13 Tanda Perubahan Dalam Diri Ibu Mengandung Yang Mengganggu Diri Tanpa Anda Perasan?

Alhamdulillah, tahniah kerana anda telah disahkan mengandung 🙂 Mommies jangan lupa buat sujud syukur, ya! Namun, dalam kegembiraan menyambut kedatangan cahaya mata yang ditunggu-tunggu, ada mommies yang sedih sebab mereka mengalami beberapa kekeliruan dan perubahan pada diri yang buatkan mommies kurang selesa.

Pastikan kita sedar bahawa kesemua perubahan ini adalah disebabkan kehamilan ini, jadi, ia bersifat sementara, jangan sedih-sedih lagi, ok?

Sadpregnant

13 Tanda Perubahan Diri Ibu Mengandung Yang Patut Anda Sedari :

  1. Kulit Wajah
  2. Payu dara
  3. Kesan regangan pada kulit
  4. Kuat berpeluh
  5. Kekurangan Kalsium
  6. Tekanan darah
  7. Degupan jantung bertambah
  8. Keputihan
  9. Sukar bernafas
  10. Sakit semasa membuang air kecil
  11. Kaki bengkak
  12. Sukar tidur
  13. Sukar buang air besar

Ok, jom kita tengok semua perubahan-perubahan yang anda perlu ketahui ini, supaya mommies kurang tensionnya 😀

Perubahan Ibu Mengandung

 

1. Kulit wajah

Adakah anda terasa sesuatu yang berubah pada pipi, dahi dan hidung anda?

Lain mommies, lain masalahnya, ada yang jadi tompokan pada bahagian-bahagian muka ni, ada yang menggelupas, ada yang naik jerawat yang banyak pada dahi pula, betul tak?

Semua ini diakibatkan oleh hormon kita, jangan terlalu runsing, ya. Boleh dikurangkan dengan pengambilan air masak yang banyak dan perbanyakkan pengambilan Vitamin C dan protein untuk penampungan nutrisi yang kurang pada kulit wajah, insyaallah ia akan kembali pada asalnya nanti.

 

2. Payu Dara

Dari awal kehamilan, mommies akan mendapati bahawa payudaranya membesar setiap hari atau minggu, begitu juga dengan puting susu, bahagian aerola dan pundi-pundi susu juga boleh dirasakan membesar. Jika mommies perasan, warna pada bahagian-bahagian ini juga akan berubah.

Jadi, untuk membuatkan anda lebih selesa, jangan tangguh-tangguh untuk membeli pakaian dalam dan luar yang membuatkan anda lebih selesa. Kalau tak selesa, benda-benda sekecil ini pun boleh buatkan kita moody, kan?

 

3. Kesan Regangan Pada Kulit

Ya, perubahan yang perlu anda ketahui adalah, akan mula wujud kesan regangan pada payudara, perut dan peha yang seiring dengan pembesaran rahim di dalam perut kita untuk menampung baby itu 🙂

Tahukah anda bahawa apabila anda menggaru-garu kesan regangan pada perut kita yang mula kelihatan tu, ia akan membuatkan kesan itu menjadi parut kekal?

Bagi mengatasi masalah kegatalan akibat keregangan kulit ini, pastikan anda rajin menyapu perut dengan minyak zaitun, bahan pelembap yang selamat supaya toksinnya tidak meresap masuk ke dalam janin kita seperti krim selamat herbalblend dan Vitamin E yang selamat. Ia akan mengurangkan kegatalan kulit dan mencantikkan lagi tekstur kulit yang telah meregang itu.

 

4. Kuat Berpeluh

Bagi sesetengah mommies, suhu badan yang semakin meningkat akibat perubahan hormon menyebabkan kita senang mengeluarkan peluh.

Jadi, mommies perlu sentiasa mandi atau mengekalkan kebersihan diri agar masalah sampingan pada kulit boleh berlaku.

 

5.  Kekurangan Kalsium

Keperluan Kalsium menjadi semakin meningkat dalam badan ibu mengandung kerana kini, ia diperlukan oleh badan mommies sendiri dan bayi yang dikandung. Jika bayi kurang mendapat bekalan kalsium, bayi itu akan menyerap kalsium dari tulang dan gigi ibu.

Ini menyebabkan ibu mengalami simptom-simptom kekurangan kalsium seperti kekejangan kaki, kebas tulang, sakit pinggang, dan masalah kerosakan gigi. Sebaiknya mommies ambillah 1000mg Kalsium sehari supaya bekalan kalsium kepada diri sendiri dan bayi dapat dipenuhi.

 

6. Tekanan Darah

Biasanya, mommies akan mengalami perubahan pada tekanan darah semasa 14 minggu awal kehamilan dan menyebabkan serangan tekanan darah tinggi berlaku ketika usia kehamilan lima bulan ke atas.

Ia berlaku akibat dari badan yang tidak dapat mengadaptasi kepada perubahan dalaman sepanjang kehamilan ini. Ibu perlulah mendapatkan nasihat doktor jika mengalami masalah ini.

 

7. Degupan jantung bertambah

Semasa hamil, jantung akan bekerja lebih dengan mengepam tujuh liter darah berbanding biasa, lima liter darah sahaja. Jika mommies mengalami kesukaran dengan adanya simptom yang kurang menyenangkan, bersegeralah berjumpa dengan doktor.

 

8. Keputihan 

Disebabkan perubahan hormon ini, kadangkala mommies akan mengalami keputihan semasa kehamilan. Namun begitu, jika keputihan ini memudaratkan sehingga menyebabkan kegatalan dan kesukaran yang lain, mommies perlu mendapatkan rawatan segera takut berlaku jangkitan.

 

9. Sukar Bernafas

Disebabkan perut semakin membesar, mommies akan mengalami sebu dan pedih ulu hati. Tulang rangka turut membesar ke hadapan setiap kali bernafas. Kadar udara dihembus dan disedut semakin meningkat. Kesemua perkara ini menyebabkan kesukaran bernafas dan mommies harus banyakkan bersabar kerana semakin hari, kandungan akan membesar dan perkara ini akan berakhir setelah bayi dilahirkan.

 

10. Sakit Ketika Membuang Air Kecil

Kali ini, buah pinggang terpaksa mengendalikan bahan buangan mommies dan bayi. Apabila naik ke trimester kedua, buah pinggang terpaksa menapis lebih 50 peratus darah dari jumlah biasa. Kesan daripada perubahan fizikal ini, mommies akan mengalami sekiti kesukaran membuang air kecil.

 

11. Kaki Bengkak

Mommies akan mengalami bengkak kaki semasa kehamilan disebabkan badan menyimpan lebihan cecair dari biasa. Ia akan menjadi lebih serius jika berdiri terlalu lama, banyak berjalan mahupun disebabkan tekanan darah tinggi.

Mommies haruslah mengurangkan pengambilan garam dalam makanan, banyakkan berehat dan mengalas kaki dengan bantal ketika duduk mahupun tidur.

 

12. Sukar Tidur

Disebabkan perubahan fizikal mommies, kita akan mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam. Ia juga berkaitan dengan masalah-masalah yang telah dibincangkan di atas. Jika mommies kurang selesa untuk tidur berbaring, mommies boleh mencuba untuk tidur dalam keadaan kepala yang tinggi ataupun tidur di atas kerusi malas yang lebih menyelesakan.

 

13. Sukar Membuang Air Besar

Semasa kehamilan, terdapat tekanan yang dikenankan ke atas usus. Selain itu, hormon progesteron dari kehamilan ini menyebabkan najis menjadi lebih keras. Mommies akan mengalami sembelit dan keadaan ini boleh diatasi dengan pengambilan Kalsium magnesium yang cukup yang dapat melembutkan najis, makan lebih serat dari sayuran dan buah-buahan.

 

Semoga mommies menghargai setiap masa yang dilalui sepanjang kehamilan. Jika mengalami sebarang masalah, segeralah berbincang dengan suami dan jika ianya berlarutan dapatkan rawatan segera dari doktor, kerana kita berhak mendapatkan kesihatan yang baik dan terjamin sepanjang mengandungkan cahayamata dambaan hati pasangan yang berkahwin untuk menyambungkan zuriat mereka tanda kasih sayang berpanjangan 🙂

Terdapat banyak tips tips berguna di dalam video yang didedikasikan khas buat ibu ibu mengandung, semoga membantu.

 

Juga boleh klik link di bawah untuk :

Dapatkan Rahsia Kekal Cergas Semasa Mengandung di sini 🙂

 

Sharing is loving!

 

Kak Ai SCB

0163353567

Pengedar Vitamin Semulajadi untuk kesihatan yang optima 🙂

 

0 thoughts on “13 Tanda Perubahan Dalam Diri Ibu Mengandung Yang Mengganggu Diri Tanpa Anda Perasan?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *