Bahaya Stress Penyebab kepada 5 Jenis Masalah Kulit Muka Berpanjangan

Tekanan memberi kesan kepada keseluruhan sistem badan, termasuklah masalah kulit muka.

Bila stress, kulit muka terjejas, makin stress tak jadinya?

Selain daripada memberi kesan kepada emosi, kesan ke atas kulit muka adalah kesan yang sangat ketara kerana boleh dilihat terus secara fizikalnya. Bertambah sedih, kan?

Tekanan menyebabkan paras kortisol dalam darah meningkat. Kortisol adalah hormon yang berkaitan dengan stress yang banyak membantu sistem badan untuk menjalani proses yang baik. Namun begitu, jika paras kortisol ini berkurangan mahupun meningkat, ia menyebabkan banyak masalah timbul kepada kita.

5 jenis Masalah Kulit Muka ini berpunca dari kesan Tekanan Perasaan :

  1. Masalah kulit kusam

Kusam nya emosi penyebab kulit juga kusam yang sama

Tekanan menyebabkan nutrisi musnah dan aliran darah menjadi kurang beroksigen, yang menyebabkan kulot muka menjadi semakin kusam hari ke hari.

Paras hormon kortisol menjadi semakin meningkat yang mengurangkan proses regenerasi sel kulit. Oleh itu, ia juga menyebabkan kulit makin kusam kerana sel kulit kurang aktif membahagi dan menjalani proses regenerasi.

2. Masalah Kulit Kering

Tekanan menyebabkan kulit kita akan kehilangan keupayaan untuk mengekalkan air pada kulit dan menyebabkan kulit menjadi semakin kering dan kasar.

 

3. Masalah Jerawat

Hormon kortisol tadi yang dihasilkan dari kesan stress mengakibatkan pengeluaran minyak yang berlebihan di muka, yang akan menyebabkan kulit menjadi berminyak, penyumbang kepada masalah jerawat.

 

4. Masalah kedutan

Hormon kortisol juga mengakibatkan penghasilan kolagen terbantut, yang akhirnya menyebabkan kulit tidak lagi anjal, menjadi punca kehadiran garis halus dan kedutan di wajah.

 

5. Masalah mata membengkak

Stress menyebabkan kita kurang tidur. Ini akan menyebabkan bendalir dalam badan akan berkumpul di bawak kelopak mata dan menyebabkan mata membengkak atau eye bag. Ia juga menyebabkan penampilan kita terjejas, bukan?

 

Cara mengawal badan dari stress

Dapatkan rehat yang cukup

Mengapa kita stress, kita akan disuruh bertenang? Ya, duduklah, tarik nafas sedalam dalamnya dan bertenang. Dengan bertenang sambil mengamalkan teknik pernafasan yang betul, paras tekanan dalam badan boleh dikurangkan.

Pergilah bercuti atau buatlah perkara yang membahagiakan anda! Semoga ketenangan menyebabkan anda semakin lega dari stress.

Dapatkan tidur yang cukup

Tahukah anda, dengan mendapatkan tidur yang cukup, kulit kita akan dapat diperbaiki dari kerosakan, membantu kulit kita untuk lebih berseri dan memulihkan keseluruhan penampilan wajah menjadi lebih segar? Ya, masalah eye bag juga dapat di atasi.

Rujukan : http://sihatceriabahagia.com/manfaat-tidur-untuk-kecantikan-kulit/

Bersenam

Bersenam boleh mengurangkan stress. Aktiviti fizikal ini meningkatkan pengaliran darah ke setiap salur darah kulit muka kita. Salur darah ini akan membawa sekali nutrisi baik yang sangat diperlukan oleh kulit untuk menjadi lebih cantik. Kekurangan nutrisi di salur darah pada kulit wajah membuatkan wajah kita kelihatan kusam dan mulalah bermacam macam masalah kulit akan muncul.

Makan dan minum dengan baik

Mengambil makanan yang seimbang dan minum air dalam kuantiti yang banyak akan membantu badan sentiasa sihat, mengurangkan stress dan sentiasa cukup air di dalam badan kita. Pengambilan makanan yang tinggi dan kaya antioksidan akan menyokong proses pemulihan kerosakan kulit wajah.

Pilih produk penjagaan kulit yang betul

Pemulihan wajah dari kerosakan akibat kedutan, pigmentasi, kulit kusam dan jerawat boleh dibantu dengan pemilihan produk kulit wajah yang betul. Cucilah muka dengan pencuci muka tanpa sabun untuk tidak menambahkan kerosakan kulit muka supaya segala kekotoran dan minyak di muka dapat dihilangkan dengan berkesan. Dapatkan pencuci yang membantu juga menghilangkan sel kulit mati yang membuatkan kulit wajah semakin kusam. Pelembap seperti Youth Age Defense SPF 50 membantu mengekalkan kehalusan kulit wajah di samping melindungi kulit dari semakin rosak akibat sinaran UV dan pencemaran. Pilih serum yang selamat untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah. Masalah kedutan juga boleh dihilangkan dengan Youth Radiance C+E selain mengurangkan garis halus dan kedutan, ia membantu mencerahkan kulit.

Kurangkan tekanan, dan percayalah, anda akan lebih nampak cantik dan berseri dan jauh lebih muda dan berseri!

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *