Langkah Berjaga-jaga Sekiranya Anda Mulai Syak Anak Anda Alami Ekzema

Menurut Pertubuhan Kebangsaan Ekzema/”National Eczema Association, Ekzema adalah sejenis keadaan penyakit kulit yang kronik dipanggil sebagai “Atopic Dermatitis” yang menyebabkan kulit mengalami kerengsaan, gatal dan ruam yang merah.

Sebagai ibu, apabila kulit bayi anda mulai kemerah-merahan tanpa surut, eloklah anda mula membawa bayi anda berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian sama ada ianya ekzema atau pun bukan.

Sebagai ibu-ibu prihatin, eloklah anda mula mengambil langkah berjaga-jaga supaya keadaan ekzema anak tidak menjadi semakin buruk.

Jom ikuti langkah-langkah di bawah untuk memastikan samada pengesahan di bawah membantu anda untuk mengenalpasti samada bayi anda mengalami ekzema ataupun ruam biasa sahaja.

 

11653410_10153067668794370_2011544612_n

Langkah Pengesahan Ekzema terhadap anak anda :

# Tanda Ekzema Pertama :

Adakah anda mahupun suami, atau ahli keluarga yang lain mempunyai masalah ekzema, allergy pada debu yang membuatkan mata dan hidung senang berair ataupun menghidapi asma?

Jika ya, anak anda juga berkemungkinan boleh menghidapi ekzema.

 

# Tanda Ekzema Kedua :

Anak anda berumur dalam lingkungan seawal 6 bulan pertama, sehingga ke usianya 5 tahun. Ada ekzema yang berakhir ketika mereka masuk ke zaman kanak-kanak dan ada yang menghidapnya sehingga ke peringkat dewasa.

 

# Tanda Ekzema Ketiga :

ekzemababy

Lokasi ekzema berubah mengikut umur.

> Pada bayi, ekzema banyak berlaku di kawasan pipi, dahi dan kulit kepala. Ada juga di bahagian celah kelangkang.

> Bayi berumur 6 hingga 12 bulan, ia biasanya berlaku atas permukaan kulit yang merangkak, siku dan lutut.

> Dua tahun ke atas, berubah ke bahagian siku dan lutut, pergelangan tangan, pergelangan kaki dan tangan. Ada juga yang mengalami ekzema di bahagian mulut dan kelopak mata.

> Peringkat umur seterusnya, mengalami ekzema hanya di bahagian tangan.

 

Langkah Penjagaan Ekzema oleh ibu prihatin:

Setelah mengenalpasti tanda-tanda ekzema ini, kita haruslah mengelakkan anak-anak tersayang dari terdedah kepada bahan-bahan yang mencegah ekzema ini.

6 Penyebab Ekzema berlaku pada anak anda :

  1. Bahan yang menyebabkan kerengsaan
    • sabun dan pencuci
    • cecair pinggan mangkuk
    • shampoo
    • bahan penyahjangkitan seperti klorin
    • jus dari buah, sayuran atau daging
  2. Bahan yang menyebabkan allergik
    • hama rumah
    • hama binatang
    • dengunga
    • kulat
    • kelemumur
  3. Mikrobs
    • bakteria¬†Staphylococcusaureus
    • Virus
  4. Cuaca
    • Cuaca panas
    • Kelembapan tinggi atau kering
    • Peluh
  5. Makanan (setelah mendapat pengesahan doktor, ya mommies )
    • Produk tenusu
    • Telur
    • Kekacang
    • Produk soya
    • Gandum
  6. Hormon
    • Pengaruh ini juga harus mendapat kepastian dari doktor kerana ketidakseimbangan hormon akan menyebabkan berlakunya ekzema

 

 

Rawatan Ekzema kepada anak anda :

Tiada rawatan yang boleh menyembuhkan ekzema sepenuhnya, tetapi boleh membantu mengurangkan ekzema anak anda. Jadi, sebaiknya baguslah ekzema ini dapat dikurangkan ke peringkat minima agar anak anda dapat membesar tanpa gangguan ekzema ini.

Ekzema boleh dirawat melalui dua cara iaitu :

  1. Merawat kekeringan kulit : rutin mandian
  2. Merawat inflamasi kulit seperti kegatalan, bengkak dan merah : ubatan steroids atau topikal calcineurin inhibitors (TCIs), ubat makan diberikan pada mereka yang alami ekzema teruk.

# Rutin Mandian :

  • Mandian pancuran lebih baik dari mandian kolam untuk ekzema.
  • Mandian haruslah suam dan tidak panas
  • Tempoh masa 10 minit
  • Sabun berbuih, garam epson, mandian yang mengandungi penambah wangian atau sebarang penambahan lain haruslah dijauhi untuk elakkan ekzema dari menjadi semakin teruk
  • Sejurus selepas mandi, pelembap haruslah disapu terus pada kulit.
  • Mandian bleach akan dicadangkan oleh doktor sekiranya anak anda mengalami jangkitan ekzema. Ianya ibarat mandi di dalam kolam yang berklorin untuk membunuh bakteria yang menjangkiti kulit anak anda. Ia hanya dicadangkan untuk beberapa kali sahaja seminggu.

# Rutin pelembapan kulit :

  • Pelembap kulit seharusnya disapu dua kali sehari
  • Yang dicadangkan adalah ointment mahupun krim, tetapi bukannya losyen.
  • Lembapan ini akan disapu secepat yang mungkin setelah mandi untuk mengelakkan dari penyejatan kelembapan dari kulit bayi anda.
  • Elakkan dari krim yang berpewangi mahupun bercampur dengan bahan campuran pewarna yang lain.
  • Sapuan steroid diperlukan untuk anak anda yang mengalami ekzema yang teruk.

# Tips penggunaan sapuan steroid :

  • Sapu hanya pada kawasan yang mengalami ekzema
  • Jauhkan dari terkena celahan kulit seperti ketiak, bawah peha, bawah payudara, dan celah kelangkang terutama pada jangkamasa yang lama
  • Jauhkan dari terkena kelopak mata
  • Untuk muka, gunakan steroid yang yang lebih lembut
  • Gunakan tidak lebih dari dua kali sapuan setiap hari

 

eczema1

 

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi gambaran dan panduan kepada anda, ibu-ibu prihatin, bagaimana caranya membantu anak anda keluar dari penderitaan ekzema ini. Kasihan kan, tambahan bayi, mereka tidak dapat memberitahu anda melalui perkataan, tetapi hanyalah tangisan kerana gatal dan tidak selesa yang kadangkala disalah ertikan dengan lapar, mengantuk dan sebagainya.

Anda juga boleh mengambil ikhtiar mencari solusi semulajadi yang berkesan untuk membantu mengurangkan ekzema anak kesayangan anda ini melalui makanan berkhasiat, minuman mahupun sapuan ke atas kulit mereka ini. Ibu pun boleh mengambil langkah untuk mengambil penawar ini dan disalurkan melalui susu ibu kepada anak anda. Gunakan bahan pencuci yang selamat yang tidak mendatangkan kemudaratan pada ekzema anak anda.

Kualiti udara

 

Semuanya terletak pada keputusan anda, ibu-ibu yang prihatin untuk menentukan dan mencuba ikhtiar agar anak anda bebas dari ekzema ini sedari awal umurnya lagi.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada semua, ya!

 

Ikuti kisah menarik ini yang pasti membuatkan anda dan si kecil kembali ceria!

 

Pipi Kemerahan dan Gatal Hilang, Si Comel kini Ceria Bebas Dari Ekzema!

Sharing with love,

Kak Ai SCB

016-3353567

Pengedar Vitamin Semulajadi Shaklee

0 thoughts on “Langkah Berjaga-jaga Sekiranya Anda Mulai Syak Anak Anda Alami Ekzema”

  1. Pingback: Pipi Kemerahan dan Gatal Hilang, Si Comel kini Ceria Bebas Dari Ekzema! | Sihat Cerita Bahagia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *