Bagaimana Nak Pastikan Vitamin Yang Dimakan Diserap Sepenuhnya Dalam Badan?

Bila kita makan vitamin, sudah tentu lah ada sebab pemula mengapa kita ambil vitamin tersebut.

Masing masing bersama tujuan sendiri, mengharapkan bila kita telan vitamin tersebut, ia dapat memberi kesan positif seperti yang diharapkan.

Proses penyerapan nutrisi yang berlaku dalam badan

 

Untuk memastikan kita mendapat kesan maksima dari vitamin yang diambil, jom ikuti 3 langkah mudah ini agar membantu nutrisi itu berinteraksi cepat dengan badan kita.

 

1.Pilih Vitamin Semulajadi

Menurut buku The Complete Idiot’s Guide to Vitamins and Minerals, Dr Alan H.P & Sheila B, (2007), sekiranya kita mengambil vitamin semulajadi, penyerapan nutrisi nya adalah lebih berganda di dalam badan berbanding vitamin sintetik.

Mengapa Vitamin Semulajadi lebih baik dipilih berbanding vitamin sintetik?

i. Kerana vitamin semulajadi datang dari sumber semulajadi yang bahannya lebih mudah diserap dan dikenalpasti oleh sel badan, berbanding bahan sintetik yang dihasilkan dalam tabung uji yang bahannya asing kepada sel badan.

ii. Vitamin semulajadi ini lebih selamat berbanding vitamin sintetik yang mempunyai bahan bahan tambahan di dalam kandungannya yang jika diambil berlebihan, membawa mudarat kepada kita untuk jangka masa yang panjang.

 

 

2. Buat Detoks

Fungsi detoks adalah untuk menyingkirkan toksin yang terkumpul dalam badan yang boleh mendatangkan kerosakan pada sel, organ badan dan seterusnya mendatangkan penyakit.

Apakah detoks.

Jika badan dibersihkan dari toksin, organ badan akan lebih sihat dan keupayaan untuk menjalankan fungsinya adalah lebih berkesan.

Jadi, bayangkan dengan keadaan kita ambil vitamin sebelum kita detoks berbanding dengan selepas detoks, manakah yang lebih berkesan?

Sudah tentulah selepas sel badan bersih, nutrisi vitamin dapat diserap dengan lebih efisyen lagi.

 

3. Ambil air yang banyak.

Masih ingat lagi proses bagaimana makanan dicerna di dalam badan kita? Prosesnya boleh dirujuk di sini. 

Apabila kita makan vitamin, nutrisi ini akan diserap ke dalam sel untuk menjalankan fungsi nya yang spesifik. Air memainkan peranan yang sangat penting untuk proses penyerapan nutrisi berlaku di dalam badan.

Jika air yang kita ambil setiap hari adalah sedikit, bermakna, proses penyerapan nutrisi pun terganggu.

Menurut sumber di atas juga, air sangat penting dalam proses detoks. Air diperlukan untuk mengangkut bahan buangan dan toksin keluar dari badan.

Jika badan kekurangan air, proses detoks juga terganggu. Sel badan tidak dapat dibersihkan dengan sepenuhnya.

Dan, apa akibatnya?

Kuranglah pula penyerapan nutrisi penting yang sangat kita perlukan tadi ke dalam sel badan.

Jadi, dah nampak kan, mengapa kita perlu minum banyak air setiap hari?

Ia bukan saja khusus untuk orang tertentu sahaja, tetapi pengambilan air yang banyak ini penting kepada semua, terutamanya mereka yang mahu sihat, kerana air ini adalah agen yang membantu banyak proses badan berfungsi dengan berkesan sekali.

Jadi, buat mereka yang ambil vitamin, sudah tentulah perlu ambil banyak air untuk membantu badan menyerap vitamin tadi dengan baik.

Hasil akhir, kita dapat segala manfaat yang kita mahukan dari vitamin yang kita makan dengan berbaloi.

 

Ketiga tiga cara ini adalah cara yang paling asas untuk membantu menyerap nutrisi penting dari vitamin yang kita makan.

Semoga ia memberi manfaat yang besar buat anda semua!

Gunakan ilmu untuk mendapatkan kesan maksima pengambilan vitamin.

Salam sayang dari sihatceriabahagia.com 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *