10 Amalan Ibu Berpantang Yang Terbaik Membantu Menambahkan Susu Badan

Alhamdulillah, waktu yang terindah selepas kelahiran anak yang tersayang adalah waktu berpantang! Mengapa Allah berikan waktu berpantang kepada ibu dan bayinya?

Ha, selain waktu berpantang membantu ibu untuk memulihkan diri, istimewanya waktu berpantang ini adalah waktu tempoh perkenalan ibu dan bayinya! Special, kan kita? Ada masa berkenalmesra dan memahami antara satu sama lain, yang menjadikan hubungan kita dan anak-anak kita istimewa dan unik!

Bagi ibu-ibu yang berkerja, waktu berpantanglah adalah waktu yang paling sesuai mengumpul stok susu untuk digunakan sewaktu dah mula bekerja nanti. Jika tidak, anda akan menyesal dengan susu yang mengalir-ngalir keluar sewaktu berpantang tu! Sewaktu dah masuk bekerja nanti, setiap titisan mutiara itu sangat-sangat bernilai harganya nanti! Ha, bagi mereka yang dah berpengalaman, sudah pasti bersetuju sangat, kan? Yang belum pernah mengalaminya dan ini pengalaman pertama anda, percayalah cakap saya yang anda akan rindukan susu yang melimpah ruah sewaktu berpantang itu 🙂

Jadi, bagi anda yang mempunyai masalah susu dan ingin menambahkan susu badan sewaktu berpantang lagi, tahniah kerana anda mempunyai kesedaran awal untuk bertindak dengan sangat pantas untuk kepentingan anak tersayang.

 

10 Amalan Ibu Berpantang yang Penting Untuk Menambahkan Susu Badan

 

RAHSIA DAN AMALAN IBU BERPANTANG BANYAKKAN SUSU

 

1. Minum susu

Pada waktu berpantang, sebenarnya sila elakkan mengambil minuman yang tinggi cafein seperti kopi mahupun teh. Ini kerana, pertama minuman berkafein ini menghalang penyerapan nutrisi ke dalam badan dan ini mengganggu dalam proses penyembuhan luka dengan cepat akibat tiada penyerapan berkesan dari vitamin yang diberikan oleh doktor selepas keluar dari hospital.

Rugi, kan? Jadi sebenarnya, tidak ramai yang memilih minum susu semasa berpantang. Untuk menghasilkan susu, anda perlu minum susu!

Ya, itulah fakta yang perlu anda ketahui bahawa semasa berpantang, anda harus mengambil susu kerana ia tinggi dengan kalsium dan protein yang membantu badan anda cepat sembuh dari luka dan pemulihan otot-otot badan dan rahim, selain BONUS yang anda dapat, iaitu dapat memperbanyakkan susu badan!

* Klik link ini untuk Kepentingan Kalsium buat ibu menyusu

Untuk menghasilkan susu yang banyak, kita harus minum susu :)
Untuk menghasilkan susu yang banyak, kita harus minum susu 🙂

2. Banyakkan minum air panas kosong

Semasa berpantang juga ramai mommies yang takut untuk minum banyak air. Ya, harus jaga juga tu takut kembang urat, kan?

Jadi, mesti ada tips dan trick untuk banyak minum air kosong! Air kosong ini sangat penting untuk penyerapan nutrisi ke dalam sel badan untuk proses penyembuhan luka, penghasilan hormon dalam badan, pengaliran darah, pembuangan sisa dan keseimbangan dalam badan.

Nak cepat kurus semasa berpantang? Sangatlah perlu minum air yang banyak kerana air adalah agen pembakar lemak yang sangat bagus!

Nak hasilkan susu dengan banyak? Sangatlah wajib minum banyak air, sebab selama ini kita minum untuk segala proses untuk dalaman diri sendiri, tetapi kini badan kita bertanggungjawab pula untuk menghasilkan cukup susu untuk bayi kita! (Bayangkan sehari perlu bancuh susu berapa auns, sebanyak itulah kita perlu minum untuk membekalkan susu yang cukup kepada anak tersayang.

Cara minum air kosong semasa berpantang :

  1. Minum air panas kosong
  2. Minum sikit-sikit separuh gelas untuk setiap 15minit hingga 30 minit.
  3. Sukat pengambilan air dengan menyediakan satu botol minuman khas yang bersenggat supaya kita tahu jumlah air yang telah diminum seharian. Contohnya 4 liter air dalam sehari, anda perlu minum 2 kali botol minum 2 liter.

Ingat ya, jangan minum sekaligus dalam kuantiti yang banyak! Cuma ingat perumpamaan ini saja, bagaimanakah sekiranya anda terus menyiram sepasu pokok yang kecil dengan kuantiti air yang terlalu banyak dalam satu masa? Air akan keluar membazir begitu sahaja, kan? Begitulah juga kita! Terus jadi kembang urat, perut buncit dan kerap membuang air kecil kerana lebihan air tidak diserap oleh sel-sel badan dalam masa itu.

 

Minum air terlalu ban yak dalam satu masa, ibarat menyiram pokok dengan lebihan air menyebabkan air melimpah keluar dari pasu tersebut
Minum air terlalu ban yak dalam satu masa, ibarat menyiram pokok dengan lebihan air menyebabkan air melimpah keluar dari pasu tersebut

 

3. Kerapkan “direct feeding” untuk tingkatkan stimulasi penghasilan susu

Ibu berpantang haruslah kerap memberikan direct feeding setiap 2jam sekali supaya meningkatkan stimulasi badan untuk penghasilan susu dengan banyaknya.

Berdasarkan “supply on demand” sekiranya mulut bayi kerap dibawakan dekat kepada puting susu ibunya, ia merangsang bayi untuk belajar melekap dengan betul secara tak langsung menghantar isyarat kepada badan ibu untuk menghasilkan banyak susu ketika itu.

Indah kan direct feeding bersama bayi? Kita masih boleh menyusukan anak dengan menjaga aurat sepenuhnya :)
Indah kan direct feeding bersama bayi? Kita masih boleh menyusukan anak dengan menjaga aurat sepenuhnya 🙂

 

4. Lakukan penyusuan direct sebelah payudara, dan mengepam sebelah lagi

Wah, pernah dengar tips ini? Ha, jangan main-main! Saya dah cuba petua ini dan alhamdulillah, tips ini memang membantu anda untuk mendapatkan susu badan dengan banyaknya!

Caranya, semasa kita sedang direct feed bayi untuk sebelah payudara, pam lah susu untuk payudara di sebelah lagi. Ini dapat meningkatkan jumlah pengeluaran susu dengan sangat banyak, insyaallah. Tetapi berilah masa kepada badan untuk menyesuaikan diri, biarkan dalam jangka masa 20 minit hingga setengah jam mengepam sambil direct feed ini.

BONUS yang anda dapat adalah, stok susu untuk bekerja nanti! Tips ini sangat-sangat membantu para ibu yang mengalami tidak cukup susu badan, cubalah 🙂

 

Cubalah untuk menyusukan anak sambil mengepam, kerana stimulasi ini akan menambahkan lagi pengeluaran susu di dalam badan
Cubalah untuk menyusukan anak sambil mengepam, kerana stimulasi ini akan menambahkan lagi pengeluaran susu di dalam badan

 

 

5. Sudahi penyusuan direct feeding dengan mengepam

Ya, ini juga tips yang mahal untuk semua ibu-ibu yang mengalami masalah penyusuan! Setelah menyusukan anak secara direct feed, terus pam pula payudara anda itu selama 10 minit untuk memastikan bahawa payudara telah dikosongkan untuk penghasilan susu yang baru selepas itu.

Jika tidak dilakukan tips ini, payudara anda tidak dikosongkan sepenuhnya dan kurang susu dihasilkan pada payudara tersebut.

 

6. Makan sup yang berherba

Sup yang panas, terutamanya sup ayam kampung yang berherba membantu memperbanyakkan susu badan dengan banyaknya! Ini kerana, sumber protein disumbangkan oleh ayam tadi untuk menghasilkan susu dan herba-herba itu pula memperbanyakkan susu dan sup juga menjadi sumber bendalir yang masuk ke dalam badan untuk proses penghasilan susu.

Jadi, kerapkan mengambil sup panas semasa menyusukan anak, ya!

 

7. Mandi air panas dan rajin bertuam payudara dan belakang badan.

Amalan ini banyak membantu dalam menenangkan badan dan membantu menyegarkan badan si ibu. Dengan perasaan yang tenang tadi, amalan mandi air panas dan bertuam juga membantu melancarkan pengaliran darah dan susu di dalam badan. Begitu juga dengan amalan bertungku, ia juga membantu dalam tujuan yang sama, sambil dapat mengeluarkan angin dari badan, sangat segar, bukan?

 

8. Berurut badan dan payudara

Amalan berurut seleruh badan dan difokuskan pada bahagian payudara juga membantu dalam pengaliran darah yang lancar dan membantu badan menghasilkan susu dengan banyak. Payudara akan menegang, dan ibu-ibu akan terasa seperti payudara sudah memberat dan insyaallah, susu akan keluar dengan banyaknya selepas urutan sebegini kerap dilakukan.

9. Mula mengepam susu dengan berjadual.

Selain dari mengepam sekali sekala semasa tempoh berpantang, ibu-ibu boleh mula merancang untuk mengepam susu secara berkala bermula dari minggu ketiga kelahiran, kerana susu yang dihasilkan dalam tempoh ini adalah susu yang telah matang.

Cara memerah untuk tempoh berpantang boleh mengikut cara yang diberikan di atas, iaitu mengepam sambil menyusukan, dan juga stok boleh disimpan untuk susu yang dipam selepas direct feeding. Jika bayi anda masih lagi kekenyangan dalam masa 2 jam itu juga, ibu boleh menggantikan sesi direct feeding tadi untuk jangkamasa setiap 2jam sehari.

Stok susu sudah boleh mula disimpan pada tempoh ini dan ianya tahan untuk disimpan selama 3 bulan jika disimpan di bahagian atas peti sejuk beku. Jika anda mempunyai deep freezer, beruntunglah anda kerana susu itu tahan selama 6 bulan!

Jangan lupa untuk menulis tarikh bila susu diperah supaya anda dapat menggunakan susu yang lama dahulu berbanding susu yang baru diperah kepada bayi anda semasa anda bekerja nanti.

 

10. Amalkan makanan yang seimbang, cukup nutrisi dan membantu memperbanyakkan penyusuan.

Amalkan makanan yang seimbang supaya susu yang terhasil adalah susu yang penuh dengan nutrisi. Jika anda risau kerana dihidangkan dengan makanan yang hanya tinggi protein dan tidak seimbang, contohnya nasi kosong dan ikan kering yang ditabur lada hitam sahaja, anda perlulah mencari jalan alternatif yang terbaik untuk memberikan nutrisi yang secukupnya buat si manja.

Kasihanilah anak anda sekiranya susu yang dibekalkan kurang nutrisi kerana tahap perkembangan mereka sangat pesat pada waktu sebelum setahun ini. Jika anda ragu-ragu, bolehlah mencari supplement semulajadi yang diyakini dan berkesan dalam membantu penyusuan badan ini.

Menambahkan nutrisi ke dalam badan dapat membantu badan untuk sembuh dengan cepat dan membantu menghasilkan susu yang cukup kepada bayi anda
Menambahkan nutrisi ke dalam badan dapat membantu badan untuk sembuh dengan cepat dan membantu menghasilkan susu yang cukup kepada bayi anda

 

Ini adalah set supplement terbaik yang digunakan sewaktu berpantang 40 hari dan boleh dimakan selepas tempoh itu untuk membantu penyusuan kepada anak anda.

Yang paling best adalah ESP, iaitu protein yang dihasilkan dari soya yang selamat, membnatu menyembuhkan segera luka-luka akibat bersalin dan membantu menghasilkan susu yang pekat di dalam badan.

Vitalea adalah multivitamin yang lengkap yang dapat diserap oleh badan untuk penyembuhan kerana mengandungi 28 jenis mineral penting, serta nutrisi ini juga dapat disalurkan kepada anak tersayang untuk membesar dengan sihatnya.

Vitamin C bagus untuk mempercepatkan proses pembaikan luka dan meningkatkan lagi imuniti badan, dan semoga badan bayi yang disusukan juga tinggi kerintangannya melawna penyakit dari sekelilingnya.

B kompleks penting untuk penjanaan tenaga berpanjangan pada ibu dan membantu ibu bertenang kerana ia juga adalah pil penenang semulajadi yang sangat selamat! Bila anda tenang dan gembira, insyaallah hormon endorphin akan dirembeskan dengan banyaknya seterusnya emosi gembira membantu memperbanyakkan penghasilan susu dalam badan.

Ostematriks adalah penting dalam menyumbangkan Kalsium terbanyak kepada ibu dan bayi. Ibu memerlukan kalsium untuk membantu otot-otot badan meregang dan mengendur dengan lebih baik, membantu mengurangkan lenguh pinggang akibat dibius bagi mereka yang mengambil susuk di tulang belakang, membantu mengurangkan sembelit pada ibu dan bayi serta sangat membantu dalam proses penghasilan susu badan.

Zink complex juga sangat penting dalam penyembuhan luka akibat dijahit ketika bersalin, dan ia juga bertindak sebagai superantioksida yang bertindak memberi perlindungan berpanjangan buat ibu dan bayinya!

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Insyaallah dengan perkongsian di atas, para ibu yang mengalami masalah penyusuan ini dapat membina semula keyakinan diri untuk meneruskan penyusuan bayi anda sehingga ke umur dua tahun. Jangan risau, setiap masalah ada penyelesaiannya, terutama masalah kekurangan susu ini, yang penting diri anda untuk bertindak dengan segera agar bayi anda mendapat bekalan susu badan yang kaya dengan antibodi, DHA dan banyak lagi nutrisi, yang paling BEST adalah kasih sayang yang tidak bertepi dapat dirasai dan dinikmati oleh bayi-bayi yang menyusukan dengan susu badan ini.

 

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberikan makanan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya…..” (Surah al-Baqarah, ayat 223)

 

Yang penting, semangat juang ibu yang inginkan yang terbaik ini bakal mendapat ganjaran dalam berbagai bentuk. Anak-anak yang disusukan dengan susu ibunya juga mempunyai IQ yang tinggi dan adabnya terjaga. Sayang dilepaskan peluang untuk menyusukan sehingga anak dua tahun, kerana ia adalah susu yang termahal di dunia yang tiada tandingan dengan susu-susu yang lain.

Jika anda menghadapi masalah dan ingin mendapatkan supplement semulajadi untuk menambahkan susu sewaktu berpantang ini, anda dialu-alukan untuk segera whatsapp ke 016-3353567, ini adalah no saya, Kak Ai sihatceriabahagia yang sedia membantu anda dengan ikhlas. Jika anda inginkan produk ini di sekitar Kajang, terutamanya Saujana Impian, Jenaris dan Prima Saujana Kajang, bolehlah juga menghubungi saya untuk mendapatkannya terus daripada saya. Jika tidak, saya boleh poskan kepada anda secepat mungkin untuk membantu menyelesaikan masalah kurang susu yang anda hadapi ini.

 

Ikhlas,

Kak Ai SCB.

016-3353567

Yang berpengalaman gagal dalam penyusuan,

Bangkit dan berjaya menyusukan anak seterusnya dengan penuh selama lebih dari 2 tahun

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *