Pengalaman Cara Sembuhkan Luka Bersalin Czer Ibu Berpantang Sendiri

Berpantang sendiri ni banyak cabarannya.

Yang best, kita boleh berpantang cara kita sendiri dengan pengurusan masa yang kita kelolakan sendiri.

Tapi, hati kena kuat bagi orang yang berpantang sendiri tanpa bantuan ibu, mertua mahupun penjaga semasa tempoh awal pantang, terutama bagi ibu yang bersalin secara pembedahan, atau mudah dipanggil czer.

Saya dah berpengalaman bersalin czer sebanyak tiga kali.

Macam macam rasa dan pengalaman pernah saya lalui.

Bersalin pembedahan berkali kali, tempat potongan dan jahitan adalah tempat luka yang sama torehannya

Pengalaman pertama berpantang pembedahan saya adalah terkena infection pada jahitan sampai warded semasa berpantang anak pertama.

Untuk anak kedua, di awal berpantang czer, anak saya dimasukkan ke wad semula disebabkan kuning. Aduh, terpaksa pula ibu berpantang pembedahan ini berjalan ulang alik masuk NICU untuk perah susu dan berikan kepada baby untuk cepat turunkan bacaan kuningnya.

Alhamdulillah, anak ketiga, perjalanan berpantang saya lancar. Namun, cabarannya adalah, saya masih ada dua lagi anak yang masih perlukan perhatian dan belaian.

Aduh, agak berdebar pada mulanya kerana kami suami isteri ambil keputusan untuk berpantang di rumah kami sendiri.

Syukur, ibu mertua ada menjaga semasa awal tempoh berpantang.

Bayangkanlah, untuk ibu berpantang czer anak ketiga, ada lagi dua anak kecil yang perlu diuruskan. Anak sulung 6 tahun dan anak kedua 4 tahun. Mujurlah separuh hari mereka bersekolah tadika.

Ibu berpantang pembedahan ni lain sakitnya.

Doktor pesan, tak perlu sapu apa apa lagi pada jahitan tersebut, cukuplah dengan mengeringkannya dengan tuala bersih atau kain lembut atau pengering rambut untuk elakkan infection

Semasa bersalin operate, memanglah kita ni boleh senyum sebab dah dicucuk tulang belakang jadi, proses bersalin tidaklah sesakit orang bersalin normal yang separuh nyawa bertarung melahirkan anak.

Namun, selepas sahaja keluar dari dewan bedah, bermulalah cabarannya, iaitu untuk menjaga luka berpantang dari hari pertama hingga hari ke berapa haaa ini tidak dapat dipastikan.

Ya, tempoh berpantang memang 44 hari.

Namun, untuk bersalin pembedahan, ada orang hari ke 60 pun lukanya belum sembuh lagi.

Ada ibu berpantang, hari ke 160 pun masih terasa denyutan yang mengganggu emosi.

Jadi, pada ibu ibu yang berpantang czer ini, mengikut pengalaman saya, haruslah mencari solusi yang terbaik jika anda seorang yang bekerja melibatkan kudrat, jenis yang sukakan aktiviti lasak, bersukan dan mereka yang mahu cepat sembuh tanpa mengganggu aktiviti rutin yang anda sukai.

 

4 cara cepat sembuh luka berpantang pembedahan bagi ibu berpantang sendiri

Apa yang saya dah buat adalah :

1. Terus survey bidan urut yang dipercayai untuk “urut susu” dan lenguh badan selepas keluar dari wad bersalin.

Terlalu cepat? Eh, tidaklah. Setelah melalui dua pengalaman sebelum, saya percaya sangat penting untuk cepat mengurut susu supaya kita dapat pastikan aliran susu lancar untuk diberikan kepada anak yang baru kita lahirkan ini.

Badan pun hilang lenguh lenguh akibat dicucuk tulang belakang yang bawa kesan kepada sakit kepala, sakit leher, sakit tulang belakang dan pinggang. sakit sakit ini jika dibiarkan berlarutan, ia mengganggu emosi dan ia tidak sepatutnya berlaku kerana kita mahu fokus : luka cepat sembuh selepas berpantang pembedahan ini. Jangan ditambah pula dengan kesakitan emosi yang datang dari faktor yang boleh dikawal.

2. Sentiasa menjaga kebersihan tempat luka jahitan. Jangan sapu minyak gamat, atau apa apa cairan ubat tanpa kebenaran doktor bedah dan doktor yang merawat, kerana dikhuatiri salah pengendalian, kita pula dapat jangkitan.

Caranya : mesti mandi setiap hari dengan air kosong. Baring dengan bertenang di atas katil dan biarkan jahitan luka mengering.

Boleh gunakan tuala lembut atau kain lembut untuk mengeringkan kawasan jahitan.

Jika takut, boleh gunakan pengering rambut yang tidak terlalu panas habanya untuk keringkan kawasan jahitan czer itu.

Jika dah melepasi sebulan, terus bersihkan saja perlahan perlahan kesan kesan gam plaster mahupun darah darah beku yang masih melekat di atas kulit dengan berhati hati. Jangan kuat kuat tau! Kalau takut, semasa pemeriksaan berkala, mohon jururawat untuk membantu membersihkan kotoran kotoran yang bersisa ini.

3. Pakai bengkung di atas jahitan untuk elakkan perut geleber menyakitkan kawasan jahitan.

Petua ini saya amalkan dari anak pertama lagi.

Saya guna bengkung bertali yang panjang itu, supaya boleh adjust ikatannya dan kelebaran yang kita selesa.

Saya dah pernah beli dua bengkung lekat tu, tak berapa selesa nak adjust dan pakai.

Caranya, baring di atas katil yang telah dihamparkan bengkung bertali yang panjang tu.

Gambar ini saya ambil dari Google yang sangat melekat di hati sebab saya baring seperti ini.

Tukang urut saya ajar, untuk orang bersalin pembedahan, ikat bengkung dari bawah, bukan dari atas.

Agak agaklah kira kira 2 inci dari kawasan jahitan, dah boleh mula ikat bahagian bawah bengkung , naik ke atas hinggalah di bawah payudara,  berhenti ikat dan lipatlah ke bawah lebihannya itu.

Jangan ikat terlalu kuat.

Tujuan nak ikat tu hanyalah untuk mengelakkan perut yang menggeleber tadi bergeser terkena kawasan jahitan. Ia sangat menyakitkan! Bila dipakai bengkung terasa sangat selesa. Perut pun terasa kejap dan bolehlah melakukan aktiviti berpantang sendiri dengan selesa.

Siapa yang dah cuba cara ini boleh mesej respons pada saya, best kan cara ini? Klik http://ainulmalik.wasap.my untuk kita berkongsi cara

4. Makan supplement semasa mengandung dan teruskan makan supplement selepas pembedahan.

Semasa mengandung, saya ambil set mengandung Shaklee untuk mencukupkan nutrisi pada saya, si ibu dan anak saya sepanjang mengandung.

Selepas keluar dari dewan pembedahan, untuk anak ketiga, kerana saya tahu saya akan berpantang di rumah sendiri, saya telah bersedia dengan ESP, Vivix, Vitamin C, Ostematrix dan alfalfa.

Perbezaan utama yang saya rasa untuk pengalaman berpantangkan anak ketiga adalah saya lebih kuat dan bertenaga.

Doktor dah pesan, untuk pembedahan ketiga ini, luka torehan adalah di tempat sama dan ia menyebabkan kesan kesakitan yang lebih perit dari pembedahan sebelum ini.

Sebab itulah saya sanggup invest untuk mendapatkan Vivix demi untuk penyembuhan segera, tenaga dan kawal emosi ibu berpantang.

Ya, syukurlah, memang persediaan saya ini berhasil kerana kali ini, saya lebih bertenaga berbanding sebelumnya dan boleh berpantang sendiri di rumah dengan bertenang walaupun terpaksa menghadapi karenah anak anak di rumah.

berpantang sendiri, luka berpantang pembedahan, luka czer cepat sembuh, vivix berpantang,
Nak baca luahan hati saya, klik gambar ini ya, cerita penuhnya di sana 🙂

Ya, saya sangat berpuas dengan pengambilan Vivix, Esp, Vitamin C dan Alfalfa ini.

Fungsinya :

Vivix : Mempercepatkan penyembuhan luka, mengurangkan kesakitan pembedahan, menurunkan tekanan darah tinggi dan stress, melancarkan pengaliran darah

ESP : Penyembuhan luka, memberi tenaga tambahan, membantu mengurangkan angin gastrik dalam perut, tahan lapar yang kerap terutamanya ibu berpantang yang menyusukan anak, membantu penyusuan yang lancar dan banyak

Vitamin C : Penyembuhan luka, menguatkan imuniti badan ibu berpantang dan bayi terutama dalam melawan penyakit berjangkit, selsema, demam serta keserian wajah ibu berpantang

Ostematrix : Menghilangkan kekejangan, sakit otot, sakit pinggang, sakit belakang badan, sakit leher akibat kesan cucuk tulang belakang, membantu penyusuan susu ibu

Alfalfa : Melancarkan pengaliran darah nifas, membuang angin yang terkumpul dalam badan, meningkatkan susu badan dan mengelakkan perut berangin akibat tersilap jaga waktu makan kerana berpantang sendiri.

Luka pembedahan cepat sembuh, supplement pembedahan, pengedar shaklee kajang, berpantang czer

Nampak memang nak kena makan banyak supplement untuk berpantang ni. Tapi, kalau nak bandingkan menghadap kesakitan luka pembedahan ini dalam masa yang lama, sampai kita stress sangat sangat, nak kena uruskan itulah inilah, nak layan penyusuan lagi, celoteh baby yang tak tidur malam lah, anak anak yang nakkan perhatian lagi, masalah masalah dalaman lagi, tak terbanding tau dengan manfaat yang kita dapat dengan ambil supplement ini secepat yang mungkin dan makan dengan konsisten.

Ya, syukur sangat sebab pelaburan ini banyak membantu saya untuk nikmati tempoh berpantang dengan bertenang dan sihat.

Dapatkan set berpantang penuh ini, insyaallah memang sangat sangat akan berpuas hati untuk berpantang dengan gembira sekali. Kuncinya, badan sihat, mood pun gembira!

Hubungi saya di talian : 016-3353567

atau, isi nama di bawah ini, saya akan terus hubungi puan untuk puan dapatkan supplement set berpantang ini dengan segera!

[ninja_forms id=3]

Hubungi saya,

Ainul Malik

Whatsapp & Telefon : 016-3353567

Pengedar Shaklee Kajang, Pengedar Shaklee Puncak Saujana

Supplement Set Berpantang Pembedahan Czer boleh diposkan ke seluruh Malaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *