Masalah Keletihan Semasa Mengandung, adakah biasa atau hanya sesetengah ibu yang melaluinya?

Alangkah bahagia apabila mendapat tahu bahawa diriku mengandung.

Semua orang yang tersayang meraikan berita kegembiraan ini. Tetapi setelah berbulan bulan melalui fasa kehamilan ini, terasa semakin hari semakin perit juga.

Loya, muntah-muntah.

Semuanya menjadikan badanku penat.

Penat yang amat!

Bersabarlah hati, tak lama lagi je zuriat ini akan lahir ke dunia.

Bilakah masalah keletihan ini selalu berlaku?

Masalah keletihan ini biasanya berlaku pada awal kehamilan dan juga trimester ketiga kehamilan.

Pada awal kehamilan, ia menjadi tanda tanda awal anda hamil.

Manakala, pada trimester terakhir kehamilan, masalah ini semakin mengganggu kesihatan kerana badan terpaksa menampung beban yang berat yang belum pernah dipikul sebelum ini.

 

Apakah punca keletihan sewaktu mengandung?

1.Punca utama adalah disebabkan perubahan hormon di dalam badan sekaligus menyebabkan banyak perubahan fizikal yang berlaku pada ibu mengandung termasuk keletihan.

2. Loya dan kurang selera makan menyumbang kepada masalah keletihan kerana kurang tenaga dihasilkan oleh badan.

3. Ibu mengalami masalah anemia kerana kekurangan zat besi.

4. Tekanan pada emosi, persekitaran dan sebagainya menyumbang kepada keletihan.

5. Masalah sukar untuk tidur malam juga menjadi penyebab kepada keletihan yang terkumpul dalam badan sepanjang tempoh kehamilan ini.

 

Cara untuk mengurangkan masalah keletihan sewaktu mengandung :

1. Pandai menguruskan emosi dan mengubah saluran tekanan kepada aktiviti atau perkara yang disukai.

2. Menjaga waktu tidur malam agar dapat dijadikan sebagai rutin tetap pada jadualwaktu badan.

3. Menjadikan amalan membaca buku mahupun al-Quran sebelum tidur untuk membantu maslaah sukar tidur malam.

4. Mandi air suam atau air panas bersama aromaterapi ataupun sabun yang anda gemari bauannya.

5. Menjaga pemakanan agar perut tidak sakit supaya tidak mengalami sebarang masalah yang menyebabkan badan menjadi semakin letih.

6. Mengurangkan loya tekak dengan mengambil peppermint gingerplus. Loya akan menyebabkan ibu kurang berselera makan, seterusnya membuatkan badan kurang bermaya dan semakin kehilangan tenaga.

7. Membantu meningkatkan tenaga badan dengan ESP. Minuman ESP ini adalah selamat untuk ibu mengandung dan membantu memberi tenaga berpanjangan serta mengurangkan masalah kepedihan perut.

Daripada 10 tips yang dikongsi dari video ini, sihatceriabahagia berharap semoga anda mendapat banyak maklumat dan tips membantu mengurangkan masalah keletihan sewaktu mengandung.

Semoga penderitaan dan keadaan yang menyeksakan ini berkurangan dengan tips tips yang dikongsikan. Jadi, selepas ini, bolehlah kita menikmati saat saat manis kehamilan ini semaksima yang mungkin! Pengalaman yang sukar dilupakan seumur hidup ini jangan dibazirkan begitu sahaja, ya. Rugi!

 

Salam ikhlas buat ibu ibu yang berbahagia;

Ainul Malik

wasap.my/60163353567

SID Kajang

Vitamin Cergas Ibu Mengandung

Share semoga manfaat ini dipanjang panjangkan. Terima kasih!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *