Cara Atasi Keletihan Melampau Semasa Mengandung

Terasa seperti letih yang amat hari ini, kan?

Eh, bukannya hari ini saja, semalam pun letih, kelmarin pun letih, setiap hari makin lama terasa semakin letih semasa mengandung ni.

Hanya Tuhan je yang tahu.

Bila sekali dapat tidur malam, terus tertidur lepas solat Maghrib sampailah sebelum Subuh.

Tapi, bila sekali tak dapat tidur, masyaallah, terus tak dapat tidur terkebil kebil melihat siling bilik tidur sambil melayan sakit pinggang, sakit kaki, sakit badan, lenguh tangan.

Ya, ibu ibu mengandung janganlah rasa sedih, kerana keletihan semasa mengandung ni adalah perkara yang biasa dialami oleh semua geng geng MakYong. Ini serius.

Bukan kita saja.

Kita berasa sangat letih kerana badan kita sendiri mengalami perubahan hormon yang ketara yang menyebabkan sistem dalaman berubah yang juga melibatkan perubahan pada luaran badan kita juga.

Selain itu, kadar kuantiti kalsium dalam badan juga menyusut, kerana si kecil sedang menyerap kalsium ibunya untuk pembentukan tulangnya juga menyebabkan kita juga keletihan yang amat.

Namun begitu, kita juga nak merasa hidup seperti keadaan normal yang dulu, cergas setiap hari ke pejabat, ceria bersama keluarga tercinta dan menikmati aktiviti membeli belah tanpa gangguan sakit sakit badan.

Ibu ibu boleh mengorek rahsia “Cara Mengatasi Masalah Keletihan Sewaktu Mengandung” di dalam video ini.

Daripada video di atas, banyak tips tips yang membantu ibu ibu mengandung untuk mengurangkan rasa keletihan melampau. Cuba lah satu persatu, ya sebab semuanya adalah cara yang praktikal yang telah saya sendiri buat sepanjang tempoh kehamilan sebelum sebelum ini.

 

Vitamin yang membantu mengurangkan rasa letih sewaktu mengandung

Mengapa ibu mengandung perlukan vitamin untuk mengurangkan rasa penat yang tak tertanggung sepanjang kehamilan?

Sebab, secara semulajadinya, badan ibu mengandung memang mudah terasa penat kerana nutrisi dan zat yang ada pada badan ibu telah dikongsi bersama sama si kecil dalam perut ibu yang hangat itu.

Apa khabar sayang dalam perut Mama tu? Berkembang dengan baik ye sayang, makan banyak banyak tau dalam perut Mama, tak sabar Mama nak jumpa awak yang comel ni

Jom lihat senarai vitamin yang perlu diambil untuk atasi masalah keletihan sewaktu mengandung :

  1. Minuman ESP Protein.

ESP ini mengandungi protein soya non gmo yang selamat. Ibu yang mengandung mesti berhati-hati dalam memilih makanan yang bukan gmo iaitu tiada genetically modified organism.

Kesan dari sumber yang mengandungi gmo ini akan mempengaruhi sel badan dan juga sistem dalaman badan juga turut terkesan dengan bahan ini.

Jadi, kita tak mahulah bayi yang sedang membesar ni terkesan dengan sumber gmo.

Disebabkan itulah minuman ESP ini menggunakan protein yang bukan diubah genetiknya dan sumber soya minuman ini sememangnya asli dan semulajadi.

Protein sangat penting untuk penjanaan tenaga badan.

Sebab itulah, bila kita minum ESP ni, badan akan jadi lebih bertenaga.

Selain itu, protein sangat penting untuk proses pembinaan sel. Oleh itu, proses pembentukan fetus dan perkembangan janin di dalam kandungan kita sangat memerlukan protein yang cukup dari badan ibu.

ESP ini juga membantu ibu untuk mengurangkan rasa pedih perut akibat kurang selera makan dan membantu ibu untuk rasa lebih kenyang.

Jika ibu tak berselera makan dan sakit perut, sudah tentulah masalah kepenatan ini semakin berlarutan dan menyebabkan kita bertambah sakit.

 

2. Vitamin B Kompleks

Vitamin b kompleks sangat penting untuk ibu mengandung yang tersangat penat sehingga memudaratkan kesihatannya.

B kompleks ini berfungsi untuk menggunakan gula di dalam badan untuk ditukar menjadi tenaga.

Jadi, bila si ibu makan b kompleks ini, ibu tersebut akan dapat rasa kesan segera dan cergas secara tiba tiba.

Bergantung pada keadaan ibu itu juga. Jika si ibu tak lalu untuk makan, kuranglah gula untuk ditukarkan menjadi tenaga.

Satu lagi kesan ketara b kopleks ini ialah, b kompleks membantu ibu mengandung mengurangkan rasa stress dan tertekan yang dihadapi.

Jika rasa agak tertekan, terus, telan b kmpleks tau.

Bagaikan makan pil penenang, tapi b kompleks ini sangat selamat tanpa ada kesan kimia yang berbahaya.

Istimewanya b kompleks Shaklee ini, ia turut mengandungi asid folik yang sangat diperlukan oleh bayi yang sedang mengalami proses pembentukan dalam rahim ibu.

Jika kurang asid folik, bayi yang dikandung berpotensi untuk mengalami kecacatan.

Jadi, memang berbaloi jika ibu mengandung mengamalkan vitamin b kompleks Shaklee ini.

 

3. Ostematrix

Ostematrix adalah gabungan kalsium bersama mineral lain yang sama terdapat pada tulang kita.

Sebab itulah, jika ibu ibu mengandung ini rasa sakit tulang, sakit badan, kekejangan otot dan sakit pinggang, bersegeralah mengambil ostematrix ini kerana ia mengandungi sumber mineral yang badan perlukan setiap hari.

Jika kita sakit badan, sakit pinggang dan mengalami kekejangan otot, ia mendorong kita untuk menjadi semakin letih dan penat.

Sebab?

Sebab kita tak berupaya untuk buat sesuatu kerja atau gerakan badan dengan lancar. Makin lama semakin sakit dan badan akan jadi lebih penat atas masalah kesihatan ini.

Selain itu, bayi dalam kansungan kita juga sangat memerlukan kalsium untuk pertumbuhan tulang dan gigi mereka. Mereka akan menyerap kalsium dari tulang dan darah ibu untuk membesar.

Ibu yang tidak cukup sumber kalsium akan rasa  semakin sakit dan stress. Ia menjadi punca ibu semakin letih bukan?

 

4. Peppermint Ginger Plus

 

Jika ibu mengandung tidak lalu makan dan sering berasa loya loya mulut dan tekak, solusi yang paling cepat adalah dengan mengambil peppermint gingerplus.

Berpunca dari keadaan loya inilah yang membuatkan kita semkin rasa penat kerana tiada sumber tenaga yang masuk ke dalam badan kita.

Bila kita makan peppermint ini, dua masalah dapat dibantu. Pertama, menghilangkan koya badan dan kedua, membantu menghilangkan angin dalam perut.

Dua masalah ini menjadi antara masalah terbesar kita semasa mengandung, kan?

 

5. Vitalea

Jika si ibu mengandung tak berselera nak makan, bolehlah ambil inisiatif makan apa sahaja makanan berkhasiat yang boleh ditelan dan lalu tekaknya.

Jika tidak, makin tidak bertenaga jadinya nanti, kan?

Dengan mengambil vitalea ini, ia membantu badan untuk mendapatkan nutrisi vitakmin yang lengkap seterusnya membantu si ibu dan bayi yang sedang membesar untuk mendapat nutrisi yang sangat diperlukan setiap hari.

Mudah, kan, satu tablet multivitamin ini mengandungi kesemua vitamin penting yang sangat diperlukan badan.

Selain itu, vitalea juga membantu ibu mengandung yang mengalami masalah hb rendah menaikkan semula bacaan hb darahnya sepanjang kehamilan.

Jika dibiarkan berlarutan, ia turut memberi kesan kepada kesihatan si ibu kerana sel darah merah ibu tidak mencukupi, ibu akan semakin penat dan kesihatan semakin terjejas.

Ibu juga berisiko mendapat tekanan darah tinggi dan bayi yang dikandung boleh berisiko untuk lahir tidak cukup bulan.

Jangan main main ya dengan masalah masalah yang dianggap kecil sewaktu mengandung ini.

 

6. Vitamin C

Semasa si ibu mengandung menghadapi masalah kepenatan yang melampau, rintangan badan si ibu menjadi semakin rendah.

Ibu mudah mendapat stress dan dihinggapi oenyakit.

Dengan mengambil Vitamin C Shaklee ini, vitamin ini membantu si ibu untuk meningkatkan keimunan badannya dan rintangan badan si ibu semakin kuat melawan serangan penyakit.

Vitamin C ini juga membantu si ibu untuk menyerap kolagen dengan baik, dan membantu kesihatan tulang ibu mengandung yang sering sakit kaki, lutut dan sendi.

Setelah masalah sakit sakit badan dikurangkan, masalah kepenatan akan dapat diatasi.

 

Cara mendapatkan vitamin ibu mengandung yang membantu masalah keletihan dan kepenatan

Ibu ibu bolehlah menghubungi saya, Ainul Malik di talian 016-3353567 atau whatsapp ke nombor ini untuk mendapatkan vitamin ini dengan cepat.

Saya akan bantu ibu ibu melalui servis konsultasi sepanjang anda mengambil vitamin ibu mengandung ini jika membeli dari saya tanpa meninggalkan anda.

Semoga semakin cergas dan masalah yang merunsingkan ini dapat diatasi dengan kadar yang segera.

Vitamin Ibu Mengandung :

Ainul Malik

Whatsapp : 016-3353567 @ www.wasap.my/60163353567

Pengedar Shaklee Sah

Kajang, Puncak Saujana, Prima Saujana, Saujana Impian

Diskaun 15% untuk keahlian berdaftar bersama saya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *