5 Tips Tingkatkan Imuniti Anak; Peranan Ibu Bapa Yang Perlu Diambil Perhatian

Bayi anda selalu terdedah kepada masalah-masalah kesihatan terutamanya di kala cuaca berjerebu dan pencemaran alam sekeliling. Perkara ini sememangnya tidak dapat dielakkan. Biasanya tanda-tanda imuniti rendah adalah apabila mereka :

  • Demam
  • Batuk
  • Selsema
  • Cirit birit
  • Alami keradangan kulit

Si manja kita ini telah mempunyai pertahanan imuniti badan sejak lahir lagi, namun ia belumlah cukup matang dan akan terus diperkuat sehingga usia empat hingga lima tahun.

Bagaimanakah membantu si manja atau bayi kita tinggi imuniti badannya?

 

5 Tips Tingkatkan Imuniti Si Manja Tersayang

 

Tips Tingkat Imuniti Anak

 

1. Imunisasi

Vaccine
Pemvaksinan berjadual memastikan perlindungan kesihatan si manja

 

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyeru ibu bapa untuk memvaksinkan anak mereka atas alasan untuk meransang tindak balas imun badan terhadap antigen tertentu dalam badan anda. Ini membantu badan anak-anak kita mengeluarkan antibodi untuk menentang virus melawan jangkitan penyakit.

Sebenarnya, ia adalah satu langkah pencegahan sebelum sebarang penyakit berbahaya berleluasa yang boleh membawa maut.

 

2. Susu Ibu

breastfeeding
Susu ibu meningkatkan imuniti dan emosi positif si manja

 

Susu ibu dipanggil sebagai mutiara bercecair emas kerana ia sangat membantu menguatkan sistem keimunan bayi kita. Susu pertama, iaitu kolustrum, sangat kaya dengan antioksida dalam bentuk Vitamin E dan beta karotena yang melingdungi anak kita daripada serangan jangkitan yang berbahaya.

Susu ibu mengandungi pelbagai faktor perlindungan yang mengurangkan risiko cirit birit, jangkitan telinga dan jangkitan saluran pernafasan.

Ibu digalakkan memberikan susu ibu secara eksklusif kepada bayi mereka sepanjang enam bulan pertama dan jika mampu hendaklah diteruskan sehingga usianya 2 tahun.

 

3. Wujudkan persekitaran yang sihat dan bersih

keluarga-bahagia
Suasana yang bersih dan sihat meningkatkan ikatan kekeluargaan

 

Wujudkan persekitaran yang bersih di rumah, supaya anak tidak terdedah kepada bahaya habuk dan kekotoran tanpa sedar yang menimbulkan masalah alahan dan keradangan kulit, seterusnya boleh menyebabkan selsema mahupun batuk.

Elakkan dari mendedahkan anak-anak kepada asap rokok kerana ia mengandungi toksin yang boleh melemahkan sistem imun dan merosakkan sel-sel imun mereka yang masih belum matang. Kesian si manja anda 🙁

Tips untuk membantu para bapa berhenti merokok dengan cepat tanpa tertekan dikongsikan bersama di sini.

Bawalah anak-anak ke tempat riadah untuk melakukan aktiviti fizikal sekeluarga seperti senaman, berjoging, main di taman permainan, berbasikal atau bermain badminton untuk meningkatkan lagi keimunan badan dan menyihatkan badan.

Elakkan dari kerap membawa mereka ke tempat yang sesak dan tidak sihat yang mendedahkan mereka kepada jangkitan penyakit dan pencemaran.

 

4. Emosi yang Positif

Parents Painting Picture With Children At Home
Aktiviti kreatif sekeluarga meningkatkan IQ dan EQ anak-anak

 

Persekitaran yang serabut dan tekanan emosi mengurangkan keupayaan sistem imun untuk menentang penyakit . Emosi yang positif seperti kegembiraan boleh diwujudkan dengan aktiviti seperti membaca, mewarna, melukis, bermain bersama-sama, dan juga beriadah.

Rancang perjalanan hari anda bersama anak-anak, walaupun sedikit masa, tetapi biarlah setiap hari kita meluangkan masa berkualiti bersama mereka sepanjang proses pembesaran anak-anak tersayang.

 

5. Pemakanan yang seimbang.

Memasak dari hati melahirkan keluarga yang rapat ikatannya
Memasak dari hati melahirkan keluarga yang rapat ikatannya

 

Ibu dan bapa haruslah berusaha menyediakan makanan yang seimbang dan berzat untuk anak anda membesar dengan sihat dengan sistem pertahanan yang kuat.

Kajian menunjukkan, risiko penyakit berjangkit adalah lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang kekurangan zat makanan.

Piramid panduan Pemakanan membantu memberikan idea kepada ibu untuk menyediakan hidangan yang berkhasiat dan bernutrisi kepada anak dan keluarga anda 🙂

 

Di zaman moden ini, kebanyakan ibu bapa sangat sibuk untuk menyediakan segala keperluan ini kepada anak-anak tersayang. Tetapi ini bukanlah alasan untuk kita melepaskan tanggungjawab begitu sahaja, berbincaglah anda suami isteri untuk memberikan segala yang terbaik buat anak anda supaya mereka sentiasa sihat, ceria dan bahagia sepanjang proses pembesaran dan perkembangan mental dan fizikal mereka yang sihat!

Alternatif untuk mendapatkan nutrisi yang seimbang boleh rujuk di sini :

Idea Resepi Memilih 6 Jenis Makanan yang Terbaik untuk Anak, Situasi Ibu Menangani Anak Picky Eater

Idea untuk meningkatkan keimunan badan dengan cepat : Tips atasi Demam, Batuk, Selsema Anak-anak

 

Salam sayang dari saya,

Kak Ai SCB

016-3353567 whatsapp/sms

Pengedar vitamin semulajadi Shaklee kawasan Puncak Saujana Kajang dan sekitar, serta pos ke seluruh Malaysia 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *