Manfaat Kesan Vitamin C pada Kecantikan dan Kesihatan Kulit

Masalah Kulit Mengikut Usia

Rata rata wanita tak kira golongan umur dah mula mencari Vitamin C untuk kecantikan dan kesihatan kulit.

Kalau dulu, Vitamin C ni mula diambil perhatian oleh golongan 40an sahaja untuk menegangkan kembali kulit wajah mereka.

Zaman sekarang ni, masing masing nak cantik. Memang tak dinafikan, trending terhebat sekarang.

Yang umur 20an nak cerahlah.

Yang umur 30an dah mula fikir nak maintain cantik gebu macam 20an dulu.

Tak kira lagi golongan kulit yang bermasalah seperti jerawat dan kulit berparut, kan?

Jadi, kali ini, sihatceriabahagia.com akan berkongsi, apakah sebenarnya manfaat dan kesan Vitamin C ini kepada kulit khususnya untuk kecantikannya.

Manfaat Kesan Vitamin C pada kecantikan kulit

  1. Vitamin C menggalakkan penghasilan Kolagen

Disebabkan faktor penuaan yang disebabkan oleh pencemaran, pemakanan, stress, tahap kesihatan dan sebagainya, kulit turut terancam dengan kesan terhasilnya garis garis halus, kedutan dan kurang anjal.

Jika kolagen semakin hilang disebabkan faktor penuaan di atas, struktur kulit kita akan menjadi semakin longgar.

Vitamin C lah yang membantu menghasilkan semula kolagen dengan banyaknya di dalam badan secara semulajadi untuk mengembalikan keanjalan dan penegangan kulit.

Jadi, ambillah Vitamin C yang cukup dosnya sebagai antioksidan yang membantu kulit menjadi semakin cantik dan anjal. Hasilnya adalah, wajah kita nampak semakin muda.

 

2. Melindungi Kulit dari kerosakan akibat Cahaya Matahari.

Pancaran sinar UVA dan UVB dari matahari akan merosakkan struktur kulit.

Vitamin C adalah antioksidan yang berperanan untuk melindungi sistem kulit dari kerosakan akibat sinaran UVA dan UVB.

 

Apabila kulit dapat dilindungi sepenuhnya, tempoh penuaan akan dipendekkan dan kulit akan sentiasa sihat dan berseri tanpa rosak strukturnya.

 

3. Mempercepatkan Penyembuhan Kulit Terbakar

Secara semulajadinya, Vitamin C membantu menguatkan struktur kulit dan memulihkan kerosakan akibat pendedahan yang lama kepada sinar UVA dan UVB tadi.

Kulit yang terbakar akibat matahari akan bertukar warna, berasa pedih dan menggelupas. Vitamin C membantu mempercepatkan penyembuhan kulit yang telah terbakar.

 

4. Menyembuhkan luka

Vitamin C telah dibuktikan boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka pada badan, termasuklah kerosakan akibat jerawat, luka, parut dan sebagainya.

kajian saintifik vitamin c
Klik link https://onlinelibrary.wiley.com/doi/pdf/10.1002/bjs.18002811112

 

5. Menyamaratakan Warna Tona Kulit

Jika kita menghadapi masalah warna tona kulit tidak sekata, berbelang belang jadinya, ataupun kulit kemerahan akibat masalah kulit yang lain, cubalah ambil cukup vitamin C yang membantu meratakan warna tona kulit kita.

6. Mencerahkan Warna Kulit

Dalam pada membantu meningkatkan struktur kulit yang cantik, vitamin C secara semulajadinya akan membantu mencerahkan kulit dengan pengambilan dos yang tinggi. pastikan Vitamin C yang diambil itu selamat dan semulajadi.

7. Meningkatkan kelembapan kulit.

Jika anda seorang yang mempunyai masalah kekeringan kulit, Vitamin C mempunyai fungsi melembapkan kulit secara keseluruhannya, dengan kuantiti yang mencukupi.

8. Mengurangkan kegelapan bawah mata

Vitamin C dipercayai membantu tona kulit dan masalah kegelapan di bawah mata. Bagi mereka yang mengalami masalah ini, pasti boleh merasai keadaan bawah mata yang lebih tegang dan kegelapan bawah mata makin dikurangkan.

 

Pilihan Vitamin C yang semulajadi dan selamat

Jika anda menghadapi masalah masalah kulit di atas, pasti berpuas hati dengan pengambilan Vitamin C luar dan dalam kulit.

Untuk kecantikan dalaman;

pilihan yang selamat datang dari Vitamin C Sustained Release yang mempunyai teknologi pelepasan masa yang membuatkan kuantiti Vitamin C di dalam badan mencukupi dengan tahap pelepasan asid askorbik yang dibenarkan sahaja.

Tidaklah badan kita menghadapi dua masalah biasa oleh pengguna Vitamin C iaitu

i) Vitamin C terlalu cepat musnah dari badan akibat sifatnya yang larut air

ii) Kuantiti Vitamin C terlalu tinggi dalam badan pada sesuatu masa yang mengakibatkan kandungannya melebihi dari yang diperlukan

Untuk kecantikan luaran;

Krim Vitamin C Asli yang selamat boleh disapu pada kawasan bermasalah. Paduan Vitamin C serta Vitamin E membuatkan kesan positif pada kulit semakin ketara untuk kecantikan kulit. Pasti pengguna yang menginginkan kesan perubahan cepat merasai kulit yang lebih anjal, muda, licin dan cerah berseri.

Dapatkan Vitamin C yang telah dibuktikan secara sains selamat diambil untuk dalaman dan luaran ini dari saya,

Kak Ai SCB,

016-3353567

Pengedar Bebas Shaklee Malaysia  

Klik di sini untuk 15% diskaun

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *