menginspirasikan Wanita Untuk Lebih Yakin Menjadi Cantik
  2. Petua Mudah dan Selamat Mencerahkan Kulit Yang Gelap Akibat Terdedah Kepada Cahaya Matahari yang Membahayakan!
  3. Mencari Kolagen Berkualiti dan Asli : Pilih yang Selamat dan Berkesan Pada Kulit
  4. Tips Kecantikan Mengembalikan Keserian Wajah Ibu Berpantang
  5. Derita Ekzema, Pesakit Gembira dengan Perubahan Kulitnya
  6. Hilangkan Parut Chicken Pox Yang Berlubang Selama Sebulan, Wajah Lebih Berseri
  7. Minuman Kecantikan Pilihan Wanita Masakini Yang Mahukan Selamat dan Berkesan

 

Jika anda benar-benar mahukan cara yang selamat tetapi berkesan dalam mengatasi masalah kulit wajah, bertukarlah kepada produk yang terjamin kualitinya dengan kajian yang mendalam agar tiada penyesalan di kemudian hari nanti.

Semua orang nak cantik.

Dan jangan lupa semua orang berhak untuk cantik!

 

Untuk mendapatkan vitamin semulajadi yang membantu anda mengatasi masalah kulit wajah, boleh dapatkannya dari saya dengan segera dengan menghubungi :

Kak Ai SCB

Telefon @ whatsapp : 016-3353567

Pengedar Shaklee Kajang Bangi

Konsultasi istimewa untuk pelanggan tersayang 🙂

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *