Kesan dan Risiko Kekurangan Vitamin Pada Badan

Badan kita memerlukan vitamin dan mineral yang berlainan untuk menjalankan fungsi tubuh, pertumbuhan serta mengelakkan penyakit.

Kebanyakan dari vitamin ini tidak dihasilkan semulajadi dari tubuh, jadi kita perlu mendapatkannya dari menu pemakanan harian.

Kekurangan nutrisi ini berlaku apabila badan tidak dapat menyerap atau mendapat kuantiti yang diperlukan daripada nutrisi yang spesifik.

Kekurangan vitamin dan nutrisi ini boleh menyebabkan terjadinya masalah kesihatan.

 

 

Kesan Kekurangan Zat Besi

Jika kita kekurangan zat besi, seseorang boleh mengalami anemia.

Simptomnya adalah kepenatan, dan lemah tubuh badan.

Zat besi boleh didapati dari daun hijau, daging merah dan telur kuning. Ia membantu penghasilan sel darah merah.

Sekiranya sel darah merah berkurang, kuranglah oksigen yang dapat dihantar ke seluruh badan.

Kesan Kekurangan Vitamin A

Vitamin A tergolong dalam kumpulan vitamin larut lemak yang penting untuk kesihatan mata dan kesuburan lelaki dan wanita. Ia juga penting dalam sistem pertahanan badan.

Beta carotene adalah nutrisi yang berfungsi sebagai antioksidan. Ia akan ditukarkan menjadi vitamin A di dalam badan bila diperlukan.

Sumbernya boleh didapati dari susu, telur, sayur hijau, lobak merah, labu, aprikot, betik, pic dan tomato.

Jika kita kekurangan Vitamin A, kita akan menghadapi masalah penglihatan.

Kesan Kekurang Vitamin B1

Vitamin B1 yang penting untuk sistem saraf membantu badan menukarkan karbohidrat menjadi tenaga.

Kekurangan Vitamin B1 menyebabkan kehilangan berat badan, kepenatan, tidak fokus dan pelupa.

Sumber Vitamin B1 boleh didapati dari telur, kekacang, bijirin dan gandum.

Kesan Kekurangan Vitamin B3

B3 atau Niacin juga membantu badan menukarkan gula menjadi tenaga.
Kekurangan Niacin menyebabkan penyakit bernama pellagra. Simptomnya adalah cirit birit, pelupa, dan mengalami masalah kulit.

Kesan Kekurangan B9 (Folate)

Vitamin B9 penting untuk penghasilan sel darah merah dan DNA. Folate ini membantu perkembangan minda dan sistem saraf manusia.
Ia sangat penting dalam perkembangan janin di dalam kandungan, dalam proses pertumbuhan minda dan tulang belakang.
Sekiranya ibu mengandung tidak cukup folate, akan berlaku kecacatan kelahiran bayi, pertumbuhan dan anemia.
Folate boleh didapati dari kekacang, buah buahan citrus, sayur hijau, asparagus, daging dan haiwan laut bercengkerang, serta gandum.

Kesan Kekurangan B12 (Cobalamin)

Vitamin B12 juga penting dalam penghasilan sel darah merah. Mereka yang selalu kekurangan B12 adalah dari golongan pemakan sayur, telah menjalani pembedahan akibat gastrik, umur melebihi 60 tahu, diabetes dan beberapa gangguan dari sel perut akibat intrinsik faktor.
Kekurangan B12 menyebabkan pernicious anemia iaitu ketidakbolehan untuk menyerap B12 sebagai efisyen. Selalunya, mereka yang menghadapi kekurangan autoimun dan bermasalah dengan penghadaman menghadapi masalah ini.
Simptomnya adalah kepenatan, kepeningan, sesak nafas, kehilangan berat badan, selera berkurangan, lidah membengkak, kulit yang kusam.
Jika dibiarkan berterusan ia menyebabkan kesusahan untuk bergerak, otot menjadi lemah, pelupa, tekanan perasaan dan kehilangan memori.

Kesan Kekurangan Vitamin D

Vitamin D sangat penting dalam pembentukan tulang yang sihat. Vitamin D membantu mengekalkan paras kalsium dalam pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat.
Kekurangan Vitamin D menyebabkan osteoperosis, iaitu kerapuhan tulang.
Sumber Vitamin D adalah minyak ikan, ikan, cendawan, telur kuning dan hati.

Kesan Kekurangan kalsium

Kalsium membentuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Ia juga membantu jantung, saraf, dan otot untuk menjalankan fungsi mereka dengan baik.

Masalah denyutan jantung juga berpunca dari kekurangan kalsium.

Bagi wanita, perubahan hormon selepas menapaus juga mengurangkan keupayaan penyerapan kalsium dengan berkesan.

Sumber terbaik kalsium datang dari susu, cheese dan yogurt, dan ikan. Sayuran seperti kale dan brokoli juga menyumbangkan kalsium.

 

 

Simptom Kekurangan Nutrisi Secara Umum

Biasanya jika anda mengalami masalah masalah kesihatan seperti

  • Kulit yang pucat
  • Kepenatan
  • lemah tubuh badan
  • masalah pernafasan
  • mengidam makanan yang terlampau
  • keguguran rambut
  • Sembelit
  • Kurang tidur
  • terasa pening
  • tekanan

Amalkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang jika mengalami masalah dan simptom di atas. Elakkan pengambilan makanan yang tidak teratur dan mengandungi terlalu banyak perisan dan pengawet tambahan.

Semoga bermanfaat!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *