Masalah Pedih Perut Sewaktu Mengandung, apakah makanan yang bagus dan tak bagus diambil sewaktu hamil?

Sewaktu mengandung, dari awal trimester, perut akan sentiasa lapar, je kan? Kalau tak makan, pedih je perut ni dan mendatangkan ketakselesaan pada badan.

Mulalah rasa pening kepala, makin mual dan rasa nak jatuh dan pitam. Paling tak tahan, bila rasa gastrik mula menjengah, satu kerja pun dah tak boleh nak buat untuk seharian ni.

Apa sebenarnya makanan yang sesuai diambil oleh ibu ibu mengandung ni ye?

Yelah, kita ni dalam macam macam situasi. Tengah sibuk bekerja, masa tu lah perut berkeroncong. Ada yang dalam fasa mual dan loya, nak bau makanan pun dah tak lalu, tapi perut ni pedih semacam nakkan makanan, seksanya!

Tengah duduk dalam jem nak balik rumah, mula pedih perut pulak. Dalam rumah sendiri pun, rasa dah makan tadi jam 2 petang, pukul 4 mula rasa lapar semula. Takpun, tengah tengah malam perut memanggil manggil. Semua ni situasi yang biasa kita lalui, kan? Jadi masa ni lah apa yang ada di hadapan mata, akan kita capai.

Apa yang ibu makan, anak dalam perut akan serap khasiatnya melalui tali pusat ibu.

Jadi, sanggup kah kita makan makanan yang hanya menggembirakan tekak kita, tetapi mengganggu perkembangan anak yang sedang membesar dalam perut kita ini?

Elakkanlah makanan yang ringan dan makanan segera serta berperisa dan berpengawet tinggi kerana ia juga bakal disalurkan kepada anak kesayangan kita ini.

Makanan yang perlu dielakkan sewaktu mengandung :

  • Susu yang tidak dipastur
  • Makanan mentah dan kurang dimasak seperti telur separuh masak dan daging yang dimasak separuh masak
  • Makanan yang disimpan berhari hari dari peti sejuk
  • Pengambilan sardin di dalam tin yang terlalu kerap dikhuatiri mendatangkan sumber merkuri yang tinggi kepada kita

Makanan yang perlu diambil oleh ibu ibu mengandung :

  • Sayur sayuran yang membantu kita untuk lawas dan bantu badan untuk tingkatkan imuniti badan
  • Buah buahan yang membantu kita sihat dan bertenaga serta mudah melawan penyakit
  • Sumber susu
  • Karbohidrat yang bantu ibu lebih sihat dan bertenaga
  • Protein yang membekalkan sumber tenaga dan menyihatkan badan kita. Sumber sumber ini perlu dimasak secukupnya dengan cara yang selamat.

Cadangan makanan “on the go” yang selamat :

Kurma adalah makanan yang mudah dibawa ke mana mana yang membantu ibu mengandung lapik perut dalam waktu terdesak ataupun boleh diambil bila bila saja masa, samada di rumah, dalam kereta, di tempat kerja mahupun sedang bershopping pun kita boleh sediakan kurma di dalam beg tangan.

Kurma membekalkan tenaga yang berpanjangan kepada ibu mengandung, terutama yang ada masalah gastrik.

Kurma juga membekalkan serat kepada badan ibu untuk lebih lawas. Ia juga mengandungi zat besi dan mineral lain seperti potassium yang sangat diperlukan oleh ibu dan anak di dalam kandungan untuk membesar.

Cadangan alternatif lain yang selamat untuk ibu mengandung untuk membantu masalah lapar dan pedih perut adalah dengan mengambil minuman ESP yang tinggi khasiat buat ibu dan bayi di dalam kandungan.

Mengapa ESP sangat sesuai diambil oleh ibu ibu mengandung sebagai alternatif lapik perut yang berkesan?

  • Ia dihasilkan dari soya yang asli tanpa campuran bahan sintetik dan perisa tiruan serta pengawet yang berbahaya.
  • Mengandungi index low glisemik yang membantu perut tahan lapar lebih lama.
  • Mengandungi 9 asid amino perlu untuk perkembangan sempurna bayi di dalam perut.
  • Kurang mengandungi lemak dibandingkan dengan protein haiwan.
  • Tinggi kalsium untuk pertumbuhan tulang dan gigi anak dalam kandungan serta bantu ibu ibu untuk kurang risiko luruh rambut, gigi longgar dan sakit tulang dan kekejangan akibat kalsium yang diserap oleh anak di dalam perut.
  • Membantu mengurangkan kolesterol di dalam badan, yang diambil dari makanan makanan yang kita idamkan sehari hari sewaktu mengandung.

Ramai ibu ibu yang bergembira setelah mengambil ESP ini, moga anda juga dapat menarik senyuman lebar seperti mereka dalam mengatasi masalah lapar sewaktu mengandung ini!

Lapar waktu menagndung, masalah pedih perut mengandung, lapar hamil

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *