Manfaat Tidur untuk Kecantikan Kulit

Apa yang Kulit kita lakukan ketika kita tidur?

Setelah penat bekerja seharian, badan kita akan rasa terlalu penat. Adakah kita tahu suara hati organ badan mahupun sel sel badan yang berganda ganda lebih penat kerana bekerja untuk diri kita sendiri?

manfaat tidur

 

 

Sebenarnya, masa kita tidur, badan kita secara semulajadinya menambahkan kebolehannya untuk menentang kerosakan dalaman. Untuk sel kulit pula, tidur membantu sel sel untuk kebali cantik dan berseri tau.

Tidur mengurangkan paras hormon kortisol, iaitu hormon yang menyebabkan kita stress. Yang mana, keadaan tertekan membuatkan kulit kita menjadi emnipis, ada stretch mark, dan juga proses kegelapan warna kulit.

Jadi, ketika tidur, paras hormon melatonin akan ditingkatkan, yang membantu seperti tindakan antioksidan untuk menentang tanda penuaan, kedutan, dan kesemua simptom penuaan kulit termasuklah kanser kulit.

Tidur malam yang cukup membantu meningkatkan hormon tumbesaran yang memulihkan dan proses regenerasi sel yang menghasilkan kolagen, yang bertanggungjawab untuk membuatkan kulit semakin anjal dan kuat.

 

Cara untuk membantu kulit kita semakin cantik dengan tidur adalah :

1.Membantu badan mendapatkan tidur yang berkualiti. Semasa badan tidur dengan nyenyaknya, sel kulit melalui proses pemulihan selnya.

2. Secara semulajadinya, kulit akan kehilangan kelembapan sepanjang proses kita tidur. Sebab itulah sebelum tidur, bantu kulit untuk mendapat cukup lembapan dengan krim pelembap atau moisturizer supaya sel kulit dapat melalui proses proses penting sepanjang kita tidur.

3. Ambil air yang cukup setiap hari untuk mengelakkan kulit mengalami ketidakcukupan air atau dehidrasi semasa fasa kita sedang nyenyak tidur nanti. Ambil juga makanan seperti buah buahan yang kaya dengan air seperti epal, timun mahupun tembikai untuk pastikan kulit sentiasa cukup air luar dan dalam dan untuk melakukan proses melawan radikal bebas bersama antioksidan yang terkandung dalam badan.

rahsia kulit cantik

 

 

Semoga kalian mendapat cukup tidur dan bangun pagi dengan sangat bahagia apabila melihat cermin dan memandang tekstur kulit yang semakin hari semakin cantik setelah bangun dari tidur 🙂

 

*Trending : http://sihatceriabahagia.com/produk-penjagaan-kulit-yang-sihat-dan-selamat-trending-2018/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *