Cara Muhasabah Diri Menjadikan Diri Lebih Baik Dari Semalam

Alhamdulillah

Kita dah masuk bulan baru, iaitu bulan Mac 2015. Mesti ramai yang nak buat target baru untuk hidup masing-masing, tak perlu nak menunggu Bulan Januari setiap awal tahun, kan?

Kenapa perlu muhasabah diri menjadikan diri lebih baik dari semalam?

Ada banyak sebab kita perlu bermuhasabah diri; antaranya :

  1. Allah memang menyukai hambaNya yang sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik dalam hidup
  2. Rasulullah juga telah berpesan, ” Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam,” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
  3. Dengan menjadikan hari ini lebih baik dari semalam, kita akan dapat menarik lebih banyak aura-aura kejayaan dalam hidup dan hidup kita sendiri akan bahagia.

 

Muhasabah Diri Menjadikan Hidup Kekal Positif hari ke hari
Muhasabah Diri Menjadikan Hidup Kekal Positif hari ke hari

 

 

Cara dan Teknik Menjadikan Hari ini Lebih baik dari semalam :

Positifkan diri dan bermuhasabahlah!

Muhasabah penting supaya kita tahu apa tindakan yang terbaik yang boleh kita lakukan untuk mempertingkan kualiti diri kita hari ke hari.

Mahu korek lagi rahsia bermuhahasabah yang betul? Jom tengok video ini 🙂

Cara Muhasabah Diri Agar Kekal Positif from iReach HD on Vimeo.

 

Teknik yang betul untuk bermuhasabah diri sangat penting diketahui kerana jika tersalah tafsir, ia akan menurunkan motivasi diri kita. Eh, ini dah terbalik, kan? Jadi, apa yang kita mahukan, adalah muhasabah yang makin membantu kita untuk lebih berpositif supaya kita menjalani hari-hari kita dengan penuh keterujaan dan kegembiraan!

Aura dalaman yang positif dapat dipancarkan dari air muka kita dan meningkatkan imuniti badan kita! Semoga tips dan teknik diberikan membantu kita lebih berpositif dan membantu kita untuk hidup sihat, ceria dan bahagia!

 

Salam penuh kasih sayang dan kebahagiaan dari saya;

Kak Ai SCB

0 thoughts on “Cara Muhasabah Diri Menjadikan Diri Lebih Baik Dari Semalam”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *