Apa itu Landmark Study? Kajian Pemakanan Supplemen Shaklee

Apa itu Landmark Study?

Literally, a landmark is a very noticable physical feature of the terrain. A landmark study is a important study, eg a report, that will be noticed and looked at by everyone else working in that particular field of endeavour.Nov 10, 2010

‘Landmark Study’? – English Forums

https://www.englishforums.com/English/LandmarkStudy/xlkrv/post.htm
Pasti anda ingin mendapatkan maksud Landmark Study yang tepat, bukan?
Landmark study ini dipanggil sebagai sebuah kajian unggul, iaitu kajian yang sangat penting, yang menjadi rujukan oleh golongan terlibat di dalam sesuatu bidang yang berkaitan.
 
Entri ini akan menerangkan Landmark Study untuk pengambilan makanan tambahan iaitu supplemen untuk kesihatan dan nutrisi badan.
Satu satunya syarikat produk makanan tambahan di dunia yang berani mengambil risiko untuk menerbitkan kajian landmark study ini adalah syarikat Shaklee.
Ini kerana :
Shaklee sangat menyokong gaya hidup sihat termasuk pemilihan makanan yang sihat, cara pengambilan supplement yang betul dan senaman yang teratur lebih dari 100 tahun.
Oleh itu, syarikat ini berusaha menerbitkan Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee, yang pertama seumpamanya untuk makanan tambahan di dunia ini, untuk menyokong pengambilan supllement jangka masa yang panjang dalam populasi pengguna yang unik.

Apakah Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee?

 

Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee merupakan kajian yang dijalankan secara bebas oleh : Universiti Berkeley di California, terhadap :

  • corak pengambilan
  • status kesihatan
  • status pemakanan nutrisi
  • tahap kesihatan pengguna yang menggunakan pelbagai jenis supplement untuk jangka masa panjang

Kajian data-silang ini diterbitkan di dalam Jurnal Nutrisi pada 24 oktober 2007 (http:11www.nutritionj.com/content/6/1/30)

Bagaimana Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee ini dijalankan?

  1. Dikendalikan oleh sekumpulan Saintis yang diketuai Dr Gladys Block, Ph.D dari UC-Berkeley, Fakulti Kesihatan Awam, Pakar Epidemiologi Nutrisi.
  2. Data sebanyak 602 orang dari gabungan keseluruhan dan 176 orang pengguna diambil dari NHANES (Kajian Pemeriksaan Nutrisi dan Kesihatan Kebangsaan).
  3. Data dari NHANES membandingkan 3 kumpulan golongan :
    1. Pengguna tidak mengambil supplemen
    2. Pengguna mengambil satu jenis suplemen
    3. Pengguna mengambil Shaklee untuk jangka masa panjang
  4. Maklumat diet, pengambilan suplemen, senaman dan status kesihatan telah diperoleh melalui kajiselidik secara atas talian dam pemeriksaan fizikal dijalankan terhadap 278 orang yang berumur lebih dari 20 tahun yang mengambil supplemen Shaklee untuk jangka masa panjang.
  5. UC Berkeley menyemak semua statistik, menganalisa semua darah dan menulis kajian dan mempunyai kawalan penuh terhadap keputusan yang diterbitkan.
  6. Shaklee hanya membiayai kajian ini dan tidak mempengaruhi keputusan yang diterbitkan kerana keputusan saintifik ini tidak hanya berpihak kepada Shaklee semata mata.
  7. Setelai selesai kajian, UC Berkeley menghubungi penerbit Shaklee dan perlu disemak oleh penilai bidang yang sama. Ini menjadi piawaian penting untuk semua ujikaji klinikal di mana para panel bebas mengakses data untuk memastikan ketepatan data.
  8. Jurnal ini berjaya diterbitkan di dalam Jurnal Nutrisi pada 2007.

Hasil Keputusan Landmark Study Shaklee iaitu Kajian Pemeknan Suplemen Shaklee

1. Tahap nutrien darah yang lebih baik

Tahap nutrien darah biasanya meningkat dengan peningkatan pengambilan suplemen.

Folat, Vitamin C, Alpha & Beta-karotena dan Vitamin E mempunyai tahap optimum yang konsisten dalam populasi pengguna yang mengambil pelbagai jenis suplemen.

 

2. Tahap Vitamin D dan Zat Besi yang selamat

Bagi jangka masa panjang, tahap Vitamin D dan zat besi bagi pengguna Shaklee untuk jangka masa panjang adalah selamat.

Kajian ini dilakukan kerana, pengambilan suplemen sintetik yang mengandungi nutrisi ini secara berlebihan boleh mendatangkan kesan sampingan. Syukurlah, tidak kepada vitamin semulajadi Shaklee.

 

3. Penanda aras utama Kesihatan Jantung yang lebih baik.

Para pengguna pelbagai supplement mempunyai bacaan yang lebih tinggi bagi kolesterol HDL dan bacaan rendah bagi triglieserida, di mana kedua-dua bacaan konsisten dengan risiko serangan jantung yang lebih rendah.

 

4. Risiko menghadapi penyakit lebih rendah

Secara amnya, risiko penyakit lebih rendah bagi kumpulan pengguna pelbagai supplement berbanding kumpulan pengguna satu jenis multivitamin dan pengguna yang tidak mengambil sebarang supplement.

Kajian ini menunjukkan bahawa pengguna pelbagai supplement mempunyai risiko yang lebih rendah terhadap :

  • tekanan darah
  • kencing manis
  • dan merasa kesihatan lebih baik dari sebelumnya.

 

Kesemua bahan dan material di dalam entri ini dilindungi oleh hakciopta dan tanda dagangan serta undang undang hak milik Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd.

Kesimpulannya,

dari kajian landmark study ini, didapati

  1. pengambilan suplement Shaklee untuk jangka masa panjang berkait dengan tahap nutrien penting dalam darah yang lebih baik.
  2. tiada kesan sampingan yang merbahayakan terhadap kesihatan pengguna
  3. pengguna pelbagai supplement untuk jangka masa panjang menunjukkan risiko yang lebih rendah dalam rekod kesihatan peribadi, termasuk risiko darah tinggi dan kencing manis, dibandingkan dengan pengguna sejenis suplement sahaja dan mereka yang tidak mengambil sebarang suplemen.

 

Pilihan yang bijak menentukan taraf kesihatan anda di hari depan!

 

Semoga bermanfaat.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *