Bolehkah Ibu Yang Bersalin Secara Pembedahan Terus Menyusukan Anak Selepas Bersalin? Dilemma Normal Yang Terpaksa Dihadapi Ibu Baru

Oh, satu trauma bagi saya sendiri semasa anak pertama, terpaksa dibedah, dan selepas sedar dari pembedahan, saya nak susukan anak, tiada susu!

Memang sangat FRUST!

Pada masa itu, saya ingatkan, semua ibu yang mengalami proses melahirkan anak, tak kira secara normal mahupun dibedah boleh terus menyusukan anak, rupanya air susu tak keluar walau setitik pun! Sudahlah takpandai lagi nak pegang baby, rasa kesakitan pembedahan semakin lama semakin terasa akibat ubat bius pun semakin habis, tambah pula stress tak dapat menyusu, apa perlu saya buat, sebenarnya?

Sebab yang perlu ibu fahami mengapa mereka tidak dapat menyusukan anak secara terus sebaik sahaja lepas pembedahan berlangsung :

  1. Ibu kurang sedar akibat bius
  2. Ibu kurang bertenaga
  3. Rasa sakit pembedahan yang dirasai ibu
  4. Wayar drip dan wayar air kecil yang terpasang
  5. Ibu langsung tidak merangsang pengeluaran susu sebelum pembedahan/kelahiran berlangsung

Kelewatan penyusuan lebih dari sejam yang pertama menyebabkan ia boleh menjadi faktor penting kegagalan penyusuan susu ibu. 

Jadi, untuk kelahiran kedua yang lepas, saya telah banyak belajar semula, bertanya kepada yang pakar, adakah saya dapat mengatasi kegagalan penyusuan pada anak pertama jika saya terpaksa menjalani pembedahan yang kedua 🙁 sobs.

Alhamdulillah, setalah mengkaji dan mendapatkan doktor yang pro menyusu badan, saya dapat terus memeluk anak yang saya lahirkan secara pembedahan terus “skin to skin contact” semasa di bilik pembedahan lagi.

Ya Allah, mengalir deras air mata ini mengenangkan kisah ini. Lain perasaannya. Inilah perasaan ibu-ibu normal yang melahirkan anak yang dapat terus memegang anak mereka sejurus selepas kelahiran.

 

Apakah Langkah Yang Membolehkan Ibu Bersalin Secara Pembedahan Dapat Menyusui Bayi Mereka Sejurus Selepas Kelahiran?

Setiap Kesulitan pasti ada caranya, jangan berputus asa wahai ibu muda!
Setiap Kesulitan pasti ada caranya, jangan berputus asa wahai ibu muda!

 

  1. Pilih kaedah bius secara spinal (pilihan saya) ataupun epidural supaya kita dapat sedar sepenuhnya semasa bayi dilahirkan
  2. Minta pada Doktor untuk meletakkan terus bayi yang dilahirkan di atas dada kita semasa Doktor mengambil masa menjahit semula rahim dan perut selepas kelahiran (atau masa yang dipersetujui doktor tersebut).
  3. Belajar posisi penyusuan selepas pembedahan agar selesa dengan keadaan kita yang sedang menahan kesakitan pembedahan.
  4. Sebelum bersalin, buat ransangan-ransangan yang dapat membantu badan mengeluarkan susu, iaitu :
    • Mula membersihkan puting payudara dari habuk setiap kali mandi sejak kandungan 7 bulan lagi
    • Selalu mandi dengan air suam sambil mengurut-urut payudara dengan air suam tersebut
    • petua orang tua-tua, sikatkan payudara setiap kali selepas mandi dari kandungan 8 bulan
    • sentiasa berdoa agar direzekikan susu badan bermula dari selepas kelahiran anak itu
  5. Dekatkan mulut bayi secepat mungkin pada payudara untuk jangkamasa yang lama, walaupun payudara belum mengeluarkan susu sepenuhnya. Dengan izin Allah, sebenarnya titisan mutiara yang dipanggil kolustrum akan keluar yang mengandungi antibodi tinggi sebagai perlindungan kepada anak baru ini.

Ingat, jangan terus stress, bercakap pada diri; yang kita mampu menyusukan anak ini, dan bercakap pada bayi; untuk cepat belajar menyusu agar dapat merasa susu yang tersedap di dunia! 

Ya, memang tak nampak susu tu keluar, biar saja mulut bayi tadi merasa dan mengulum payudara kita sebagai ransangan dan semoga mesej dihantar agar badan dapat cepat mengeluarkan susu 🙂

Tips alternatif saya sebelum pembedahan :

Sebelum anda masuk ke bilik pembedahan, perlu diketahui bahawa anda akan berpuasa selama waktu yang doktor akan jelaskan. Makan makanan yang berkhasiat dan saya ambil peluang makan terus supplement seperti b kompleks, ostematrix dan ESP untuk membantu memberikan tenaga berpanjangan dan membantu penghasilan susu badan apabila stimulasi dijalankan nanti.

Alhamdulillah, tips ini memang menjadi untuk kelahiran kedua ini 🙂

Tiga sekawan yang sangat membantu saya untuk menjalani pembedahan dan menyusukan anak, dengan izin Allah :)
Tiga sekawan yang sangat membantu saya untuk menjalani pembedahan dan menyusukan anak, dengan izin Allah 🙂

Posisi Ibu Bersalin Secara Pembedahan Untuk Menyusukan Anak :

  1. Berbaring secara terlentang, bayi diletak di atas ibu ; sesuai untuk mengelakkan ibu pening atau muntah akibat bius yang tersisa
  2. Mengiringkan badan ke kanan mahupun ke kiri ke belakang, manakal lutus dibengkokkan dan disokong bantal
  3. Setelah beberapa hari, cuba menyusu sambil duduk dengan mengampu bayi di sisi ibu dengan bantal.
Bersalin Pembedahan
Jangan paksa diri, Jika sakit, ambil masa dan cari posisi yang memudahkan kita serta membolehkan bayi melekapkan mulut dengan baik

 

Boleh baca pengalaman saya di sini : http://healthierlife4uandme.blogspot.my/2014/10/rahsia-banyakkan-susu-ibu-dengan.html

Semoga perkongsian saya dapat membantu menaikkan semangat ibu-ibu muda, dan sebaiknya kongsikan artikel ini kepada mereka yang bakal menjalani pembedahan melahirkan anak untuk kali pertama.

Sesungguhnya setiap yang Allah aturkan ada hikmahnya. Jangan bersedih, ya!

 

Perkongsian dari hati;

Kak Ai SCB

Ibu yang pernah gagal menyusu anak pertama dan bangkit untuk mempertahankan hak anak seterusnya

Hubungi : 016-3353567

Pengedar Shaklee Kawasan Kajang, Bangi, Cheras

Pos ke seluruh Malaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *