Berat Badan Berlebihan atau Obes? Cara Buang Lemak dan Dapatkan Berat Idaman

Risau dengan masalah berat badan?

Stress-Weight-Gain

 

Jadi, kita pun mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan.

Setelah mengikut plan diet, kita pun dah dapat keputusan yang menggembirakan!

Berat badan dah pun dapat dikurangkan!

Tetapi adakah berat badan baru kita itu boleh dikekalkan dalam masa yang lama?

Fakta Menghilangkan Berat Badan; Apa yang dibuang sebenarnya

Ya, perkara yang perlu anda tahu dalam proses menurunkan berat badan adalah :

  1. Jumlah berat badan adalah keseluruhan jumlah otot, lemak badan dan berat air.
  2. Kehilangan berat badan datangnya dari : kehilangan otot, lemak ATAU air.

 

Jadi, bila kita mengalami kehilangan berat badan, kita perlu pastikan yang dibuang itu adalah LEMAK.

LEAN BODY MASS : Komposisi berat badan tanpa lemak

inch loss

 

Kita dipanggil :

Terlebih berat badan/overweight : Bila berlebihan berat dari otot, tulang, lemak dan air

Obes : Bila berlebihan Lemak Badan sekitar =

  • abdomen
  • pinggang
  • punggung
  • peha

Jadi, masalah UTAMA kita adalah : Mengalami obesiti yang berpunca dari lemak yang berlebihan, bukannya semata-mata nombor yang tertera pada penimbang berat badan itu 🙂

Situasi Sebenar :

Seseorang boleh mempunyai berat badan berlebihan tanpa mengalami obesiti. Contohnya; seorang atlet bina badan. Beliau mungkin mengalami berat badan berlebihan yang datangnya dari otot dan air, tetapi bukannya dari lemak.

Jadi, bagaimanakah caranya mengurangkan berat badan akibat lemak yang sebenar?

Tukar mindset dari mengurangkan berat badan kepada > mengurangkan lemak yang berlebihan!

weight-loss-vs-fat-loss1

 

Selamat meneroka dan menimba ilmu dari #siribuanglemakSCB dari sihatceriabahagia.com 🙂

Kami akan pastikan kita semua dapat menghilangkan lemak badan dengan berkesan dengan ilmu dan praktikal yang sebenar 🙂

Slide1

Jangan lupa ikuti sambungannya setiap hari!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *