12 Makanan Yang Perlu Dielakkan oleh Pesakit Kanser

Bila lapar? Makanlah!

Tetapi.. Perlu berjaga-jaga, makanlah makanan yang sihat, kerana…

Makan makanan yang tidak terkawal memang menjadi penyebab kepada berlakunya penyakit kanser di dalam badan kita. Tambahan pula, makanan yang menyelerakan adalah makanan yang tinggi lemaknya! Berhati-hati dengan corak pemakanan masa kini kerana ia mengundang sel kanser untuk merebak di dalam badan kita. Jom kita lihat apakah 12 makanan yang perlu dijauhi oleh pesakit kanser, mahupun mereka yang ingin mengelakkan kanser.

 

Jauhi 12 makanan ini untuk menentang kanser
Jauhi 12 makanan ini untuk menentang kanser

Elakkan 12 Jenis Makanan Penyebab Kanser :

 

1. Elakkan pengambilan daging merah yang berlebihan!

  • Maksima pengambilan daging merah yang boleh diambil adalah 80gm sehari. Jadikan ia sebagai hidangan sampingan, bukan hidangan utama, ya!

 

2. Kulit ayam atau itik.

  • Elakkan dari kerap makan kulit ayam atau itik yang sememangnya diberikan antibiotik dan hormon-hormon yang merangsang pertumbuhan.
  • Alternatifnya? Carilah ayam kampung mahupun ayam organik. Dan sebaiknya, buanglah kulit ayam ini sebelum memasak makanan kegemaran anda.

 

3. Organ dalaman seperti hati, ginjal, otak dan lain-lain.

 

4. Produk tenusu yang tinggi lemak.

 

5. Elakkan selalu mengambil daging dan ikan panggang, goreng-gorengan, barbeku mahupun disalai.

  • Jangan makan makanan yang hangus mahupun berminyak. Alternatif, membakar atau memanggang di dalam ketuhar adalah leboh selamat.

 

6. Makanan yang tinggi lemak tepu.

  • Berhati-hati ya kerana lemak tepu binatang menggalakkan kanser ovari dan payu dara.

Makanan tinggi lemak tepu

 

7. Makanan yang mengandungi perisan, pewarna dan bahan pengawet seperti ikan masin, cencaluk, belacan, buah-buahan jeruk, makanan yang diawet dan makanan yang diproses dan ditinkan.

 

8. Kurangkan pengambilan kicap, garam tersembunyi di dalam makanan dan MSG.

 

9. Pemanis kimia, seperti sakarin dan siklamat.

 

10. Elakkan makan makanan yang berkulat.

 

11. Mengelakkan makanan tinggi gula.

  • Menurut Dr Quiliin dalam bukunya yang bertajuk “Beating Cancer with Nutrition”, pesakit kanser yang memakan diet yang sentiasa meningkatkan glukosa dalam darah ibarat mencuba memadamkan api yang marak membakar hutan, dan pada masa yang sama ada orang yang mencurahkan petrol ke atas pokok-pkok itu.

 

12. Produk-produk komersial yang mengandungi asid lemak trans (minyak yang dihodrogenkan atau seperuh hodrogen), marjerin dan minyak masak dan sebagainya.

 

Ya, memang difikir-fikirkan kesemua 12 jenis makanan ini adalah trend dan diet pemakanan moden masa kini yang menyebabkan tiada lagi makanan yang boleh kita makan pada masa sekarang.

Bersederhanalah dalam makan makanan yang enak setiap masa dan mulai hari ini boleh merancang dan bertukar kepada makanan yang berkhasiat dan corak pemakanan yang lebih selamat.

Kita ikuti sambungan kepada entri seterusnya iaitu 13 cara diet untuk mencegah kanser.

* Entri ini dirujuk dari penulisan Dr Bruce Miller, Pakar Nutrisi yang menjadi Pengarah Penyelidikan Nutrisi Amerika.

CANCER

Semoga memberi manfaat buat anda!

 

Berjuang untuk hidup yang sihat;

Kak Ai SCB

Pengedar Shaklee Kajang, Bangi, Cheras

016-3353567

Vivix Supplement Anticancer yang dicadangkan untuk kesihatan yang OPTIMA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *