13 Cara Diet Untuk Menentang Kanser

Nak makan burger tak boleh, nak makan steak pun tak boleh, ayam goreng kat rumah pun tak boleh? Semua tak boleh? Apa yang boleh saya makan ni?

Entri sebelum ini, pernah menyenaraikan 12 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Kanser dan harus dielakkan oleh pesakit kanser apatah lagi orang yang tidak mahu badannya diserang sel kanser.

Ini adalah satu proses pencegahan, kerana salah satu faktor penyumbang kepada penyakit kanser datangnya dari diet pemakanan kita sendiri yang tidak sihat.

Nah, kali ini kita lihat pula diet sihat dan cara mencorakkan pemakanan anda untuk menentang kanser.

Pilihlah makanan dengan betul demi kesihatan anda
Pilihlah makanan dengan betul demi kesihatan anda

Saranan Perancangan Pemakanan untuk Menentang Kanser.

 

1. Makan ayam yang dibuang kulitnya.

2. Makan banyak sayur-sayuran hijau yang pastinya ada banyak jenisnya.

3. Makan sekurang-kurangnya tiga hidangan ikan air sejuk, seperti salmon, tuna, tenggiri dan kod keranan ikan-ikan ini mengandungi asid lemak omega-3.

4. Makan fiber daripada sayur, buah-buahan, kacang dan bijirin lengkap.

5. Makan protein soya yang tidak terubahsuai.

6. Masukkan ke dalam diet kulat yang selamat seperto “maitake” dan “Shiitake”.

7. Lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan segar, bijiran, legum dan kekacang yang sehampir dengan keadaaan semulajadinya. Makanan ini mengandungi fitokimia yang bertindak sebagai antioksidan, seperti karotenoid dan flavonoid yang beri perlindungan daripada kerosakan selular dan menyekat pertumbuhan kanser.

8. Makan bawang yang mengandungi alium, seperti bawang putih, bawang merah, kucai dan daun bawang.

9. Banyakkan minum air kosong yang bersih dan ditapis.

10. Makan hidangan yang kecil tetapi kerap untuk membantu menstabilkan paras gula dalam darah dan mengurangkan pengeluaran hormon insulin besar-besaran.

11. Elakkan makanan yang tahan lama, tidak mahu mereput atau bertunas. Makanan ini tidak akan menyuburkan badan kita

12. Kurangkan minum minuman yang bergula.

13. Pilih makanan dengan bijak bila berada di luar rumah. Utamakan makanan yang dimasak dalam sup, kukus, atau dipanggang.

Makanan Sihat

 

Sememangnya, jika kita menjaga pemakanan dan diet kita seharian kita, sel-sel badan pun sentiasa sihat dan kurang terdedah kepada bahaya penyakit. Penyakit datang jika sistem imun kita rendah dan sel terdedah kepada radikal bebas.

Jika anda ingin bebas daripada kanser, anda haruslah mengekalkan sistem imun badan dalam keadaan nutrisi yang optima.

 

Jom sihat bersama-sama!

MAKANAN YANG MENYUMBANG KEPADA RESVERATROL TINGGI DI DALAM VIVIX
MAKANAN YANG MENYUMBANG KEPADA RESVERATROL TINGGI DI DALAM VIVIX

Berjuang untuk hidup yang sihat;

Kak Ai SCB

Pengedar Shaklee Kajang, Bangi, Cheras

016-3353567

Vivix Supplement Anticancer yang dicadangkan untuk kesihatan yang OPTIMA

0 thoughts on “13 Cara Diet Untuk Menentang Kanser”

  1. Pingback: 12 Makanan Yang Perlu Dielakkan oleh Pesakit Kanser | Sihat Cerita Bahagia

  2. Pingback: 10 Gaya Hidup untuk Menentang Kanser | Sihat Cerita Bahagia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *