5 Tips Meredakan Tekanan dan Meroyan Selepas Bersalin.

Assalamualaikum mommies semua 🙂

Apa khabar anda semua? Kak Ai doakan agar semuanya dapat menjalani tempoh berpantang anda dengan baik. Dah bertungku ke?

Waktu berpantang ni lah kita kena menjaga kesihatan dengan baik. Jaga waktu makan, jangan bagi masuk angin, nanti badan berangin, hati berasap, meroyan jadinya!

 

Berpantang moden dengan vitamin

 

8 Tanda-tanda ibu berpantang mengalami meroyan

Sindrom meroyan dapat dilihat bila mommies merasa perubahan seperti di bawah :
  1. sunyi
  2. gelisah
  3. tertekan
  4. suka nak marah
  5. kerap menangis tanpa sebab
  6. badan terlalu letih
  7. terperangkap
  8. rasa berputus asa dengan kehidupan

Faktor Penyebab Meroyan :

Apa yang menyebabkan ibu-ibu hamil meroyan? Anda dah ada tanda-tanda tertekan? Bertenang, dan fikir, apa yang menyebabkan saya meroyan?
  1. Saya tidak cukup kuat jaga anak yang baru dilahirkan?
  2. Saya tak cukup duit untuk tampung semuanya?
  3. Suami saya lepas tangan?
  4. Anak-anak terdahulu terlalu buas sampai saya pening?
  5. Ibu-bapa campur tangan?
  6. Ibu bapa atau suami terlalu mengongkong?
  7. Saya ada masalah perhubungan dengan suami?
  8. Saya letih dan tak pandai uruskan semuanya setiap hari?
Fikir dengan bertenang, dan senaraikan, mengapa anda begitu tertekan sehingga jadi meroyan.

Pengalaman Kak Ai sewaktu berpantang

Kak Ai juga pernah mengalami tekanan sewaktu berpantang, walaupun belum ke tahap meroyan.
Anak pertama Kak Ai ni, manja sangat-sangat. Jadi, bila dia ada adik baru, dan kami duduk di rumah ibu bapa saya, dia mula menunjukkan perangai, tiba-tiba memberontak dan jadi sangat nakal. Kebetulan, rumah ibu bapa Kak Ai jauh dari rumah, jadi, suami tidak dapat bersama-sama dengan kami setiap hari. Mungkin anak pertama Kak Ai itu rasa terasing, dia mula berperangai pelik.
Bagi Kak Ai yang belum mahir menguruskan dua anak pada masa itu lagi menyebabkan dengan perubahan sikap anak pertama, Kak Ai jadi sangat tension dan tertekan dan membuatkan Kak Ai selalu menangis dan berasa letih. Alhamdulillah, walaupun rasa sangat tertekan, tetapi semuanya masih dalam kawalan lagi. Jadi, akak sangat faham, bagaimana rasanya menjadi ibu yang mengalami tekanan semasa berpantang.

Cara Mengatasi Meroyan

Tekanan perasaan yang berlanjutan akan menyebabkan meroyan. Meroyan harus diatasi segera agar tidak berlanjutan. Jika anda rasa anda mengalami gangguan perasaan atau tidak senang hati semasa berpantang, jangan abaikan perasaan itu, terus bertindak untuk melepaskan tekanan tersebut agar tidak menjadi lebih serius.
Cara pertama : Luahkan pada orang yang anda percaya/terdekat (Terapi berbual)
Seperti Kak Ai, memang akak selalu mengadu pada suami, tentang perubahan sikap anak sulung tu. dari tak pandai menjerit, selalu menjeroit-jerit tanpa sebab.
Jadi, bila kita luahkan perasaan kita kepada orang yang terdekat, sekurang-kurangnya akan terlepas satu beban dari diri kita.
Jadi, peranan orang yang rapat dengan kita adalah, mendengar, dan memberi nasihat atau menenagkan perasaan ibu yang berpantang ini.
Ingat, jangan simpan-simpan, ok?
Cara kedua : Banyakkan berehat
Jauhi diri anda dari melakukan aktiviti yang memenatkan. Cuba minta pertolongan dari orang-orang terdekat atau jangan berkira untuk mengambil upah menggajikan sesiapa yang boleh membantu anda untuk membuat kerja rumah sewaktu anda berpantang.
Ini sangat penting, kerana, jika kita penat dan tertekan, kita akan cepat naik darah dan tekanan ini boleh menyebabkan meroyan secara tiba-tiba.
Cara ketiga : Bergaul dengan ibu-ibu lain.
Walaupun kita sedang berpantang, tidak salah jika kita menjalin hubungan dengan ibu-ibu di luar sana, yang paling mudah adalah melalui online. Ini kerana, hanya para ibu yang memahami situasi yang kita alami kerana semuanya berperasaan yang sama.
Oleh itu, kita dapat bertukar-tukar cerita dan pendapat. sekurang-kurangnya, dapatlah diea untuk menangani masalah yang kita hadapi ini. Inilah pentingnya jalinan silaturrahim dengan orang-orang yang berpositif, kerana kita akan turut terangsang untuk berada dalam situasi yang positif.
Cara keempat : Berpantang cara yang betul dan mengikut saranan tradisional.
Semasa berpantang, jagalah aturan pengambilan makanan, ikutlah saranan dan petua orang tua, dan bertungkulah secara teratur. Setiap hari jangan lupa mandi dengan mandian untuk mandian pantang kerana ramuannya sangat penting untuk kesihatan badan kita.
Jangan lupa menjaga badan dengan berbengkung, menyapu minyak panas, berstokin, dan berurut kerana semua amalan ini menjadikan badan kita kuat dan menghilangkan banyak angin dari badan. Jika banyak angin, kepala pun sakit, kita akan cepat naik marah.
Cara kelima : Mengambil antidepresi. (Ubat meredakan tekanan).
Bermacam-macam jenis antidepresi yang boleh diambil, tetapi, berjaga-jagalah kerana ubat-ubatan itu mengandungi bahan kimia yang sebenarnya tidak terlalu baik jika diambil selalu.
Antidepresi yang sangat berkesan kepada saya adalah;
Ya, kak Ai memang bergantung dengan kedua-dua supplement semulajadi ini, iaitu omegaguard dan b kompleks ini untuk mengurangkan tekanan perasaan saya ni.

Cara ambil antidepresi yang selamat untuk tekanan dan meroyan

B kompleks, Kak Ai ambil pada waktu pagi 2 biji kerana bila dimakan, akak akan terus rasa bertenaga dan ceria dalam menghadapi aktiviti harian berpantang saya.
Jika kita ada rasa nak marah pun, kita tidak akan rasa perasaan yang sangat-sangat berat untuk marah. Tambahan pula, bila ambil b kompleks, kita akan rasa bertenaga dan ia sangat membantu meringankan perasaan kita kerana badan sangat cergas bertenaga, wajah pun nampak ceria. B kompleks memang supplement yang terkenal dengan “beauty” juga, siapa ibu berpantang nak cantik, ambillah b komplek setiap hari!
Omegaguard ni memang popular dalam menenangkan perasaan. Kak Ai ambil dua biji pada waktu malam, dan akak akan tidur dengan tenangnya. paling best, omega ni membantu juga dalam menyeimbangkan paras hormon dalam badan, dan waktu tidur, ia akan bantu membakar lemak kita. Pejam celik pejam celik, insyaallah, kita akan dapat mengekalkan berat badan seperti sebelum mengandung, selepas berpantang ini. Best kan?
Seronok Kak Ai dapat kongsikan rahsia bagaimana untuk mengurangkan tekanan sewaktu berpantang saya. Memang ada kajian bertulis yang menunjukkan omega ini dapat mengurangkan tekanan berat yang dihadapi sesorang dan boleh merawat meroyan semasa dalam berpantang.
Gabungan Omegaguard dan B Kompleks Shaklee memang terbaik untuk mengatasi masalah meroyan dalam pantang selepas bersalin. Insyaallah, anda akan bertukar menjadi seorang yang ceria dan dapat berfikir secara rasional sewaktu berpantang.
Emosi ibu berpantang ceria, anak-anak pun mesti bahagia! Selepas tamat berpantang, suami balik kampung, terus terpesona dengan perubahan emosi dan penampilan anda!
confinement
Alhamdulillah, tiada lagi tekanan dan meroyan dalam tempoh berpantang anda!
Ikhlas,
Kak Ai SCB
016-3353567

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *