Cara Realistik Menghilangkan Letih, Lesu dan Lemau Badan Waktu Berpantang Agar Tidak Meroyan dan Kemurungan

Waktu berpantang ni, orang kata eloklah berehat sebanyak-banyak yang mungkin. Namun, dengan perasaan lemah longlai dan lesu, buatkan kita bertambah moody dan blur, nak-nak waktu tengah berpantang ni kan?

Ha, setuju kan, kan?

confinement
Sesekali mengidam juga nak merehatkan diri dalam suasana hotel macam ni, siap ada penjaga dan makanan disediakan. Bestnya! Credit to this blog

Selalunya dalam minggu pertama, insyaallah sementara kita di hospital dan awal-awal ni, baby pun baik lagi, asyik tidur je, kita pun sempat merehatkan diri 🙂

Masuk minggu kedua, ketiga, mungkin badan dah mula ada acah-acah letih (bak kata orang) sebab anak syurga kita dah mula nak berjaga malam. Ha, bagi ibu yang berazam untuk full breastfeed, tahniah diucapkan, anda memang ibu yang kental dan masa inilah kita belajar untuk menjadi ibu yang kuat!

postnatal
Jangan biarkan badan terlalu penat dan letih kerana ia mengundang meroyan sewaktu berpantang

Ha, jadi apa nak buat ni untuk elakkan masalah keletihan, kelesuan dan lemau ni, tambahan bagi mereka yang berpantang sendiri.

12 Cara Menghilangkan Letih, Lesu dan Lemau Badan Waktu Berpantang :

  1. Beritahu suami apa sebenarnya yang berlaku.
    1. Walaupun suami kekadang kurang faham, bagitau je elok-elok, jangan pulak kita pendam baru nak bagitahu, nanti silap besar boleh berperang.
  2. Minta pertolongan orang-orang terdekat dengan kita, untuk menemankan kita untuk dua minggu yang pertama, paling sekejap, dan hingga tempoh berpantang berakhir seelok-eloknya.
  3. Disiplinkan anak-anak lain semasa mengandung lagi, terutamanya yang paling ‘Bongsu Sementara’ tu, macammana nak mandi sendiri, buang air sendiri, makan sendiri, dan biasakan mereka mula buat sesuatu aktiviti sebagai rutin, contohnya, lepas makan melukis dan mewarna.
  4. Buat jadual waktu untuk seluruh ahli rumah, untuk menjaga kebersihan rumah, siapa yang nak sidai kain, memasak dan sebagainya.
  5. Usahakan sesuatu agar dapat mengambil orang upahan untuk membersihkan rumah setiap minggu atau mengikut bajet.
  6. Simpan duit awal-awal dari mengandung kos untuk mengambil tukang urut, paling banyak 3 kali sepanjang berpantang, paling minima sekali semasa sedang berpantang, juga mengikut bajet.
  7. Mengupah orang menyediakan makanan berpantang atau minta suami belajar memasak untuk menyediakan makanan kepada anda yang berpantang setiap hari. Jika ada ibu yang menjaga, ya, anda dah setel masalah ini!
  8. Ikut cakap orang tua-tua, masa berpantang; waktu anak tidur tu tidur sekali, jangan degil! (Sebab saya dah selalu terkena, gaya kita baru nak tidur, anak terus terjaga, stress!)
  9. Jangan sibuk-sibuk fikirkan hal kerja, orang dah bagi cuti berpantang, usah hiraukan masalah-masalh di tempat kerja, ia buatkan kita makin letih berfikir, terus badan jadi lesu dan perasaan down.
  10. Jaga adab dan amalan berpantang supaya badan tak masuk angin yang membuatkan badan lesu dan lemau.
  11. Jaga pemakanan, makanlah habbatussauda supaya bayi tidak terkesan sama dengan angin. Bila bayi selalu kembung perut, tidak tidur malam, kita pun tak dapat tidur dan stress. Rujuk Petua popular di sini : Cara Buang Angin Ibu dan Bayi Waktu Berpantang
  12. Mengambil vitamin tenaga untuk membantu badan hilangkan letih, jadi kuat dan segar.
    1. Ambil vitamin bukannya ikut trend, tapi pada yang dah merasa, kita tahu kenapa terpaksa ambil, supaya bantu badan bertenaga untuk menguruskan anak, berjaga malam, tak mudah pening dan kurangkan kesakitan bersalin. Semua ni akan menyumbang kepada keletihan, lemau dan lesu badan.

 

Bantu Badan Lebih Bertenaga dan Kuat Sewaktu Berpantang Adalah Point Yang Penting dan Tidak Boleh dipandang Remeh Semasa Berpantang.

Saya juga merasainya
Saya juga merasainya

 

hilangkan letih lemau dan lesu
Ini dia Rahsia UTAMA menghilangkan rasa lemau dan lesu masa berpantang, cubalah sendiri

 

Pil Kurangkan Stress dan Kesakitan Semasa Berpantang
Pil Kurangkan Stress dan Kesakitan Semasa Berpantang

 

Solusi cepat hilangkan penat dan keletihan badan waktu berpantang
Solusi cepat hilangkan penat dan keletihan badan waktu berpantang

 

Semoga sharing hasil dari kisah benar pengalaman ibu yang berpantang ini dapat memberi manfaat berguna buat anda semua. Moga cepat sihat dan nikmatilah masa-masa manis bersama bayi tercinta sepanjang tempoh perkenalan anda dengannya 44 hari ini!

Kita yang ciptakan moment terindah dengannya, jangan rosakkan saat-saat manis ini supaya menjadi kenangan abadi sepanjang hayat hingga mati 🙂 Ibu kuat dan sihat, anak membesar dengan emosi ceria!

Vitamin hilangkan lesu waktu berpantang

Share the love!

Kak Ai SCB

016-3353567

Pengedar Shaklee Kajang Bangi

Pos ke seluruh Malaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *