Kenapa Wanita Cepat Gemuk? 5 Faktor Yang Perlu Dititikberatkan Sebelum Susah Untuk Menurunkan Berat Badan Berlebihan?

Pelik tak anda yang dulunya underweight, sampai satu peringkat badan cepat naik bagai dipam pam?

Badan Gemuk

Pening tak memikir, atau anda terima je segala kronologi hidup dari zaman anak dara kepada zaman kahwin beranak pinak dengan redha saja?

“If you asked most people what they believe causes obesity, they would probably say high food consumption and a sedentary lifestyle. But we see that there are genetic factors telling the body what to do with fat. A high-fat diet acts on our genetics to make us more fat or less fat. The diet is not powerful enough to do this on its own.”

Rujukan : http://www.medicalnewstoday.com/articles/249908.php

Banyak makan atau kurang makan ni menjadi faktor penyumbang luaran saja untuk seseorang menjadi cepat gemuk. Ini juga ada pengaruhnya dengan cara hidup dan cara pemakanan kita. Namun begitu, ada sebab-sebab utama yang menjadikan kita cepat gemuk, terutamanya wanita 🙂

 

Faktor yang Menyebabkan Wanita Mudah Gemuk berbanding lelaki :

1. Wanita mempunyai banyak lemak berbanding otot

muscle

 

Faktor-faktor utama adalah disebabkan gender itu sendiri, memang wanita lebih cepat gemuk dari lelaki disebabkan wanita mempunyai lebih lemak berbanding otot.

Ini disebabkan oleh perubahan hormon wanita yang menyediakan dirinya untuk mengandung, menyusukan anak dan perkembangan pembesaran badan wanita yang memerlukan lebihan lemak di beberapa bahagian tertentu.

Disebabkan badan kita mempunyai lebihan lemak, tenaga banyak disimpan di dalam badan kerana hanya 1 kalori digunakan setiap jam untuk satu sel lemak ini jika dibandingkan dengan kehadiran banyak otot, ia akan menggunakan sebanyak 6 kalori setiap sejam bagi setiap satu sel otot.

Oleh yang demikian, bukan kata wanita tidak boleh kurus, boleh, tetapi mesti tahu cara memperbanyakkan pembinaan otot berbanding lemak di dalam badan.

 

2. Kadar Metabolisma wanita rendah berbanding lelaki

 

metabolisme

Selain itu, kadar metabolisma yang rendah juga menyebabkan badan kita akan cepat gemuk.

Jadi, jangan amalkan amalan yang salah ye untuk berdiet. Ya, memang masa berpuasa adalah waktu yang sesuai untuk kurus, tetapi pastikan anda tahu konsep yang betul tau 🙂

Mengikut pengalaman berkonsultasi dengan nutrotionist tempoh hari, badan saya ni memang mempunyai kadar metabolisma yang agak rendah, ia boleh dikira dengan menggunakan satu mesin penimbang yang khas.

Sebab itu, tak kiralah suatu masa dahulu, anda pernah underweight, suatu hari nanti anda tidak akan jadi gemuk! Faktor usia mempengaruhi kadar metabolisma ini. Ada sesetangah wanita yang melewati usianya, kadar estrogen di dalam badannya semakin tinggi, yang menyebabkan lemak lebih mudah disimpan dengan kehadiran estrogen ini 🙂 Oleh itu, carilah solusi bagaimana ingin meningkatkan metabolisma badan supaya kekal tinggi seperti muda mudi dahulu 😉

 

3. Kurang beraktiviti berbanding lelaki

HOUSEWIFE_IN_THE_KITCHEN_OF_HER_MOBILE_HOME_IN_ONE_OF_THE_TRAILER_PARKS._THE_TWO_PARKS_WERE_CREATED_IN_RESPONSE_TO..._-_NARA_-_558298

Walaupun kita dipenuhi dengan kerja-kerja rumah, namun begitu, kita tidak boleh melupakan atau mengabaikan aktiviti bersenam untuk meningkatkan kecergasan badan.

Luangkan masa selama 20 minit untuk aktiviti mengeluarkan peluh secara tersusun dan ia membantu membakar lemak dengan lebih effisyen lagi setiap hari.

 

4. Habit dan tabiat

burger

Ini barulah berkenaan dengan pengambilan makanan berlemak, bergoreng tanpa kawalan, juga amalan memakan makanan segera yang mengandungi lemak tepu yang tinggi yang akhirnya akan membuatkan kita cepat gemuk. Jadi, pilihlah gaya hidup sihat dan kawal pemakanan anda secara terancang agar faktor ini membantu mempercepatkan tindakan 3 faktor utama di atas.

 

5. Tekanan

stressed-woman-at-computer-350

Ya, tekanan menyumbang kepada faktor kegemukan tidak kira di kalangan wanita mahupun lelaki. Perasaan tertekan akan menyebabkan perubahan hormon yang akhirnya akan mengakibatkan kita akan cepat lapar dan mempengaruhi corak pengambilan makanan kita sehari-hari. Pastikan anda jauhkan diri dari tekanan ya, dan bertukar kepada gaya hidup positif supaya kita boleh switch perasaan dan emosi kepada yang baik-baik sahaja.

 

Cara untuk membantu mengawal berat badan secara berkesan

Melalui konsultasi saya dengan nutritionist Shaklee tempoh hari, beliau dengan baik hatinya telah memberikan penerangan yang panjang lebar kepada saya. Alhamdulillah, bmi saya masih normal tetapi menghampiri ke paras lebih bmi. Juga saya juga menghadapi masalah lebihan lemak di tempat yang tertentu.

Saranan beliau untuk membantu saya mengawal berat badan dan menghapuskan lemak di beberapa bahagian tertentu adalah :

1. Tingkatkan metabolisma harian dengan cinch tea dan b kompleks
2. Bina otot dengan ESP (kalau breastfeed) dan sebaiknya dengan CINCH SHAKE
3. Cairkan lemak berlebihan dengan omega dan lecithin
4. Buang lemak tersebut dengan alfalfa
5. Cuci usus dengan herblax
6. Senaman 20 minit wajib dilakukan setiap hari
7. Banyakkan minum air masak untuk proses pembakaran lemak dan penyingkiran toksin keluar dari badan.

 

Dieting, especially crash diets, actually slow down the metabolism. The body starts to go into starvation mode, conserving energy and fluid. With a slow metabolism, burning fat and losing weight becomes much more difficult.

https://www.fitwatch.com/blog/why-men-lose-weight-so-easily-and-what-women-can-do-about-it

 

Ya, rupanya betul cakap Nutritionist itu, kunci utama adalah mengambil makanan yang kurang kalori, bukannya terus berdiet tak tentu hala. Kerana perbuatan ini mengganggu sistem badan kita dan akhirnya merendahkan sistem metabolisma badan, yang sepatutnya tinggi untuk membolehkan kita cepat kurus. Jadi, kawallah pemakanan kita dengan mengambil banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan serat, mengambil air yang banyak dan kalau boleh kira kalori makanan yang diambil setiap hari supaya kita tidak akan mengalami fenomena cepat gemuk berbanding usia dan memburukkan penampilan kita.

Bukanlah nak badan kering melidi, itu pun tak cantik juga, tetapi, biarlah sedang-sedanag elok sahaja sebab PERKARA UTAMA yang perlu kita jaga adalah kesihatan dalaman yang optima. Bila tiada lebihan lemak dan gula, tiadalah terjadinya tinggi kolesterol, tidak bermulalah punca darah tinggi, diabetes mahupun saluran darah yang tersumbat dan lain-lain lagi.

Jom bercantik-cantik bersama-sama, tak perlu ditunjuk bentuk badan kita pada umum kerana ia mendatangkan dosa, tetapi menjaga badan dan penampilan untuk menambat hati suami adalah wajib bagi kita, ya para wanita 🙂

Semoga perkongsian saya memberi erti kepada anda semua, saya juga nak berusaha untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat bermula dari hari ini, demi kualiti kesihatan yang berpanjangan 🙂

Saya sayang diri saya dan keluarga saya!

 

(Berminat mendapatkan vitamin semulajadi untuk set kurus yang dinyatakan di atas, boleh terus hubungi saya untuk urusan penghantaran dan konsultasi berpanjangan 🙂 Saya akan berusaha sedaya upaya untuk membantu anda mencapai berat badan yang anda ingini! Kita sama-sama jaga kecantikan, ok!)

 

Ikhlas,

Kak Ai SCB

0163353567

COD Shaklee di kawasan Kajang, Taman Puncak Saujana dan kawasan berhampiran.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *