Cara Berkesan Cantikkan Kulit Muka Rosak Dengan Cepat

“Muka saya cepat rosak, sangat sensitif”.

“Pantang terluka sikit, terutamanya bila berjerawat, dah mula lekat tanda, aduhai! Lambat betul pulih dari kesan parutnya”.

Kulit rosak, pulihkan kulit shaklee,
Apa jenis kerosakan kulit anda?

Salah satu penyebab kulit muka cepat rosak adalah disebabkan kita memang suka minum air manis dan bergula.

Hai, kalau tak minum air bergula, tak rasalah nya airnya. Bila nak telan air kosong tu, rasa peritnya bila lalu ditekak. Tapi, demi memulihkan semula kulit muka kita yang rosak, ada satu cara yang menyumbang untuk mendapat kesan segera yang sangat memuaskan hati dan terasa kenapalah aku tak amalkan dari dulu lagi, iaitu tukar tabiat suka minum air manis atau bergula kepada perbanyakkan minum air masak.

Saya ada terbaca mengenai status Dr Zubaidi yang menerangkan kaitan gula dengan kerosakan kulit. Bersedia dah nak baca?

kulit luka lambat sembuh, diabetes, tinggi gula
Rupanya suka minum air manis penyebab kulit muka cepat rosak

Bagaimana Gula Merosakkan Kulit

Selain merosakkan struktur kolagen dalam kulit, AGE juga bertindak sebagai free radikal yang merosakkan kulit dari dalam. Ini menyebabkan kulit menjadi mudah rosak apabila terdedah pada cahaya matahari.

Pesakit diabetis mellitus adalah kumpulan yang paling mudah mengalami kerosakan kulit akibat peningkatan gula yang tinggi dalam tubuh. Oleh itu pesakit diabetes lebih mudah mengalami tanda ketuaan pada kulit. Pesakit diabetis yang tidak mengawal tahap gula dengan baik dalam darah, mempunyai tahap kandungan AGE yang lebih banyak berbanding dengan orang yang normal. Sudah tentu ini merosakkan struktur kulit.

Sumber : Fb Dr Zubaidi.

 

Proses Penuaan dan Kerosakan Kulit oleh Gula

Pernah dengar proses “Glycation” atau “Non-Enzymatic Glycosylation”?

Ha, ni Kak Ai nak cerita sikit, bagi clear apakah yang dimaksudkan dengan gula penyebab kulit merosak. Macam pelik je kan? Boleh percaya ke gula yang jadi penyebabnya?

Proses Glycation adalah proses pengikatan kovalen pada molekul gula, tanpa dikawal oleh enzim badan.

Proses ini boleh berlaku di dalam sel badan, mahupun di luar badan.

Di dalam badan, ia mengakibatkan gula gula yang dimakan diserap ke dalam salur darah yang mendorong kepada penghasilan protein AGE (Advanced Glycation End Product). Takutnya kita dengan protein AGE ini adalah kerana ia menjadi punca kepada penuaan sel dan mengakibatkan penyakit kronik di dalam badan seperti diabetes, Alzheimer dan kanser. Oh banyak lagi untuk disenaraikan!

 

vivix pulihkan kerosakn kulit
Makan banyak gula sebabkan kulit merosak

 

Perbezaan antara sel kulit yang sihat dan yang dah mengalami penuaan sel

Dari kulit yang sihat tegang dan bermaya, boleh bertukar menjadi kusam akibat penuaan sel dan akhirnya berkedut, rosak dan dah tak anjal.

Angkara gula tadi mengikat kepada sel kolagen kulit, ia menyebabkan kolegen kulit sudah tidak anjal lagi.

 

Beginilah apa yang berlaku dalam badan. Kulit merosak disebabkan molekul gula yang masuk dengan banyaknya akibat dari selera tekak kita yang minum air sirap, air berkarbonat, teh tarik, makan kek, makan gula gula dan kuih muih manis (terlalu banyak untuk disenaraikan makanan lain yang ada gula tinggi kan).

Jahatnya molekul gula ini adalah ia terus melekat kepada molekul kolagen kita yang buatkan kulit kita dah tak anjal.

Begini, saya berikan contoh.

Cuba kita guna jari dan picit pipi comel gebu bayi kita atau anak anak orang lain. (oopss minta izin ya nanti menangis)

Pipi gebu anak comel tadi akan naik cantik ibarat spring selepas kita memicitnya. Anjal, kan?

Cuba picit pula pipi kita sendiri. Oh! Naik anjal dengan kejadian yang sama?

Apatah lagi pada pipi orang yang lebih berusia. Apa jadi?

Maaf ya, ini untuk menerangkan bahawa kulit kita dah kurang keanjalannya akibat penuaan dari protein AGE ini, yang asalnya dari Gula. Ohhh sedihnya!

 

Cara Terbaik Mencantikkan Kulit adalah Berpantang Gula!

Jadi, dah tahu kan puncanya? Cara terbaik mencantikkan kulit adalah, pantanglah pengambilan glukosa, sukrosa, mahupun fruktosa secara berkadaran.

Bukanlah tak ambil langsung, tetapi janganlah diambil secara berlebihan. Bagaimana?

Cara Mengurangkan Gula dalam kehidupan :

  1. Minum air kosong sebanyak-banyaknya setiap hari, lebih kurang 3 liter sehari.
  2. Elakkan minuman manis dan boleh gantikan dengan air infuser yang diletakkan hirisan lemon, timun, strawberi, daun pudina untuk memberi rasa kepada air tersebut.
  3. Elakkan makanan makanan manis yang tinggi gulanya.
  4. Kurangkan gula dalam masakan.
  5. Elakkan makanan berproses kerana kebanyakan makanan yang diproses dari kilang mengandungi gula.

Jadi, jika anda boleh mengikuti saranan Kak Ai di atas, kita boleh didik badan untuk menjadi lebih sihat lagi selepas ini.

Tetapi, jika anda rasa terseksa dan perlukan masa untuk menukar tabiat ini, ada satu alternatif bagaimana untuk mengurangkan protein AGE ini berlaku dalam badan.

Daripada kajian A Resveratrol and Polyphenol Preparation Suppresses Oxidative and Inflammatory Response to a High-Fat, High-Carbohydrate Meal. Date published: February 2, 2011 dari Jurnal The Journal of Endicronology and Metabolism

Kajian yang dilakukan oleh barisan saintis terkemuka ini mendapati bahawa Kandungan Vivix dapat membantu mencegah pembentukan protein AGE hampir 90% berkadaran dengan kepekatan yang lebih oleh resveratrol tinggi ini.

Jadi, apa yang membuatkan Vivix bertindak sebegini berkesan di dalam sel badan?

  1. Vivix terdiri dari kandungan antioksidan tinggi dan resveratrol melebihi 10kali ganda dari antioksidan biasa. Sebab itu tindakannya laju di dalam badan.
  2. Vivix dihasilkan dari bahan semulajadi yang lebih senang diserap oleh sel badan 3 kali ganda dari bahan buatan sintetik kimia.
  3. Vivix dihasilkan dengan 4 objektif utama melalui kajian mendalam supaya memenuhi kriteria di bawah:
    1. melindungi dan membaiki sel DNA
    2. beri kesan positif kepada kawalan genetik
    3. menggalakkan penghasilan tenaga
    4. melambatkan penghasilan AGE protein yang mengakibatkan kerosakan sel.

Jadi, inilah rahsianya mengapa orang yang ambil Vivix ini mendapat kesan kesan yang sangat positif terhadap kulit mereka.

Jom kita lihat hasilnya!

Pertama, kita lihat dulu benarkah ada pengalaman orang yang berjaya menurunkan gula dengan alternatif Vivix ini? Alhamdulillah, ya memang ada pengalamannya.

Pesakit diabetes berjaya menurunkan paras gula dari 14.5 kepada 7.5 sahaja selama sebulan.

 

Kedua, benarkah Vivix membantu dalam kecantikan kulit?

Syukur, siapa yang tak menangis bila bacaan gula makin turun, luka kulit pesakit kencing manis semakin pulih? Ia membuatkan hati mereka yang menderita penyakit ini lega dan hilang runsingnya melihat keadaan kaki yang di luar jangkaan itu.

Syukur juga, asbab alternatif Vivix ini, muka makin berseri, ingat sebab apa? Sebab protein jahat AGE tadi dah berkurang, kan? Jadi, kulit makin berseri, jeragat makin pudar!

Rasa seronok, kan bila kita dapat hadiahkan Vivix ini buat ibu tersayang, dan nampaknya ibu kita semakin muda? Dalam hati, eh, saya pun nak nampak muda macam ibu juga!

Oh sudah, pengalaman muda dengan Vivix ini memang menakutkan bila isteri orang anak tiga dah kelihatan seperti belum berkahwin!

Dan, ini pula kisah suami orang yang dah berumur 40an dah jadi muda 30an. Jaga jaga para isteri, awak nak muda, suami pun nak muda sama, sehati sejiwa, sama cantik sama padan, kan?

 

Jadi, inilah akibatnya jika kita berusaha membantu badan memerangi protein jahat AGE dari badan, segala punca utama yang membuatkan sel semakin tua dapat dibantu. Ingat, sel sel kulit akan sentiasa diperbaharui setiap 35 hari, jadi, jangan lupa rajin rajin minum Vivix setiap hari untuk mendapatkan kesan setiap 35 hari pertama, 35 hari kedua dan 35 hari yang ketiga!

Jangan pula ditambah gulanya ok! Takut makin melarat larat jadinya!

 

Hubungi saya Pengedar Shaklee Mesra Ilmu;

Kak Ai

016-3353567

Pengedar Vivix Kajang

COD Puncak Saujana, Prima Saujana, TTDI Grove Kajang, Saujana Impian dan kawasan sekitar.

Dapatkan Vivix harga istimewa dengan keahlian dengan rela 🙂

Artikel berkaitan :

  1. Cara meremajakan kulit yang matang
  2. Tindakan Vivix ke atas sel
  3. Pengalaman gadis berjerawat dengan Vivix
  4. Kenapa pakai produk kulit naik jerawat?
  5. Cara merawat penyakit kronik dengan berkesan
  6. Rahsia kencing manis mak turun dari 16 ke 5.8

Semoga semakin sihat dengan ilmu! Baru berkesan tindakan makan vitamin semulajadi kerana kena gayanya! Auuchhh 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *