10 Gaya Hidup untuk Menentang Kanser

Sebelum ini, saya telah memberikan 13 diet untuk menentang kanser, kali ini kita lihat pula 10 gaya hidup untuk menentang kanser. Gaya hidup kita juga mempengaruhi sel kanser untuk aktif di dalam badan, oleh itu mari kita nilai satu persatu amalan gaya hidup sihat yang membantu mengurangkan risiko kanser.

 

Amalkan gaya hidup sihat untuk mencegah kanser dari berleluasa
Amalkan gaya hidup sihat untuk mencegah kanser dari berleluasa

Checklist 10 gaya hidup yang mengurangkan risiko kanser :

 

1. Mewujudkan suasana hidup yang ceria

  • Selalu rasa letih? Tidak bermaya? Resah? Tegang? Risau?
  • Berjaga-jagalah dengan semua tanda-tanda ini kerana ia akan melemahkan sistem imun anda.
  • Ubah gaya hidup dengan mengurangkan tekanan dengan banyakkan berehat, menguruskan tekanan dengan bijak dan mengamalkan amalan-amalan yang menyucikan hati untuk kekal tenang dan gembira.
  • Rujuk : Cara Menghilangkan Stress dan Tekanan dengan berkesan di sini.

 

2. Pendedahan terhadap bahan kimia dan karsinogen berbahaya.

Adakah anda tahu setinggi mana kah bahayanya alat solek yang digunakan setiap hari?
Adakah anda tahu setinggi mana kah bahayanya alat solek yang digunakan setiap hari?
  • Cuba kurangkan pendedahan diri kepada asap rokok, asap kilang, asap kenderaan, racun serangga dan sebagainya yang berbahaya
  • Elakkan dari menggunakan alatan solek yang berlebihan dan penyembur rambut berkimia.
  • Mengelakkan dari menggunakan pencuci secara berlebihan.

 

3. Tidak memanaskan makanan dalam bekas plastik

Cek bekas plastik makanan yang anda gunakan sebelum memanaskan di dalam microwave
Cek bekas plastik makanan yang anda gunakan sebelum memanaskan di dalam microwave

 

4. Elakkan minum alkohol, kerana ia dikaitkan dengan kanser kerongkong, mulut, halkum, esofagus, pundi kencing, payu dara dan hati.

 

5. Tidak merokok.

  • Bagi pengguna sekunder sekeliling perokok, elakkan menyedut asap rokok dari orang yang merokok.

 

6. Menyusukan bayi dengan susu badan.

Menyusukan bayi sendiri adalah pengalaman yang sangat yang sangat indah!

  • Penyusuan bayi dengan susu ibu mengurangkan risiko kanser payu dara, dan kanser ovari bagi wanita premenopous.

 

7. Mengelakkan diri dari pendedahan berlebihan kepada matahari.

  • Sinar UV berlebihan boleh mengakibatkan kanser kulit.
Memakai pelindung UV adalah penting bagi anda yang banyak terdedah di bawah cahaya matahari sepanjang hari
Memakai pelindung UV adalah penting bagi anda yang banyak terdedah di bawah cahaya matahari sepanjang hari

 

8. Mengamalkan pemeriksaan mamogram untuk payu dara bagi wanita apabila anda telah mencecah 30 tahun.

Mammogram penting untuk wanita

 

9. Mengamalkan ujian pap smear untuk pengesanan kanser serviks bagi wanita.

Papsmear

 

10. Sentiasa bersenam untuk aktif bertenaga dan mendapatkan kesihatan yang optima.

  • Senaman membantu :
    • menurunkan paras estrogen yang tinggi bagi wanita yang meningkatkan risiko barah payudara.
    • Membekalkan sel dengan oksigen yang mencukupi, kerana sel-sel kanser tidak akan berkembang di persekitaran yang tinggi oksigen
    • Menstabilkan paras gula dalam darah, menghalang sel kanser dari membiak dengan cepat
    • Mempercepatkan penyingkiran sisa buangan untuk mengurangkan risiko kanser kolon dan rektum
    • Menurunkan tekanan perasaan
    • Menghilangkan produk-produk merbahaya seperti estrogen dan asid urik
    • Membakar tisu-tisu berlemak yang membahayakan kesihatan.

Senaman penting dalam pencegahan kanser

 

Semoga perkongsian ini memberi idea kepada anda semua untuk memanfaatkannya ke dalam kehidupan. Dengan menukar gaya hidup kepada gaya hidup yang sihat, risiko terpelihara dari sebarang penyakit berkurangan.

 

Hidup hanya sekali, jangan sia-siakan hidup anda dengan kenikmatan yang membawa padah pada anda!

 

Salam sayang dari saya,

Kak Ai SCB

0163353567

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *