Bagaimana Vitamin Yang Dimakan Diserap ke dalam Badan Kita?

Wahhh.. Seronok kan bila dapat tahu ambil vitamin hari ini kita dapat lihat kesan ketara pada diri sendiri? Yelah, itu saja tanda aras paling laju boleh dilihat, sebab kita tak tahu apa jadi sebenarnya yang berlaku dalam badan ni.

Bila ambil vitamin C yang cukup, tiba tiba ada perubahan yang berlaku pada kulit wajah kita, tiba tiba nampak cerah sekata je. Eh, betul ke ni?

Jadi, bila kita ambil vitamin ni dengan ilmu, sebenarnya, kita dah bantu badan kita untuk terima kesan yang lebih besar dari makan biasa biasa tanpa tahu apa apa. Sebabnya? Kita dah pilih vitamin yang betul, cara makan yang betul, kuantiti yang betul. Tak gitu?

Bagaimana nak tahu cara vitamin bertindak dalam badan?

Info pertama :

Yang pertama, kena kenalpasti jenis vitamin itu sendiri. Sama ada vitamin itu golongan :

  1. larut air ( Vitamin B, C)
  2. larut lemak (Vitamin A,D, E, K)

Info kedua :

Kemudian, biarlah kita tahu sikit sikit corak sistem penghadaman manusia ni, supaya terbayang lah sedikit gambarannya.

Oh, begini rupanya perjalanan vitamin yang kita telan tu.

Proses pencernaan bermula dari dalam mulut lagi.

Bila kita mengunyah makanan, air liur dah memecahkan proses pemecahan molekul makan untuk badan kita serap. Kalau vitamin tu kita telan, kita skip dulu ya langkah awal ini 🙂

Nampak esofagus tak dalam gambar di atas?

Ha, di sinilah karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan nutrisi lain akan mula dipecahkan oleh asid lemak. (Eh, nanti Kak Ai cerita kenapa kita ni asyik sakit perut gastrik je sebab asid ni).

Nutrisi itu kemudiannya turun melalui usus kecil (temgok gambar small intestine), kolon, rektum dan akhirnya anus, di mana najis dikeluarkan.

Bagaimana pula proses Vitamin ni diserap di dalam badan?

 

Proses penyerapan Vitamin bermula di usus kecil, seperti dalam gambar. Panjang tau usus kecil kita ni. Jadi, vitamin apa yang larut air?

Penyerapan Vitamin C di dalam badan

Ha, Vitamin C vitamin larut air ini akan mula diserap ke dalam usus kecil, bermula dari “jejunum”.

Saluran inilah yang membawa nutrisi vitamin C tadi melalui usus kecil dan diserap pula ke dalam salur darah untuk diangkut ke seluruh badan untuk bertindak dan berkerja.

Disebabkan Vitamin C dah larut air, nutrisi nya dah tak perlu dah pertolongan asid perut tu tadi untuk diserap. Keistimewaannya sebagai vitamin larut air lah menyebabkan ia mudah diserap, tetapi hati hati, ia pula mudah keluar cepat melalui air urin.

Sebab itulah Vitamin C ni ambil banyak mana pun, mudah juga hilang dari badan. Aduhai, kesian pula pada orang yang ambil dos vitamin C mega yang berbagai cara tu kan? Kecuali ada ambil vitamin bersama teknologi perlepasan masa, agak berbaloi lah vitamin itu untuk bertindak lama di dalam badan.

Bagaimana pula dengan vitamin b yang dikatakan membantu banyak untuk kecantikan dan vitamin penting ibu mengandung itu?

Vitamin B juga adalah vitamin larut air dan akan musnah setiap hari. Cara penyerapan nya pula berbeza dari vitamin C.

Vitamin B akan terikat pada protein dan memerlukan pula pemecahan protein yang dilakukan oleh asid dalam perut seperti yang telah saya ringkaskan sistem penghadaman di awal perkongsian di atas. Vitamin B mula diserap di bahagia “ileum” di usus kecil.

 

Penyerapan Vitamin Larut Lemak di dalam badan

Vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E, dan K perlu diserap ke dalam lemak dahulu sebelum nutrisi ini diserap ke dalam badan.

Proses pencernaan vitamin A,D, E, dan K memerlukan asid hempedu (bile acids) yang datang dari hati dan berada di usus kecil.

 

Apabila asid ini memecahkan lemak bersama vitamin tersebut, vitamin vitamin itu akan bergerak ke arah usu dan juga ke arah hati dan lemak lemak di bawah badan. Vitamin ini akan disimpan dan digunakan apabila badan memerlukannya.

Satu keistimewaan vitamin larut lemak ini adalah, mereka yang mempengaruhi perkembangan sistem di dalam badan.

Jangan ambil berlebihan dan jangan pula langsung dilupakan kerana bila sel kekurangan nutrisi inilah, macam macam bentuk kerosakan sel bakal berlaku.

Info kesan kekurangan vitamin di sini

Inilah serba sedikit pengenalan mengenai bagaimana vitamin diserap di dalam badan kita. Bila kita mula memahami sifat vitamin dan tindakannya, kita akan lebih menghargai tindakan kita mengapa kita ambil vitamin setiap hari.

Selamat menghadam ilmu untuk lebih sihat.

Kita sihat untuk apa?

Salam sayang,

Kak Ai SCB

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *