Cara Menulis Entry Blog Yang Disukai Ramai

Anda suka tulis blog?

Blog ada bermacam jenis blog. Ada blog persendirian, blog info, blog perniagaan dan blog minat contohnya masakan, hobi, travel dan macam macam lagi.

Blog yang paling senang nak tulis adalah blog persendirian yang pembacanya hanya kita seorang saja.

Haha. Ini dari pengalaman saya sendiri.

Bukan main laju nak tulis sampai tak menyempat nyempat untuk ditulis dalam blog peribadi.

Blog peribadi ni ibarat diari, jadi macam macamlah boleh tulis, kan? Sebab pembacanya kita seorang je.

Tapi ada blog persendirian yang dibuka untuk bacaan umum. Yang ini atas risiko sendirilah untuk tulis cerita apa.

Yang ini pun saya ada dulu. Rajin tak rajin kan untuk cerita dan masukkan kebanyakan gambar dalam handphone ke dalam blog.

Masa ni sebelum aktif Facebook, kita lambakkan kesemuanya ke dalam blog ni.

Kemudian, saya mula berjinak jinak dalam blog perniagaan. Syukurlah, niat untuk membantu pembaca untuk meningkatkan taraf kesihatan mereka tercapai dengan penjualan dari blog tersebut.

Jadi, mood malam ni saya nak berkongsi dengan anda yang membaca entri ni cara untuk menulis entry blog yang disukai ramai.

1.Ikut trending.

Ha, bila menulis ikut topik trending masakini, sudah tentulah ramai pembacanya. Sebab kita menulis mengikut isu dan topik yang panas diperkatakan. Jadi, kalau rasa blur-blur nak tulis entry apa malam ini, cek trending dalam seminggu dua ni, topik apakah yang hangat diperkatakan.

Nak dapatkan dari mana sumbernya? Google trend, cari Malaysia. Paling mudah, akhbar-akhbar dan berita semasa. Jika anda minat hiburan, lihatlah insta. Banyak sungguh sumber di situ.

2. Statistik blog

Jika blog anda dah berumur setahun ataupun dah publish beratus entri, sudah tentulah dah ada followers tertentu.

Paling mudah nak menulis blog adalah dengan melihat statistik blog anda, entry apa yang paling digemari, jadi kita boleh agak pembaca yang datang paling suka baca entry apa sebelum ini.

Ramai pembaca bermakna temanya itu menariklah kan?

3. Idea daripada komen pembaca

Jika anda tulis topik yang menarik sebelum ini, sudah tentulah ada followers yang turut komen entri tersebut.

Kadang kadang, beliau (pembaca) akan bagi idea yang sangat bernilai untuk kita melalui soalan, cadangan mahupun komen komen santai mereka.

Belum cuba cara ini? Ok, cuba cek semula komen komen yang pernah anda terima dan baca semula, ada tak yang memberi sinar harapan untuk terbit idea tulis post blog terbaru?

Ha, tu dah senyum tu, ada lah tu kan? Amacam, bernas tak?

4. Post Facebook.

Kadang-kadang bila naikkan status di facebook, letak gambar anak gembira mandi kolam di hotel, ada orang tanya

“Eh, tahan ye budak comel ni mandi rendam lama-lama?”

“Budak bambam saya ni saya berikan Omega Guard sebelum terjun berjemaah  berendam dalam kolam ni. Yelah, satu sebab nak bagi tahan kesejukan, lagi satu sebab nak bagi kuat rintangan penyakit sebab ramai kan yang mandi dalam kolam tu……….” eh, panjang pula kita nak cerita dalam komen tu.

Ada tak terfikir nak kembangkan jawapan ke dalam blog sendiri supaya dapat cerita dengan lebih menarik dan jelas?

Mesti pernah berlaku, kan?

Ha, inilah yang berlaku pada saya sekarang ni, sebab ada yang dah bertanya saya, duduk depan komputer blur lama tak tau nak tulis apa, terus tutup komputer buat kerja lain.

Maknanya apa tu ye? Takde idealah kan? Jadi jangan pening pening, rujuklah facebook sendiri ye.

5. Jadikan buku nota teman sejati

Asal ada idea je, tulis. Terfikir itu, catat. Terfikir ini, masukkan ke dalam buku nota.

Idea idea santai yang datang secara tiba tiba tidak akan datang berkali kali. Ia bakal menjadi sumber penulisan blog yang menarik, kreatif dan disukai ramai.

Rugi tau kalau idea bernas tu berlalu begitu sahaja.

6. Rajin membaca.

Inilah yang utamanya, rajin rajinkanlah membaca buku, sebab buku itu gedung ilmu.

Boleh besarkan lagi perbendaharaan kata, memperluaskan lagi cara penulisan dan apa yang kita tulis tu adalah fakta belaka. Barulah penulis jujur dan dipercayai, katanya.

7. Tulis dari jiwa 

Apabila kita ada mood untuk menulis tentang sesuatu, tulislah dari hati. Sebab penulisan yang asli itu lebih berjiwa.

Lebih dekat di hati, lebih mudah difahami.

8. Datang mood, terus tulis, jangan bertangguh.

Bila mood untuk menulis tu sampai, carilah jalan agar penulisan itu dapat direalisasikan, bukan hanya tinggal angan angan dan dibawa terbang di angin lalu je.

Bila dah bertangguh, makanya banyaklah cerita cerita best yang dah disia siakan. Sayang, kan? Aduh macam saya lah ni, masa mood trip travel berkereta masuk Thailand dengan keluarga mencurah curah, layan sangat berhari raya sampai hilang satu persatu mood nak kongsi dengan kawan kawan kisah travel saya itu.

Tapi, disebabkan tanggungjawab, saya dah janji nak share cerita macammana nak bawa masuk kereta sendiri travel masuk Thailand, dan perjalanan Hatyai-Songkhla-PakBara yang sangat nikmat syurga makan itu, akan ku kutip semula semangat semangat yang hilang itu untuk dikotakan semula. *Tampar pipi sendiri.

Letak gambar untuk gerakkan diri sendiri cepat tulis cepat tulis, ramai yang menanti kisahnya

 

Ayuh, bangkit! Lillahitaala, moga dengan berkat kutip semangat itu dapat memberi manfaat dan nikmat apada orang lain, kena buat jugak, Sabar, ya, lap peluh.

 

Akhir sekali, ingatlah pesan saya,

Elakkanlah copypaste. Penulisan yang asli itu adalah sangat dekat di hati sebab kita yang rasa, kita yang hadam, kita yang ekspreskan kepada pembaca mengikut jiwa dan bahasa kita.

Lebih mudah sampai, kan begitu?

Semoga bermanfaat buat anda yang mencari cari idea penulisan masing masing 🙂 Kalau rajin, tinggalkanlah jejak, boleh kita bertukar tukar pandangan dan meluaskan silaturrahim juga 🙂

Saya yang suka menulis dari hati

#ainulmalikstories 0163353567

Mode :  sedang menulis ebook Step by Step Buat Kedai Online. Minat tak?

12 thoughts on “Cara Menulis Entry Blog Yang Disukai Ramai”

    1. Hati cekal bila ada keperluan. kalau tak berkeperluan, hati akan tengok benda lain yang lebih ada priority 🙂 Kita yang tentukan. Love; Mami Ainul bukan Dedi hihi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *