wajah bersih dan cantik

Fakta Mengenai Blackhead yang perlu kita tahu agar ia tidak merebak dengan teruk di seluruh muka

Apa itu blackhead?

rawatan blackhead, hilangkan blackhead
Blackhead di hidung
  • Blackhead adalah bintik hitam yang muncul pada kulit muka mahupun leher.
  • Blackhead juga menunjukkan tanda tanda muculnya jerawat di muka.
  • Blackhead mengandungi melanin yang teroksida, pigment gelap yang dihasilkan oleh sel kulit.
  • Blackhead bukanlah berasal dari kekotoran yang terperangkap di muka kita.
  • Memicit blackhead boleh membuatkan blackhead semakin merebak.
  • Blackhead muncul apabila hormon meningkatkan pengeluaran sebum, iaitu minyak yang dihasilkan oleh kelenjar di bawah kulit.

Bagaimana blackhead terjadi, rawatan blackhead

 

Penyebab blackhead :

  • Faktor umur dan perubahan hormon.
    • Contohnya, semasa datang bulan, perubahan hormon meningkatkan pengeluaran sebum.
    • Hormon androgen, iaitu hormon lelaki, juga meningkatkan pengeluaran sebum. Pada peringkat remaja, sama ada lelaki mahupun perempuan akan mengalami keadaan hormon androgen yang tinggi ini.
  • Kehamilan dan penggunaan pil perancang juga mendatangkan blackhead pada wanita.
  • Pengeluaran sel kulit yang berlebihan juga menyebabkan blackhead.
  • Penutupan lubang kulit oleh kosmetik mahupun pakaian
  • Peluh yang berlebihan
  • Bercukur atau aktivit yang membukan folikel bulu di muka
  • Kelembapan yang tinggi
  • Stress, PCOS (polycyctic ovarian syndrome) dan PMS (Premenstrual syndrome)
  • Ubatan
  • Penggunaan steroid seperti corticosteroids

Bagaimana Menghilangkan Blackhead?

1.Membersih :

Skrub muka dengan lembut membantu menghilangkan blackhead. Pilih produk yang tanpa bauan dan sesuai untuk kulit sensitif. Namun begitu, elakkan dari terlalu mengeringkan kulit kerana keadaan ini membuatkan kelenjar muka akan mengeluarkan lebihan minyak pada muka.

2. Make up dan kosmetik :

Gunakan produk yang non-comedogenic yang tidak memerangkap dan menutup rongga muka agar rongga muka sentiasa bersih dan terbuka dan mengurangkan penambahan sel kulit yang mati.

3. Rawatan :

Azelaic asic, salicycylic asid dan benzoyl peroxide boleh digunakan untuk mengurangkan blackhead yang biasa digunakan untuk jerawat yang tidak berinflamasi.

4. Berehat :

Mendapatkan rehat yang cukup dan mengurangkan stress membantu mengurangkan penghasilan sebum.

5. Pemakanan :

Mengambil banyak makanan yang berunsurkan buah dan sayuran mengurangkan potensi kulit mengalami jangkitan dan luka.

Adalah tidak digalakkan untuk memicit, stim, menyental dan menghilangkan blackhead dengan alatan kerana ia boleh merosakkan kulit dan membuatkan keadaan blackhead akan bertambah teruk.

6. Elakkan kosmetik yang berunsurkan minyak.

Kosmetik dan produk muka yang berminyak menambahkan lagi pengumpulan minyak yang banyak di muka dan menyebabkan blackhead.

Semoga info ini membantu anda untuk membuang blackhead di muka dengan ilmu tanpa merosakkan kulit muka yang mulus itu.

wajah bersih dan cantik
Wajah yang bersih menjadi idaman semua orang, kan?

 

Share untuk membantu lebih ramai lagi untuk berwajah bersih dan berseri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *